|
Tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bukan saja merapatkan hubungan sesama keluarga, malah cinta antara dua insan jua. Pelakon Risteena Munim juga tidak melepaskan peluang melakukan sesuatu istimewa untuk tunangnya, Isa Khan.
Menerusi Instagramnya, Risteena mendedahkan Isa meminta untuk merasa masakan air tangannya. Tidak mahu menghampakan permintaan tunang tersayang, Risteena tunaikan juga dan mengirimnya menggunakan perkhidmatan Grab. "Hari ini rasa happy dapat masak untuk Isa Khan walaupun kitorang jauh tak dapat jumpa," tulisnya. Malah, Risteena turut teruja mahu memasak lagi selepas mendapat pujian daripada Isa. "Ya Allah, sedapnya sayang. Sedap gila, thank you baby," kata Isa yang sedang menikmati sambal udang, ayam masak kicap dan sotong goreng tepung masakan Risteena.
|






ADVERTISEMENT
© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy
13-2-2026 03:32 PM GMT+8 , Processed in 0.319794 second(s), 36 queries , Gzip On, Redis On.
Powered by Discuz! X3.4
Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.