CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Setiap Isi Rumah Dapat 4 Topeng Muka

8-4-2020 05:46 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 6046| Komen: 97

Berita baik buat semua rakyat Malaysia apabila kini kerajaan dalam proses mengedar 24.62 juta penutup mulut dan hidung di seluruh negara.

Daripada jumlah itu, setiap isi rumah akan menerima empat keping topeng secara percuma.


Berita baik ini diumumkan Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Ismail Sabri Yaakob, lapor Bernama.


Gambar hiasan
Kredit foto: Head Topics

Katanya, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) akan menyelia pengedaran kepada Majlis Keselamatan Negeri sebelum diedar ke setiap daerah melalui Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah.

"Dari sini ia akan diagih rumah ke rumah oleh petugas barisan hadapan di daerah.

“Untuk Sabah, Sarawak dan Labuan, ia akan dihantar melalui penerbangan khas Tentera Udara Diraja Malaysia pada Jumaat ini sebelum diagihkan ke peringkat daerah, seterusnya ke rumah-rumah,” katanya dalam sidang media hariannya.


Bagaimanapun, Ismail Sabri menasihatkan agar topeng berkenaan hanya dipakai mereka yang bergejala ketika keluar rumah seperti yang disarankan oleh Kementerian Kesihatan (KKM).

Beliau juga menegaskan bahawa topeng itu bukan disumbang mana-mana negara, sebaliknya ia dibeli kerajaan.

Langkah mengedar topeng muka itu adalah susulan kesukaran mendapatkannya di pasaran akibat permintaan tinggi. - CARI
2

Bagus

Marah
1

Terkejut

Sedih

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (4 people)


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote pearl.silver 8-4-2020 04:21 PM
Semoga sampai kt umh iols gk..
Tolong lah jgn guna wakil kg
Quote sharlenetexas 8-4-2020 04:22 PM
Tadi dgr PC kata 4 keping untuk setiap isi rumah. Kalau satu rumah ada 4 orang, jadi 4x4 = 16 keping. Macam tu ke?
Quote msdummy.2018 8-4-2020 04:32 PM
Isi rumah tuh diberi keutamaan pd kawasan red zone?  Red zone rmi ni... Atau pd penduduk setempat yg kena lock down?
Quote Aai2 8-4-2020 04:37 PM
pearl.silver replied at 8-4-2020 04:21 PM
Semoga sampai kt umh iols gk..
Tolong lah jgn guna wakil kg

I pun harap mcm tu....biasanya apa2 yg free  yg kerajaan bg, x pernah sampai rumah kita org...tp kali harap sgt...sbb bkn senang nak dpt...
Quote Ladybird910 8-4-2020 06:10 PM
Rumah kedai masuk tak? Kalau dekat condo and apt tu agih dtg dr rumah ke rumah ke cmne? Jgn letak kt JMB dah la...nnt dorg plak yang amik balance buat business....
Quote Nana_Man 8-4-2020 06:38 PM
Ladybird910 replied at 8-4-2020 06:10 PM
Rumah kedai masuk tak? Kalau dekat condo and apt tu agih dtg dr rumah ke rumah ke cmne? Jgn letak kt ...

Kalau kat spore, kitorang kene collect kat tmpt2 yg edarkn face masks ni. Dkt ngan ruma.
Quote ikanmasin 8-4-2020 06:40 PM
hrp2 sampai lah ke rumah kita ..kalau pas kat org tgh abislah..
Quote Ladybird910 8-4-2020 06:43 PM
Nana_Man replied at 8-4-2020 06:38 PM
Kalau kat spore, kitorang kene collect kat tmpt2 yg edarkn face masks ni. Dkt ngan ruma.

Oyeke..nampak dlm satu dokumentari dorg dtg dr rumah ke rumah utk edarkan..

Tp cara u mention td lebih baik dan lebih cepat rasanya..

Bagi tarikh dan masa...ikut ic..ikut bill letrik api or air supaya tiada bertindan dab orang amik kesempatan..

But knoqing Msia..biasa tiris ja..xharap pon..sbb tau normally mmg xsmpi
Quote little_sis 8-4-2020 06:54 PM
harap2 bg rumah ke rumah la.. aku tunggu nih..
Quote Rogue98 8-4-2020 07:34 PM
sharlenetexas replied at 8-4-2020 04:22 PM
Tadi dgr PC kata 4 keping untuk setiap isi rumah. Kalau satu rumah ada 4 orang, jadi 4x4 = 16 keping ...

Rs nye mask tu utk ketua keluarga yg keluar beli grocery lah kan. Seminggu sekali keluar so cukup lah utk 4 minggu.
Quote Tinot7 8-4-2020 07:41 PM
nak bg topeng muka? sambung pkp 1 bln ke?
Quote Nana_Man 8-4-2020 07:43 PM
Ladybird910 replied at 8-4-2020 06:43 PM
Oyeke..nampak dlm satu dokumentari dorg dtg dr rumah ke rumah utk edarkan..

Tp cara u mention t ...

I rasa kalau yg home to home tu mgkn  untk org tua atau yg cacat/sakit kot.. atau untk show kat tv. Hehe.
Tapi dpt pun cuma 4 keping tiap ruma. Ada anak 10 pun dpt 4 jgk.
Cuma minggu ni dpt lak reusable mask. Tu tiap IC atau kad lahir anak dpt satu keping.
Quote Ladybird910 8-4-2020 08:10 PM
Tinot7 replied at 8-4-2020 07:41 PM
nak bg topeng muka? sambung pkp 1 bln ke?

Ada harapan sbb zon merah dh tambah..xkn bt ikt zon2.ramai je blh tipu.btabahla yerrr
Quote Ladybird910 8-4-2020 08:11 PM
Nana_Man replied at 8-4-2020 07:43 PM
I rasa kalau yg home to home tu mgkn  untk org tua atau yg cacat/sakit kot.. atau untk show kat tv ...

Make sense sbb masa tgk tu mmg yg dpt sume tua2..

Btw...Korg ada nmpk ketirisan x kat sana?kes curi mask or sanitizer?
Quote Nana_Man 8-4-2020 08:18 PM
Ladybird910 replied at 8-4-2020 08:11 PM
Make sense sbb masa tgk tu mmg yg dpt sume tua2..

Btw...Korg ada nmpk ketirisan x kat sana?kes  ...

Sanitizer berlambak kat sini.. 2 minggu lepas pun govt bagi sanitizer 500ml.
Tapi i rasa masa mula2 covid ni, ada jgk kes kat hospital.
Cuma tak ramai yg tau pasal tak bnyk kes.
Brape harga face mask kat msia skrg? Untk 3 layer 50 pieces..
Quote Ladybird910 8-4-2020 08:22 PM
Nana_Man replied at 8-4-2020 08:18 PM
Sanitizer berlambak kat sini.. 2 minggu lepas pun govt bagi sanitizer 500ml.
Tapi i rasa masa mul ...

Max siling 1.50...hr tu melampau2 smpi ade yg jual 4/pcs

Demand dh slow dah sbb
1.stok dh byk
2.harga dh capped
3.mostly dok umah,so bkn nk pki g mne pon

Kt sg..korang ada kutip citizen korg yg tkandas kt china,italy etc?
Quote hyie 8-4-2020 08:25 PM
Nana_Man replied at 8-4-2020 08:18 PM
Sanitizer berlambak kat sini.. 2 minggu lepas pun govt bagi sanitizer 500ml.
Tapi i rasa masa mul ...

antara RM45-55 kalau beli online kat Lazada/DIY/Shopee...

kalau DIY, hari ni beli esok dapat gitulah...bergantung jugak lokasi.

Kalau lazada/shopee, diorang beli direct dari China. So order hari ni, lepas 2-3 minggu baru dapat gitu.

Iols order kat lazada 23/3, baru dapat semalam 7/4. Beli 50pcs. Takyah hadap dah gomen punya mask

Anyway beli je kat mana2 farmasi. Stok ada je. RM1.50/keping. Biasa diorang jual satu pek 5 atau 10 keping.
Quote Tinot7 8-4-2020 08:29 PM
Ladybird910 replied at 8-4-2020 08:10 PM
Ada harapan sbb zon merah dh tambah..xkn bt ikt zon2.ramai je blh tipu.btabahla yerrr

iols rase bakal semua tmpt menjadi zon merah.
Quote ultra78 8-4-2020 08:30 PM
Sejak berkurung kat rumah ni dah tak pakai dah sanitizer. Pakai sabun aje

Lihat semua komen(97)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-12-2024 04:36 AM GMT+8 , Processed in 0.104701 second(s), 36 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top