"Saya harap, ini kesedaran sendiri kerana COVID-19 tidak kenal 'dari kayangan ataupun dari bumi'. Mereka tidak kenal siapa dan tiada siapa yang dibezakan oleh COVID-19. Walaupun kaya-raya, tidak akan terkecuali dijangkiti." Menteri Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai isu kluster baru yang dikatakan tidak menghormati tugas 'frontliners' dan mengeluarkan kata-kata kesat seperti tular baru-baru ini.
Loading FB Post...
Tegasnya, tindakan tegas mungkin diambil terhadap individu yang menghalang penjawat awam melaksanakan tugas. "Saya harap, berilah kerjasama kepada petugas-petugas 'frontliners' ini terutamanya doktor, jururawat dan sebagainya yang terlibat. Mereka yang berkedudukan tinggi sepatutnya lebih bertamadun. "Kerana seperti saya katakan, kedudukan yang tinggi tidak menjamin mereka terselamat daripada COVID-19," tambah Datuk Seri Ismail Sabri. Terbaru, tular di media sosial mengenai beberapa petugas kesihatan meluahkan rasa ketidakpuasan hati mereka mengenai sekelompok individu kluster 'overseas' yang menghuni wad COVID-19. Malah, golongan ini telah dibandingkan dengan kluster tabligh yang lebih menyenangkan dan mudah diurus. Para petugas difahamkan lebih kepada merawat sifat mementingkan diri kelompok berkenaan daripada merawat penyakit COVID-19 itu sendiri. - CARI |
bungarose replied at 13-4-2020 11:16 AM
Kalau tak survive covid, frontliners gak yg nak kena kebumikan..........so jangan sombong sangat!
tripleid replied at 13-4-2020 11:23 AM
tak abis2 lg ke cite kak hasanah puja tablik vs cite rekaan keburukan kluster oversea nih
tripleid replied at 13-4-2020 11:23 AM
tak abis2 lg ke cite kak hasanah puja tablik vs cite rekaan keburukan kluster oversea nih
Austronesian replied at 13-4-2020 12:21 PM
Kenapa? Sentap ke?
tripleid replied at 13-4-2020 12:36 PM
x sentap pung..tp naik meluat baca cite kak hasanah..yg cite puak kayangan plak dok pukul rata mcm ...
najib888 replied at 13-4-2020 01:07 PM
Sama la yang dok kata ke geng tabligh tu.. yang buat masalah sorang dua, tapi dok hukum macam selu ...
tripleid replied at 13-4-2020 01:16 PM
mujurla ada kluster kayangan khenn..so bleh la cover sikit musibah kluster tablih tu,sambil disula ...
tripleid replied at 13-4-2020 11:23 AM
tak abis2 lg ke cite kak hasanah puja tablik vs cite rekaan keburukan kluster oversea nih
Austronesian replied at 13-4-2020 12:21 PM
Kenapa? Sentap ke?
Mejami replied at 13-4-2020 05:13 PM
ada kerabat kayangan ke kt sini dia plk yg sentap
salmon-suki replied at 13-4-2020 04:42 PM
Kluster kayangan ni dah sah2 bebal,dah kuar perintah xbg travel sbb wabak ni,tp still degil,nak jg ...
ADVERTISEMENT