CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

Hancur Teruk, Pemilik Lamborghini Hadiahkan Ibu Tunggal Ini Sebuah Myvi

14-4-2020 11:15 AM| Diterbitkan: top5complete| Dilihat: 12362| Komen: 84|Original author: Oleh: top5complete

Tidak semua warga elit itu berperangai busuk, sebenarnya ramai yang berhati baik dan pemurah hati. 

Beberapa hari lalu, terjadi satu kemalangan membabitkan seorang ibu tunggal dan pemandu Lamborghini. 


Pemilik Lamborghini tersebut, Thomas Heng, 40, menyelesaikan kemalangan itu secara berhemah dan bertanggungjawab dengan menghadiahkan sebuah Myvi kepada ibu tunggal tersebut.


Foto: Facebook

Tindakan mulia Thomas itu dikongsikan oleh pengguna Facebook, Azman Nor.
 
"Berita terbaik hari ini, pemilik Lamborghini baru sahaja membeli Myvi untuk menggantikan kereka aunty Viva. Mereka berdua okey dan berada dalam keadaan baik.
 
"Respek dengan tindakan pemilik Lamborghini kerana bertanggungjawab seperti lelaki sejati dan memastikan aunty Viva tidak kehilangan punca pendapatan. Penghormatan diberikan" kongsinya.



Foto: Facebook

Difahamkan, Thomas tidak berada dalam kejadian dan kereta mewah beliau itu dipandu seorang rakan perniagaan yang keluar untuk membeli barang keperluan.

Memetik laporan Berita Harian, rakan Thomas itu tidak sempat mengelak kenderaan di hadapannya yang tiba-tiba menukar lorong tanpa memberi isyarat.
 
"Akibat kemalangan itu, Lamborghini saya remuk pada bahagian depan dan kanan, manakala Viva wanita itu ‘total lost’ (musnah).
 
"Kes diselesaikan secara baik tanpa pergaduhan, malah dua-dua pihak membuat laporan polis untuk proses tuntutan insurans. Namun, bagi kereta 'total lost' ia akan memakan masa, malah saya dapati tuntutan insurans Viva itu pun sangat rendah," kata Thomas.


Foto: Facebook

Mujurlah tiada kecederaaan teruk berlaku kepada kedua-dua pemandu dan dalam perjanjian itu menjelaskan, kereta Myvi berkenaan ditanggung sepenuhnya oleh Thomas tanpa perlu dibayar semula oleh wanita terbabit.
 
Inilah contoh orang berada yang wajib dicontohi, pemurah, bijak dan bertanggungjawab. - CARI
5

Bagus
3

Marah
1

Terkejut
1

Sedih
1

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (12 people)

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • ctcheery

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote nazzse 11-4-2020 04:06 PM
Bagusla ganti balik. Klu tengok video, laju & kuat giler dia langgaar viva tu
Quote Akumagoukioni 11-4-2020 04:11 PM
God bless

Quote little_sis 11-4-2020 04:11 PM
mmg patutt pun..viva tu rosak teruk kot.. lambo dia tu ofcoz la dia mampu perbaik.. yg mangsa ni tgh usaha cari rezeki pulak tu..
Quote Nahnukutu 11-4-2020 04:12 PM
nazzse replied at 11-4-2020 04:06 PM
Bagusla ganti balik. Klu tengok video, laju & kuat giler dia langgaar viva tu

'Thomas berkata, dia tidak terbabit dalam kejadian itu sebaliknya kenderaan mewah miliknya itu dipandu seorang rakan perniagaannya yang mahu keluar membeli barang keperluan, dua hari lalu.'


It wasn't even him driving.


Memang mulia hati beliau.


Nanti ada orang kata, ala dah kaya celah gigi ja pun. Sebelum ada yang cakap macam tu saya tanya dulu, ada pernah derma basikal tak?...




Quote VirusKuVirusMu 11-4-2020 04:14 PM
Baik la dari Acik forum kepam busuk...guna cebok pun Tak reti sampai rela PKP setahun demi si sembab mengutip maruah ke sana ke sini ke sana ke sini........
Quote bloodyamuk 11-4-2020 04:15 PM
Nahnukutu replied at 11-4-2020 04:12 PM
'Thomas berkata, dia tidak terbabit dalam kejadian itu sebaliknya kenderaan mewah miliknya itu dip ...

ekekeke ntah2 TT ni pemandu lambo ular sawa anakconda gitew?

nak belaian pujian merit dibina patung tugu peringatan kah?

baguslah kita puji walau bukan die yang drive tapi die baik hati dermawan
Quote Akumagoukioni 11-4-2020 04:15 PM
Nahnukutu replied at 11-4-2020 04:12 PM
'Thomas berkata, dia tidak terbabit dalam kejadian itu sebaliknya kenderaan mewah miliknya itu dip ...

Ade nye point orang nk mengata kan
Quote rospinki 11-4-2020 04:29 PM
untongler rezeki acik
Nak jadi rezekikan..
apa ke pesen macam ular boa anaconda design batik jawa punya keta sokan
Quote Artemesiaa 11-4-2020 04:34 PM
Walau ditimpa musibah nasib masih ada kenderaan ganti untuk teruskan perniagaan kalau tidak malang bertimpa jadinya
Quote misuke 11-4-2020 04:52 PM
alhamdulillah... rezeki datang dgn pelbagai cara.. mulianya hati dia
Quote ^CUN_GILA~. 11-4-2020 04:56 PM
Usah dok sendu sangat la.  Tengok ni video ni tunjok dia yang ade makan jalan, or tergelincir or was trying to potong kete lembab ni pastu main sodok aje.

http://www.rojakdaily.com/RojakD ... g-into-perodua-viva
Quote najib888 11-4-2020 05:03 PM
Myvi second hand tu umpama harga bayaq roadtax kereta dia stengah tahun saja..ka lagi kurang..
6000cc usually dalam RM55,000.00 setahun..

Meniaga apa la agaknya Si Thomas Heng tu?
Quote epal21 11-4-2020 05:13 PM
^CUN_GILA~. replied at 11-4-2020 08:56 AM
Usah dok sendu sangat la.  Tengok ni video ni tunjok dia yang ade makan jalan, or tergelincir or was ...

Memang salah dia lah. Kiranya compensation kepada akak ni lah kan. Tapi orang kaya-raya nu memang taste lain ye. Bagi iols hodohnya kereta bercorak ular sawa batik macam tu.
Quote eizarz 11-4-2020 05:30 PM
myvi ni jgn rempuh balai polis lak...









Quote nazzse 11-4-2020 05:32 PM
Nahnukutu replied at 11-4-2020 08:12 AM
'Thomas berkata, dia tidak terbabit dalam kejadian itu sebaliknya kenderaan mewah miliknya itu dip ...

Tak kisah lah bukan dia bawak pun. Apahal dalam kawasan perumahan bawak keta laju nak mampus siap nak overtake kat double lain
Quote namr 11-4-2020 06:00 PM
Rezeki acik syukurrr
Quote nesloice 11-4-2020 06:02 PM
lol ingatkan myvi baru
Quote ajimunchkin 11-4-2020 06:08 PM
Jenis org baik nih
Quote nuno 11-4-2020 06:10 PM
Aku takut acik dapat myvi ni pulak pi sodok orang
Bila ditanya "acik adalah myvi yang disakiti oleh lambogini"

Lihat semua komen(84)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-12-2024 06:14 PM GMT+8 , Processed in 0.871966 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top