Kali ini, Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan bertindak tegas tanpa kompromi terhadap mereka yang masih ingkar. Pesalah akan didakwa di mahkamah yang membawa hukuman penjara tidak lebih dua tahun atau denda atau kedua-dua sekali. Beberapa hari sahaja lagi, kita bakal menjengah ke fasa itu, namun perkongsian pemandu GRAB ini agak mengejutkan. Dakwanya, bilangan orang awam keluar seperti biasa di sekitar kawasan Cheras, Kajang dan Semenyih ini seperti tiada apa-apa yang berlaku walaupun tempoh PKP masih belum berakhir. Malah bilangan yang keluar untuk satu kenderaan lebih daripada had yang dibenarkan. Baca lanjut.
Rata-rata wargamaya turut berasa kecewa dengan sebilangan orang awam lain yang tidak mematuhi arahan PKP ini di kala sebahagian yang lainnya benar-benar berdisiplin. Sepatutnya kesedaran rakyat dalam mematuhi PKP semakin meningkat setelah hampir sebulan kita 'berkurung' dalam usaha memutuskan rantaian jangkitan COVID-19 ini seratus peratus. Kalau beginilah gayanya sampai bila lah agaknya kita akan menang dengan wabak ini.- CARI |
msdummy.2018 replied at 13-4-2020 12:57 PM
Those industry yg xpatut buka, tp buka dan mereka yg xpatuh pkp.... Aku hrp kalo korang terkena jang ...
rospinki replied at 13-4-2020 01:11 PM
kluster rakyat bebal..hahaha
Ladybird910 replied at 13-4-2020 01:13 PM
Dah yb melaka pon ok ok jah xkena saman kan. Good luck pak mail..meols tgk keras kluster keselamatan ...
ADVERTISEMENT