Lelaki hidung belang ada di mana-mana. Pantang ada perempuan cantik dan s*k*i pasti cuba dipikatnya. Apatah lagi dengan media sos**l dihujung jari memudahkan lagi lelaki ini mencari mangsa. Namun, ia tidak terhenti setakat itu. Ada lelaki yang menggunakan gambar ini sebagai tempat memuaskan nafsu. Itulah yang dikongsikan oleh pengguna Facebook, Ain April yang menerima gambar b*g*l seorang lelaki. Bengang dengan mesej tersebut, Ain membalas dengan gambar juga yang akhirnya membuatkan lelaki itu pula terkedu. Bukan setakat itu, lelaki tersebut itu mengakui yang melan**p dengan melihat gambar Ain. Oleh sebab itu, Ain menjawabnya dengan cara berbeza. Dia memintal tudung berwarna kuning lalu dijadikan anak patung dan menyucuknya dengam jarum. Diatas patung tersebut, sehelai kertas bertulis nama pemangsa lengkap dengan nama ibunya konon dijadikan ritual sihir. Lelaki ini tiba-tiba takut apabila Ain melakukan ritual ilmu hitam lalu menasihatkan wanita bahawa itu adalah khurafat. Agak kelakar apabila lelaki yang meminta gambar mangsa lalu menasihatinya pula. Seolah-olah dosa melan**p tidak mengapa tetapi haram membuat sihir. Namun, bagi Ain ia adalah rahmat kerana tindakannya itu berjaya membuatkan lelaki itu menyekat akaunnya sendiri. Rata-rata warganet terhibur dengan cara membalas kepada lelaki gila s**s ini. Bagaimanapun ada pula yang menyalahkan pemakaian Ain hingga mengundang lelaki itu terangsang. Apa pun lelaki sebegini memang ramai dan mungkin ini antara cara untuk menakutkan mereka. Apa kata anda? - CARI |
otai_g: dosa melancap dgn dosa sihir mn lg besar?melancap x anianya org. Tp sihir sah2 la akan beri kesan buruk pd mangsa dan family dia.
ADVERTISEMENT