|
Video berdurasi 32 saat yang memaparkan seorang penghantar makanan sedang bermain piano di salah sebuah lokasi penghantarannyabaru-baru ini, tular di media sosial. Tindakannya itu dirakamkan individu yang berada di situ iaitu Izat Yuan yang kemudiannya berkongsi video berkenaan di Twitter. Rider yang dikenali sebagai Amirullah itu kemudiannya tampil menjelaskan situasi sebenar apabila menyedari dirinya tular di media sosial.
Menurutnya, selepas menghantar makanan kepada pelanggan, dia yang sedang menuju ke motosikalnya tiba-tiba ternampak sebuah piano yang berada di situ. Dia kemudian mengambil peluang itu untuk cuba bermain piano dengan memainkan lagu Kisah Cinta Kita oleh Hafiz Suip dan Havana nyanyian Camila Cabello tanpa menyedari ada mata merhati selain gelagatnya dirakam. Tambah penghantar makanan tersebut, beliau mengakui belajar bermain instrumen berkenaan melalui YouTube sahaja. Setiap orang mempunyai bakat dan kelebihan tersendiri yang boleh digilap terutama bila ada minat. Di mana ada kemahuan di situ ada jalan. - CARI |

CiliPadiSedap replied at 20-4-2020 09:40 AM
thread dh ada, ada kena sumpah jadi labi2 nanti
ADVERTISEMENT
© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy
14-2-2026 07:41 AM GMT+8 , Processed in 0.548240 second(s), 23 queries , Gzip On, Redis On.
Powered by Discuz! X3.4
Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.