|
Pengarah dan pelakon Syamsul Yusof mendedahkan ada individu yang menyamar menjadi suaranya di aplikasi Bigo Live. Tidak pasti apa tujuan individu tersebut mempergunakan suara untuk menumpang populariti orang lain.
Berikutan itu, Syamsul menegaskan dia tidak pernah mempunyai akaun Bigo dan Facebook. Sekiranya individu yang menyamar itu tidak memadam akaun palsu tersebut, Syamsul tidak akan teragak-agak mengambil tindakan undang-undang. "Kepada mangkuk yang menyamar jadi suara, saya tolong padam akaun Bigo itu cepat. Sebab saya penat nak saman orang turun naik mahkamah. Jadi, tolong jangan paksa. Padam sekarang" katanya di Instagram.
Foto: IG Rata-rata netizen menyedari perkara itu dan menggesa Syamsul untuk mengambil tindakan udang-undang. Semoga individu itu memadam akaun palsu tersebut untuk kebaikan bersama. |
L211 replied at 17-4-2020 01:33 AM
dah kalau suara dia mcm sol nk buat camne.. ada je yg suara mcm zul arifin.. ok je
LadyCarefree replied at 17-4-2020 08:12 AM
Yg tiru tokti pon ada. Tp ramai je juga suara dn style cakap sama secara kebetulan. Lainlah ko div ...
ADVERTISEMENT
© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy
13-2-2026 02:05 AM GMT+8 , Processed in 0.144319 second(s), 23 queries , Gzip On, Redis On.
Powered by Discuz! X3.4
Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.