Pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dilanjutkan menimbulkan keresahan terutama kepada golongan penuntut institut pengajian tinggi (IPT), lebih-lebih lagi menjelang Ramadan dan Aidilfitri.
Terbaru, seorang pengguna Twitter teruk dihentam warganet selepas lantang menyuarakan kekesalan kerana tidak dapat pulang ke rumah berikutan PKP yang terus dilanjutkan. Dia berkata demikian bagi mengulas mengenai komen seorang pengguna yang meminta orang ramai mendengar seruan Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah yang tidak menyarankan penuntut IPT pulang ke rumah masing-masing. Pendapatnya itu mengundang pelbagai reaksi warga maya, seterusnya mencetuskan perdebatan hangat di kalangan warganet. Dalam pada ramai mengecam kenyataannya itu, ramai juga memihak padanya terutama apabila mengambil kira kesihatan mental semua penuntut yang seolah-olah terasing dari dunia luar. Di waktu bencana begini, janganlah kita berpecah-belah. Sama-samalah kita memberi semangat antara satu sama lain. - CARI
|
tipuware replied at 13-4-2020 05:04 PM
byk betul KPI Jabatan Netizen.. semua diorang sapu gaduh.. daripada T20 dengkikan B40/M40, kpd Golon ...
CiliPadiSedap replied at 13-4-2020 05:13 PM
kaka punya kpi hapuskan saki baki komunis dalam cariforum. nampak gaya komunis tu dah jadi ...
munchkin replied at 13-4-2020 05:14 PM
Lembik lah kau. Aku masa belajar 2 kali setahun baru balik. Zaman tiket mas kch kul rm600.
Lembi ...
ADVERTISEMENT