CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Gaya Hidup Lihat artikel

Covid-19 - UAE Benar Kahwin Online, Malaysia Bila Lagi?

14-4-2020 01:30 PM| Diterbitkan: natrahn| Dilihat: 5104| Komen: 33


Kredit Foto - Gambar Hiasan : The New York Times


Gara-gara wabak COVID-19 hingga menyebabkan ramai rakyatnya tidak dapat melangsungkan perkahwinan, Emiriah Arab Bersatu (UAE) mengambil pendekatan berbeza iaitu melancarkan perkhidmatan perkahwinan dalam talian.

Perkhidmatan itu diperkenalkan selepas Dubai menggantung urusan berkaitan perkahwinan dan perceraian akibat kekangan pergerakan bagi mengekang Covid-19 sejak 12 April lalu.


Malah, ia juga bertujuan untuk mengekalkan kesihatan orang ramai termasuk pekerja di mahkamah dan untuk menghadkan kehadiran pekerja, lapor Gulf News.

Kementerian keadilan berkata, warga UAE dan penduduk di sana boleh memilih tarikh untuk majlis perkahwinan dalam talian yang akan dikendalikan menerusi pautan video bersama jurunikah dengan syarat selepas semua dokumen berkaitan diluluskan.

Kredit Foto - Malay Mail

Kemudian, jurunikah akan mengesahkan identiti pasangan dan saksi sebelum sijil nikah diserahkan kepada mahkamah khas untuk pengesahan. Pasangan pengantin akan menerima pengesahan sijil nikah itu melalui mesej teks.

Namun begitu, sehingga kini tidak ada sebarang maklumat mengenai langkah menyelesaikan urusan perceraian sepanjang tempoh sekatan pergerakan.

Sementara itu di Malaysia, Jabatan Hal Ehwal Agama Islam di beberapa negeri seperti Perak dan Pulau Pinang turut menangguhkan permohonan kebenaran berkahwin dan majlis akad nikah bermula 1 April  lalu sehingga tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) berakhir.

Kredit Foto - Today Online

Walau bagaimanapun, ada juga yang tetap melangsungkan pernikahan tetapi mengikut prosedur operasi standard (SOP) PKP iaitu menjaga jarak sosial memakai topeng muka dan turut menyediakan cecair pembasmi kuman.

Majlis yang dilangsungkan hanya secara sederhana dan dalam tempoh yang singkat tanpa sebarang majlis kenduri. Akad nikah juga perlu dijalankan tanpa berjabat tangan antara pengantin lelaki dengan wali atau jurunikah.

Kredit Foto - Oh Media

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Senator Datuk Dr. Zulkifli Mohamad al-Bakri berpandangan tidak ada halangan untuk pasangan pengantin untuk bernikah secara panggilan video atau Skype berikutan Perintah Kawalan Perjalanan (PKP) ini.

Kredit Foto - Suara Merdeka

Mungkin Malaysia juga boleh laksanakan pendekatan serupa kerana sehingga kini tiada siapa tahu bila tempoh PKP ini akan berakhir.- CARI 
1

Bagus
1

Marah
1

Terkejut
1

Sedih
2

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (7 people)

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote nefnefnef 14-4-2020 11:37 AM
Wah... Ini menarik. Nikah teleconference
Quote mbhcsf 14-4-2020 11:41 AM
wow Nikah tech...cayalah  i mean boleh aje asalkan rukun nikah ade hadir, mazhab syafiie
Quote bulalof 14-4-2020 11:44 AM
benda baik semoga dipermudahkan...
Quote whitecat 14-4-2020 11:52 AM
Bkn benda baru kot. 7-8 tahun lepas i dah pernah tgk org Malaysia kahwin guna skype. Dua2 pengantin duduk di negara berbeza. Tak tahu apa fungsi perkahwinan tu pun masa tu.
Quote biskutraya 14-4-2020 12:11 PM
whitecat replied at 14-4-2020 11:52 AM
Bkn benda baru kot. 7-8 tahun lepas i dah pernah tgk org Malaysia kahwin guna skype. Dua2 pengantin  ...

Aah pernah dengar jugak. Mase tu zaman skype ni kan..
Quote biskutraya 14-4-2020 12:12 PM
Serious ni boleh? Kalau boleh nak je.. Hehe.. Tapi biase la orang tua2 iols n sblh lelaki kene tanye mereka dulu. Hehe
Quote Tinot7 14-4-2020 01:16 PM
Ramai la yg nak bernikah lepas ni kalau diluluskan
Quote Ladybird910 14-4-2020 01:31 PM
Ade perantin baru kan dlm forum ni...

Tahniah meols ucapkan.. Jgn habis pkp cerai plak yerr.. Cukup2 la pegang plat J. Heeee
Quote little_sis 14-4-2020 01:44 PM
dah ada org buat sblm ni x silap pasangannnya kat luar negara, yg pengantin lelaki kat malaysia.. dah x brp igt..

aku doakan sesapa yg mmg nak kahwin tu, semoga semua berjalan lancar dan dipermudahkan Allah dgn semudah2nya...aminnn
Quote Kurex 14-4-2020 02:23 PM
Ek elehhhh.. bercerai dalam whatsapp pun boleh.. pedehal
Quote munchkin 14-4-2020 02:28 PM
Edited by munchkin at 14-4-2020 02:31 PM

Gambar today online tu. Siap pengapit. Dalam rukun nikah ada pengapit ke? Melayu ni mana faham. Bagi guideline pun tak ikut.

Tu dekat selangor, kadi kena kuarantin sebab terdedah pada postive covid. Masa fasa 1 pkp. Langsung semua batalkan nikah.

https://m.malaysiakini.com/news/515776

Bila bagi guideline, melayu ni degil. Kalau takde covid nak mencapub tu lantaklah.

Yg tak perlu hadir, nak jugak mencapub menyibuk.

Quote Nahnukutu 14-4-2020 02:32 PM
boleh puas ka setakat tengok2 dalam screen hp ja?

Quote Kuasaberganda 14-4-2020 02:40 PM
Nahnukutu replied at 14-4-2020 02:32 PM
boleh puas ka setakat tengok2 dalam screen hp ja?

baguih soklan ni.hahahahaha
Quote KIM.K 14-4-2020 02:41 PM
whitecat replied at 14-4-2020 11:52 AM
Bkn benda baru kot. 7-8 tahun lepas i dah pernah tgk org Malaysia kahwin guna skype. Dua2 pengantin  ...

Especially yang kawin dgn mujahideen
Quote Potato_kering 14-4-2020 03:50 PM
Benda mudah nak susahkan. Last2 mcm kawen kat thailand je. 5 org je termasuk pengantin.
Quote Boomibulat 14-4-2020 03:57 PM
Malam pertama tetap x boleh online..
Quote Pija37 14-4-2020 03:59 PM
kahwin tapi perantin xtinggal sekali camne
Quote Grose 14-4-2020 04:06 PM
mbhcsf replied at 14-4-2020 11:41 AM
wow Nikah tech...cayalah  i mean boleh aje asalkan rukun nikah ade hadir, mazhab syafiie

ukernye diaaaaa..

haaaaaaaa
Quote Grose 14-4-2020 04:08 PM
Boomibulat replied at 14-4-2020 03:57 PM
Malam pertama tetap x boleh online..

jauhilah/ jgn didekati isteri kamu bila dia dlm keuzuran.....boleh aja sis...balik rumah isteri yg sorang lagi...


heeeeeeee

Lihat semua komen(33)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-9-2024 01:24 PM GMT+8 , Processed in 0.048463 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top