CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Parah Ditetak Jiran Kerana Bising

14-4-2020 01:24 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 5496| Komen: 27

Lelaki direman enam hari selepas menetak jirannya akibat tidak tahan mangsa sering membuat bising.

Harian Metro melaporkan, kejadian jam 8.30 malam tadi menyebabkan mangsa, 26, cedera di tapak tangan, lengan, bahu sebelah kiri serta patah tulang lengan kiri akibat ditetak suspek.



Suspek (tiga dari kiri)
Kredit foto: Harian Metro

Pertengkaran tercetus apabila suspek tidak puas hati dengan bunyi bising dari rumah mangsa yang bersebelahan dengan rumahnya.

“Suspek mendakwa kerap mendengar bunyi bising seperti dinding rumah ditendang dari rumah mangsa sebelum suspek bertanya hal itu kepada mangsa.

“Suspek mendakwa mangsa cuba menumbuknya menyebabkan suspek menggunakan parang untuk mempertahankan diri,” kata Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Adzli Abu Shah.

Menurut laporan, suspek sendiri tampil ke Balai Polis Sungai Petani untuk membuat laporan berkaitan kejadian sejurus itu.


Difahamkan, suspek datang ke rumah mangsa sambil berteriak ketika mangsa sedang bermain peralatan gimnasium di bahagian ruang tamu.

“Mangsa dikatakan baru mula bermain pada hari kejadian, apabila mangsa keluar dan cuba menerangkan kepada suspek, berlaku pertengkaran hingga mangsa ditetak.

“Mangsa dalam keadaan stabil dan akan menjalani pembedahan pada tulang tangan kiri,” katanya.

Kes disiasat mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan kerana dengan sengaja mendatangkan cedera parah menggunakan senjata atau lain-lain benda berbahaya. - CARI
1

Bagus
1

Marah
1

Terkejut
1

Sedih
1

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (6 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote sarah82 14-4-2020 02:14 PM
SP tang mana?
Quote munchkin 14-4-2020 02:25 PM
Hormatilah jiran.
Quote Nham22 14-4-2020 02:26 PM
sarah82 replied at 14-4-2020 02:14 PM
SP tang mana?

Please siasat.. Nanti hang lapor ke sini... Hehehehe..
Quote c===8 14-4-2020 02:31 PM
“Suspek mendakwa mangsa cuba menumbuknya menyebabkan suspek menggunakan parang untuk mempertahankan diri,”

saspek macam dah standby parang dari awal je
Quote sarah82 14-4-2020 02:38 PM
Nham22 replied at 14-4-2020 02:26 PM
Please siasat.. Nanti hang lapor ke sini... Hehehehe..

Kalau india banyak.. Tak salah aku belah tikam batu.. Tak tau la ni sp kat mana.
Quote suriamir 14-4-2020 02:43 PM
mangsa ni mmg x reti hormat jiran... semoga jdi pengajaran kat dia
Quote Tinot7 14-4-2020 02:48 PM
Bawak la berbincang baik2
Quote prizadane 14-4-2020 02:57 PM
sarah82 replied at 14-4-2020 02:38 PM
Kalau india banyak.. Tak salah aku belah tikam batu.. Tak tau la ni sp kat mana.

india ke suspek nya? mangsa, aku tengok kat awani news tadi, lelaki melayu
Quote sarah82 14-4-2020 02:58 PM
prizadane replied at 14-4-2020 02:57 PM
india ke suspek nya? mangsa, aku tengok kat awani news tadi, lelaki melayu

Yg baju merah tu ka? Aku silap kira la.. Aku kira belakang baju merah tu.. Nampak india tu..
Quote nefnefnef 14-4-2020 03:02 PM
Bising naww work out sampai tendang dinding bagai
Quote prizadane 14-4-2020 03:04 PM
sarah82 replied at 14-4-2020 02:58 PM
Yg baju merah tu ka? Aku silap kira la.. Aku kira belakang baju merah tu.. Nampak india tu..

india tu 3 dari kanan. kalau tengok baju merah tu, gaya n kulit cam melayu. tapi yang kena tetak tu pun sado gak.
rumah iols ni lagi la, macam macam bunyi ada. standard la dok apartment. blok sebelah ni, ada instafemes dok record video tengah tengah malam berlari jerit jerit kat koridor.. bodoh ganggu orang tido je
Quote sarah82 14-4-2020 03:06 PM
prizadane replied at 14-4-2020 03:04 PM
india tu 3 dari kanan. kalau tengok baju merah tu, gaya n kulit cam melayu. tapi yang kena tetak t ...

Faham2..hidup berjiran memang mcm tu.. Tengah sedap tido terkejut jaga dengar laki bini bergaduh la.. Mak marah anak la..
Quote Supersirap 14-4-2020 04:06 PM
benda boleh bincang apa
Quote najib888 14-4-2020 04:19 PM

Paya Nahu kot.. belah sana banyak jenih sakit jiwa dan otak lagu ni..
Quote sarah82 14-4-2020 04:21 PM
najib888 replied at 14-4-2020 04:19 PM
Paya Nahu kot.. belah sana banyak jenih sakit jiwa dan otak lagu ni..

Kat paya nahu tu.. Tahun sudah.. Aku tengok notis lelaong rumah pprt 8k.. Tapi fuhh.. Aku tak berani dok situ.. Segettho rumah pprt aku.. Paya nahu lagi gettho aku rasa.
Quote minah_selekeh 14-4-2020 04:27 PM
sarah82 replied at 14-4-2020 04:21 PM
Kat paya nahu tu.. Tahun sudah.. Aku tengok notis lelaong rumah pprt 8k.. Tapi fuhh.. Aku tak bera ...

Kedah pun ada kawasan ghetto ke?? Iolls belah Kedah cuma ada family kat Kulim.. Tempat lain tak kenal..
Quote sarah82 14-4-2020 04:29 PM
minah_selekeh replied at 14-4-2020 04:27 PM
Kedah pun ada kawasan ghetto ke?? Iolls belah Kedah cuma ada family kat Kulim.. Tempat lain tak ke ...

Kwsn pprt mcm iols duduk ni.. Byk ja penagih dadah.. Kes pecah rumah segala bagai.. Tapi ramai saja dari kami asal sana berjaya jadi manusia.. Paya nahu tu boleh tahan la mslhnya sosialnya.. 2-3 tahun sudah ada kes lelaki bunuh anak gf dia dan boh mayat dlm peti ikan.
Quote minah_selekeh 14-4-2020 04:33 PM
sarah82 replied at 14-4-2020 04:29 PM
Kwsn pprt mcm iols duduk ni.. Byk ja penagih dadah.. Kes pecah rumah segala bagai.. Tapi ramai saj ...

Ya Allah.. Teruknya kes tu.. Kawasan kejiranan ni penting jugak.. Kalau kita balik ke environment yang sihat, orang sekeliling baik2 dan bertamadun, kita pun rasa sihat dan selamat.. Sarah takde pikir nak relocate ke?
Quote sarah82 14-4-2020 04:34 PM
minah_selekeh replied at 14-4-2020 04:33 PM
Ya Allah.. Teruknya kes tu.. Kawasan kejiranan ni penting jugak.. Kalau kita balik ke environment  ...

Tak terfikir.. Sebab jiran2 lorong tu bagus.. Ada saudara arwah tok juga.. Rasa seronok dok situ... Kalau lambat buka pintu pagi2..sat lagi ada la makcik jiran ketuk pintu sampai buka..

Lihat semua komen(27)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-12-2024 02:47 PM GMT+8 , Processed in 0.375138 second(s), 37 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top