CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Gaya Hidup Lihat artikel

Bakar Lemak 9 Kali Lebih Cepat Berbanding Jogging Biasa, Jom Cuba Senaman HIIT

21-4-2020 10:01 AM| Diterbitkan: PDOT777| Dilihat: 10425| Komen: 32|Original author: Oleh: PDOT777

KREDIT FOTO: 5 HIIT Sprint Workouts to Blast Fat, https://theathleticbuild.com/


Kehidupan moden mampu membuat kita merasa tertekan untuk mencari cara paling berkesan menggunakan jam berharga ketika tidak tidur. 


Dalam kesibukan kita bekerja setiap hari untuk menyara keluarga, kita juga perlu meluangkan masa dengan aktiviti untuk menyihatkan dan mencergaskan tubuh badan.


Rejimen kecergasan yang melibatkan latihan jarak berintensiti tinggi atau HIIT, mungkin boleh membantu anda.


Senaman HIIT adalah sejenis latihan 'larian' yang dilakukan dengan kelajuan berbeza untuk tempoh tertentu dengan rehat yang agak minimal atau langsung tiada. 


Ia juga dikenali sebagai Sprint Interval Training dan sering digunakan jurulatih-jurulatih sukan seperti bola sepak atau hoki dalam meningkatkan stamina anak-anak buah mereka.


Dikategorikan sebagai latihan interval, ia melibatkan perubahan halaju (daripada perlahan kepada laju) secara berulang. Ia mampu meningkat metabolisma badan untuk satu jangka masa yang lama, jadi ia amat sesuai digunakan dalam rejim menurunkan berat badan. 


KREDIT FOTO: BeWOW: Calorie-Blasting HIIT Sprint Workout, phillymag.com


Banyak kelebihan senaman HIIT antaranya, berat badan turun lebih cepat. Melakukan HIIT mampu meningkatkan kadar metabolisma sehingga beberapa jam selepas anda bersenam. Bermakna, badan anda mampu bakar kalori walaupun anda sedang tidur. 


Terdapat kajian yang menunjukkan HIIT membakar sembilan kali lebih lemak berbanding senaman kardio biasa.


Selain itu, HIIT hanya mengambil masa singkat untuk disempurnakan. Sekiranya kardio biasa (berjogging) mengambil masa sehingga 30 minit untuk satu sesi, HIIT tidak akan mengambil masa selama itu. 


Malah, ada HIIT yang hanya mengambil masa sesingkat empat minit sahaja (Tabata Training) untuk satu sesi, tetapi mampu mengoptimumkan pembakaran lemak dan kesannya adalah sama seperti berjogging setiap hari selama 20-30 minit.


Walaupun begitu, tak semua orang sesuai melakukan senaman HIIT. Melibatkan degupan jantung, HIIT akan memaksa jantung untuk bekerja lebih keras daripada biasa. Jadi, tidak sesuai dilakukan oleh individu yang jarang bersenam. 


Untuk melakukan HIIT, anda haruslah berkemampuan untuk jogging selama 30 minit, tanpa henti untuk tempoh sekurang-kurangnya 1-2 bulan. Mereka yang mempunyai jantung lemah, penyakit darah tinggi dan mengalami sakit-sakit sendi (seperti lutut) tidak digalakkan untuk melakukan HIIT.


Selain itu, anda akan mudah muntah sekiranya melakukan HIIT. Kosongkan perut beberapa jam sebelum melakukan HIIT. Memandangkan HIIT melibatkan pertukaran halaju larian secara mendadak berulang kali, anda tidak melakukan senaman ini atas treadmill. Pilih satu kawasan lapang dan lakukannya, contohnya di taman.


HIIT juga tidak boleh dilakukan dengan kerap. Ia seharusnya diselang-selikan dengan rejim senaman yang lain, seperti senaman kardio yang biasa melibatkan jogging, atau senaman beban melibatkan weightlifting.


Plank ialah contoh senaman beban yang tidak melibatkan beban yang asing daripada tubuh bada seperti dumbell, hanya menggunakan tubuh badan sebagai beban
KREDIT FOTO: Prancha isom??trica (abdominal), funciona de verdade? Como executar corretamente?, https://treinomestre.com.br/


Cara untuk melakukan HIIT adalah mudah. Tiada modul sebenar untuk melakukannya kerana anda boleh memilih set senaman anda, asalkan ia masih melibatkan warm-up, berjalan, jogging dan pecut.


Contoh set yang anda boleh gunakan; mulakan dengan warm-up. Kemudian, berjalan kaki pantas selama dua minit, dan terus jogging selama dua minit, diikuti pecut selama seminit. Kemudian, ulang semula berjalan kaki pantas (2 minit) sehingga pecut (1 minit) untuk tiga set. Anda akan memperoleh keseluruhan 15 minit untuk satu set penuh HIIT anda.


Anda juga boleh mengubah set latihan untuk mencuba sesuatu yang berbeza. Banyakkan buat rujukan di Internet untuk kenal pasti set latihan HIIT yang sesuai untuk anda lakukan.


Sesiapa yang tubuhnya makin comel dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan ni, bolehlah lakukan senaman ini sebaik 'bebas' nanti ya.  - CARI

4

Bagus
3

Marah
3

Terkejut
3

Sedih
3

Lawak
3

Bosan

Friends Rank (19 people)

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Cassieopeia


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote salmon-suki 21-4-2020 10:09 AM
Nak kurangkan pipi tembam ada tak?{:smile{:run
Quote LostStar 21-4-2020 10:17 AM
salmon-suki replied at 21-4-2020 10:09 AM
Nak kurangkan pipi tembam ada tak?{:smile{:run

Untuk pp tembam cut sugar..
Quote Orix 21-4-2020 10:19 AM
paling benci buat burpees
Quote shernazz 21-4-2020 10:19 AM
Mana bulih kuar taman..
Anak iols dh berjoging ni ha..
Hahahahaha....
Iols naik turun tangga pon dh ok dah...
Quote salmon-suki 21-4-2020 10:32 AM
LostStar replied at 21-4-2020 10:17 AM
Untuk pp tembam cut sugar..

Dah cut sugar..tgh cri eksesais y sesuaiii haaa..sedihhhhhhh~
Quote CiliPadiSedap 21-4-2020 10:38 AM
salmon-suki replied at 21-4-2020 10:09 AM
Nak kurangkan pipi tembam ada tak?{:smile{:run

kunyah bubble tea sejam non stop.
Quote salmon-suki 21-4-2020 11:28 AM
CiliPadiSedap replied at 21-4-2020 10:38 AM
kunyah bubble tea sejam non stop.

Xminat bubble tea kakacili...carbonated drinks pn kita x minum tawwwwww...
Quote MeghanK 21-4-2020 11:37 AM
Orix replied at 21-4-2020 10:19 AM
paling benci buat burpees

iols akan skip burpees dengan lunges dalam rutin iols
Quote MeghanK 21-4-2020 11:38 AM
salmon-suki replied at 21-4-2020 10:09 AM
Nak kurangkan pipi tembam ada tak?{:smile{:run

rasa macam takleh chuols..kalau cut sugar tu dia buang double chin tapi pipi maintain

macam meols memang pipi bulat yach badan kecik je
Quote anakmak 21-4-2020 11:45 AM
Aku ada try buat
Few times
Tapi few times tu jugak aku tak lepas step 1 ke 2 ntah
Dan aku kekal memghippokan diri apatah lagi masa pkp
Aku buat kat hall family jer
Quote salmon-suki 21-4-2020 11:48 AM
MeghanK replied at 21-4-2020 11:38 AM
rasa macam takleh chuols..kalau cut sugar tu dia buang double chin tapi pipi maintain

macam meo ...

Ye keeeee....uwaaaaaaaaaa...dabel chin dah xde..pipi je bulat taknak kurang sikit..nasib xjadi bulat mcm doremon jah..uwaaaaaaaaaaaaa
Quote MeghanK 21-4-2020 11:51 AM
salmon-suki replied at 21-4-2020 11:48 AM
Ye keeeee....uwaaaaaaaaaa...dabel chin dah xde..pipi je bulat taknak kurang sikit..nasib xjadi bul ...

sama je uols..iols makan semua pegi kat pipi
dah redha dah..dulu sebelum pkp rajin gak jogging hujung minggu..tiada perbezaan pipi ku inniew..sobs
Quote salmon-suki 21-4-2020 12:01 PM
MeghanK replied at 21-4-2020 11:51 AM
sama je uols..iols makan semua pegi kat pipi
dah redha dah..dulu sebelum pkp rajin gak jogging hu ...

Yeeeeeeeee...sbbb tu laa kot2 ada eksesais utk kurgkn bulat pipi..tp mcm xde je..uwaaaaaaaaaaaaaaa~
Quote MeghanK 21-4-2020 12:04 PM
salmon-suki replied at 21-4-2020 12:01 PM
Yeeeeeeeee...sbbb tu laa kot2 ada eksesais utk kurgkn bulat pipi..tp mcm xde je..uwaaaaaaaaaaaaaaa ...

uols try check out chloe ting channel kat yt..dia ada buat eksesais untuk pipi tembam..tade beza pon chuols..pipi dia pon jenis bulat jugak tapi body cun
Quote delia3003 21-4-2020 12:27 PM
Edited by delia3003 at 21-4-2020 12:33 PM
salmon-suki replied at 21-4-2020 12:01 PM
Yeeeeeeeee...sbbb tu laa kot2 ada eksesais utk kurgkn bulat pipi..tp mcm xde je..uwaaaaaaaaaaaaaaa ...


Bab pipi ni tengok structure muka jugak, kalau jenis muka bulat atau high cheek bone memang senang ler nampak bulat kat pipi. Muka lonjong ni untung sket. Iols jenis high cheek bone tapi nasib baik jenis muka kecik. Iols redha je time naik berat badan memang pipi yg nampak dulu. So, iols ok je. Kurang2 nampak comel dan awet muda

Iols fokus utk jaga berat badan je, bila berat tak naik, pipi pun tak membulat. Iols jenis badan cepat naik, so memang kena maintain exercise. Ada je tapi time malas, seminggu langsung tak exercise. Tapi sepanjang PKP ni ok je, tak culas pun setakat ni.
Quote salmon-suki 21-4-2020 01:53 PM
MeghanK replied at 21-4-2020 12:04 PM
uols try check out chloe ting channel kat yt..dia ada buat eksesais untuk pipi tembam..tade beza p ...

Hahahaha..beressssss sis..nti ai check yee..macehhhhhhhhhh~
Quote salmon-suki 21-4-2020 01:56 PM
delia3003 replied at 21-4-2020 12:27 PM
Bab pipi ni tengok structure muka jugak, kalau jenis muka bulat atau high cheek bone memang sena ...

Hahahaha..nampak awet muda tp tulaa..bila pakai tudung,terkeluar haa pipi..shawl mmg ai xpakai lgsg..kekeke~

Naik pipi pn sbb pernah naik berat bdn after ai bt surgery..selera makan bertambah2,duk mencekik jah..tup2 dah elok membulat pipi..tu y nak kembali pada asal,zaman pipi x sebulat skrg..hahahahaha

Lagi satu ai jenis susah naik,tp kalau dah naik,susah turun..menciiiii taw..hahaahah
Quote lattehazelnut 21-4-2020 02:03 PM
I zumba je.. yang lain i xfit sgt n bilik kecik.. hahaha..
Quote nefnefnef 21-4-2020 02:24 PM
Park. I need this thread

Lihat semua komen(32)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-12-2024 04:28 PM GMT+8 , Processed in 0.096689 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top