Pelbagai isu timbul sejak Perintah Kawalam Pergerakan (PKP) dilaksanakan. Terbaru, 'kluster kayangan' yang merujuk mereka baru pulang dari luar negara pula menjadi tumpuan rakyat apabila menunjukkan sikap 'demand' mahukan layanan kelas pertama daripada frontliners.
Antaranya, mereka didakwa bersikap kasar terhadap petugas kesihatan. Banyak kisah mengenai mereka turut mendapat perhatian penyanyi Naim Daniel yang banyak mencipta lagu sepanjang tempoh PKP ini, sekali gus mendapat inspirasi untuk menghasilkan lagu untuk kluster kayangan. "Maaf semua sebab dua hari rehat daripada sambung buat lagu untuk playlist KERANA CORONA aku ni. "Hari ini aku sambung balik sebab ada isu pasal orang kata “kluster kayangan” ni yang agak menggelikan bulu telinga aku. Jadi, terpanggillah aku untuk buat lagu ni," tulisnya.
|
qicki replied at 15-4-2020 02:22 PM
hahaha.....mesti panas kluster kayangan dengar......hospital boleh la letak lagu ni dalam playlist
bakingsoda replied at 15-4-2020 03:13 PM
tak sedap, dah2 la naim menunggang covid19 sampai berlagu2 kau buat
ADVERTISEMENT