CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Helah Selit Dadah Dalam Roti Canai Tumpas - Penghantar Makanan Buat Laporan, 5 Ditahan

15-4-2020 07:08 PM| Diterbitkan: CARI-MAMS| Dilihat: 4381| Komen: 35

Susulan penemuan dadah disyaki ganja dalam bungkusan roti canai dibawa penghantar makanan Isnin lalu, lima individu termasuk seorang pelajar kolej swasta ditahan.


Memetik laporan Bernama, Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Arifai Tarawe, berkata tiga lelaki dan dua wanita itu ditahan dalam operasi lebih lima jam bermula 8.30 malam tadi di Setiawangsa dan Bangsar.

Katanya lagi, pelajar kolej swasta yang memesan bungkusan makanan itu ditahan di Setiawangsa dan juga didapati positif dadah.

Foto: Berita Harian

“Dua lagi lelaki ditahan di sebuah rumah di Bangsar kerana disyaki membekalkan bungkusan makanan berisi dadah kepada pelajar kolej itu.


“Turut ditahan dalam operasi itu adalah dua wanita berusia 63 dan 70 tahun yang berada dalam rumah itu untuk siasatan lanjut,” katanya.

Selain itu, pihak polis turut menemui satu ketulan mampat dan beberapa paket kecil dadah di rumah suspek di Bangsar.

Terdahulu, seorang penghantar makanan membuat laporan polis selepas menemui dua paket dadah disyaki ganja dalam bungkusan makanan pelanggannya Isnin lalu.

Dia menerima pesanan untuk menghantar bungkusan barang itu dari Petaling Jaya ke Setapak. - CARI 

Bagus

Marah
2

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (2 people)

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote little_sis 15-4-2020 07:02 PM
mcm2 cara, mcm2 helah la skrg ni..
Quote Kurex 15-4-2020 07:27 PM
Dasar pendadih
Quote arnauld 15-4-2020 07:38 PM
Hntr roti canai dari pj ke setapak adoiyai...
Quote sukacactus 15-4-2020 07:40 PM
Nasib la abg runner tu xsedap ati, pergi cek apa dia bw
Quote munchkin 15-4-2020 07:43 PM
Omg ko busukkan nama setiawangsa you fxcktard.

College ada satu je sini. Geomatika college.
Quote munchkin 15-4-2020 07:44 PM
Macam mana rider ni korek makanan org?
Quote CiliPadiSedap 15-4-2020 07:49 PM
munchkin: Macam mana rider ni korek makanan org?

Pakai chopstick
Quote Covid19 15-4-2020 07:55 PM
Rider tu suspicious sbb caj delivery hantar roti canai tu RM20 lebih kan..ke RM30 lebih..pastu jarak 20km lebih.. dah kenapa sender tu gigih nak hantar roti canai sejauh itu
Quote matchstick 15-4-2020 07:59 PM
munchkin: Macam mana rider ni korek makanan org?


Mungkin dia syak sbb orang tu sanggup order roti canai begitu jauh, bayar rider pun mesti lah extra kan. Disebabkan x logic tu lah kot rider tu try bukak bungkusan roti canai tu. Ko mesti nk komplen yg rider x patut korek order customer kan
Quote Akumagoukioni 15-4-2020 08:07 PM
So mamak jual roti canai buat business extra
Quote Forfoxache 15-4-2020 08:09 PM
Edited by Forfoxache at 15-4-2020 08:11 PM

Pakai Grab delivery or express la ni
Quote shop_girl 15-4-2020 08:34 PM
Orang time saat2 genting ni risau takde makanan bagai..engkau bole pulak top up stok dadah..keperluan sangattttt..selamat bermalam di lokap.
Quote Potato_kering 15-4-2020 08:48 PM
munchkin: Macam mana rider ni korek makanan org?

Ofcoz la korek. Utk keselamatan. Tak tgk driver grabexpress kena masuk dlm anta parcel dadah. Grab da pesan, kalau rasa curiga pls pegi report. Rider ni extra miles la korek dlu. Hahahah..
Quote Potato_kering 15-4-2020 08:49 PM
Akumagoukioni replied at 15-4-2020 08:07 PM
So mamak jual roti canai buat business extra

Bkn grabfood. Grab express. House to house. Not vendor
Quote eLiaD 15-4-2020 09:10 PM
Lau letak bday cake size 2kg confirm slmt x kne korek
Quote imransulaiman 15-4-2020 09:37 PM
Semoga semua runner ni selamat dari pertuduhan keldai dadah bila ada kes macam ni. Tak memasal nanti mereka pula yang dihadapkan ke mahkamah
Quote noradaniez 15-4-2020 09:45 PM
munchkin replied at 15-4-2020 07:43 PM
Omg ko busukkan nama setiawangsa you fxcktard.

College ada satu je sini. Geomatika college.

Yg dekat Ali maju tu pun kolej gak kan sis.
Quote munchkin 15-4-2020 09:47 PM
noradaniez replied at 15-4-2020 09:45 PM
Yg dekat Ali maju tu pun kolej gak kan sis.

Politeknik. terlupa.
Quote Ladybird910 15-4-2020 10:10 PM
Potato_kering replied at 15-4-2020 08:48 PM
Ofcoz la korek. Utk keselamatan. Tak tgk driver grabexpress kena masuk dlm anta parcel dadah. Grab ...


Bijak bdk tu.. Takat roti canai, klu kena ganti ape la sgt.ko gigih hantar dr rumah takat 2keping roti. Hahaha. Mmg la suspcious.lain la klu ko bt berkoyan2 hantar food.

Btw ramai je bijak2 y jadi bdk food delivery skrg ni... Sbb tu aku slalu ucap tkasih dan x pandang rendah kt dorg..

kadang aku tgk komen kt review.. Xsenyum pon kena complaint.. Aku cm.. Adoiii... Dia deliver food je.. Bkn penyambut tetamu.. Aiyoyo

Lihat semua komen(35)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-12-2024 06:57 PM GMT+8 , Processed in 0.119176 second(s), 36 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top