CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Saya Mohon Maaf Kepada Polis, Saya Menyesal, Ujar Gadis Hina Polis

17-4-2020 09:03 AM| Diterbitkan: natrahn| Dilihat: 2888| Komen: 9


"Saya mohon maaf kepada polis dan menyesal atas perbuatan saya," kata Nursahira Mohd Mizuar, 20.

Usahawan hartanah Muhammad Azlan Al Amin yang sebelum ini tampil membantu Nursyahira atas kesalahan menghina polis dengan menjelaskan kos guaman sehingga kes itu selesai, selain menjelaskan wang ikat jamin gadis itu sebanyak RM5,000.

Terbaharu gadis berkenaan telah membuat permohonan maaf kepada pihak polis. Azlan berkongsi perkara berkenaan  permohonan Nursyahirah di laman Facebook miliknya dan berharap agar orang ramai dapat memberikan kemaafan kepada gadis berkenaan.





Menurut Nursahira kejadian itu memberi pengajaran dalam hidupnya dan berjanji akan mengubah kelakuannya supaya menjadi wanita lebih baik.

Kredit foto: Facebook Muhammad Azlan

Beliau berkata sikap marah dan suka meluahkan perasaan di dalam media sosial harus dielakkan kepada sesiapa sahaja kerana ia boleh memberi kesan negatif dalam hidup.

Semoga menjadi iktibar pada semua orang.- CARI 
2

Bagus
1

Marah

Terkejut
1

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (4 people)

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • assah94


ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote duri_durians 17-4-2020 09:40 AM
baik betul usahawan hartanah ni,..

sebenarnya masa aku tau pasal hukuman penjara budak ni aku agak terkejut.
dgn bail 5000. padahal orang kampung je pun, umur 20 bodoh sangat lagi.

aku rasa yg plg layak diperlakukan mcm ni yg bangang, ludah polis tampar polis tu. apa jadi dgn kes tersebut?

Quote umbut 17-4-2020 10:05 AM
Umur 20 masih mentah emo ikut kepala sendiri tak tau kawal amarah.. yg dah tua2 biadap tu harus ditangkap..
Quote Lengkong 17-4-2020 10:06 AM
Alhamdulillah dapat peluang kedua. Umur masih muda perjalanan hidup masih jauh. Kita doakan yang baik2 untuk adik ni


Quote Kurex 17-4-2020 10:35 AM
Pape je la dik... Jadikan pengajaran.. kalau aku tau kau buat lagi, aku cerca kau habis habisan
Quote salmon-suki 17-4-2020 11:14 AM
Macam mana dgn kes doc jogging,dgn kes hiina agong,pdrm ngn atm by geng2 sepet hidung penyet tu? Senyap je?kenapa dorg diikat jamin less than 5k?
Quote wallflower 17-4-2020 02:14 PM
Dari air muka dia pon nampak akal dia x penuh. Aku tahu la sbb ada jumpa org mcm ni. Diorang boleh hidup mcm biasa, berkahwin beranak, cuma dlm hal tertentu kurang rasional. Kat sekolah senang dibuli,diejek,lagi2 dia slow learner anak org miskin.

Pengalaman kena cekup polis pon dah cukup utk dia. Jgn kejam sgt.
Quote girlfridayz 17-4-2020 02:48 PM
We were once young and stupid too.. bila dah dengar dlm statement ni sebut 'slow' jadi kesian pulak. Tambah2 tgk post fb dia tu takla terlalu teruk. Cukurrr zaman hakak dulu xde socmed.
Quote Artemesiaa 17-4-2020 06:10 PM
Bagus ada usaha nak minta maaf dan beliau harus berterima kasih kepada yang membantu membebaskanya
Quote biozipstar 18-4-2020 09:54 PM
terima kasih yg tolong budak ni.... moga helok helok aje lah ye dik lepasni

Lihat semua komen(9)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-12-2024 06:51 PM GMT+8 , Processed in 0.153760 second(s), 24 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top