|
Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) fasa ketiga telah pun bermula. PKP kali ini menuntut kerjasama dan komitmen lebih pada setiap rakyat bagi memutuskan rantaian penularan wabak COVID-19 di negara ini sepenuhnya. Maka, kerajaan memutuskan sesiapa yang masih ingkar akan terus ditahan untuk dikenakan tindakan mahkamah dan tidak lagi dikompaun seperti fasa pertama dan kedua. Sebuah video tular di media sosial memaparkan sekumpulan individu diangkut menaiki lori polis ataupun mesra dengan panggilan Black Maria. Menteri Kanan (Kluster Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, telah beberapa kali menegaskan berdasarkan Seksyen 24 Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342), mahkamah boleh mengenakan hukuman penjara maksimum dua tahun dan kesalahan seterusnya penjara lima tahun. Jadi, duduklah rumah dan patuhi arahan PKP. - CARI
|
MisXoXo replied at 17-4-2020 01:07 PM
Yg kena tngkap golongan bawahan..org2 kaya rilex berparty.beli brg2 angkut sekali kwn2kwn2 dtg ruma ...
ADVERTISEMENT
© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy
13-2-2026 09:10 PM GMT+8 , Processed in 0.483913 second(s), 20 queries , Gzip On, Redis On.
Powered by Discuz! X3.4
Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.