CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Datin Rabecca Nur Islam Korban Karier Seni, Tak Sanggup Jauh Dengan Anak Dan Suami

16-4-2020 05:31 PM| Diterbitkan: Cari-Saiful| Dilihat: 8730| Komen: 46|Original author: Oleh: Saiful

Demi keluarga Datin Rabecca Nur Al-Islam Ahmad, 34, sanggup mengorbankan kerjaya lakonannya.

Meskipun rindu industri seni namun dia kini selesa bergelar usahawan dan sekarang dan lancarkan lima produk.



"Saya tahu sebelum menceburi perniagaan dahulu, memang aktif berlakon kerana ketika itu pun belum berkahwin lagi. Tetapi, sekarang situasi kehidupan saya sudah jauh berubah.

"Alhamdulillah, saya dikurniakan Allah SWT seorang suami penyayang dan anak yang ramai. Saya bersyukur dengan nikmat ini dan memilih mahu memberi tumpuan sepenuhnya pada keluarga.

"Tawaran berlakon masih ada, tetapi saya tak boleh terima kerana anak-anak. Apatah lagi, jadual berlakon memerlukan saya memberi komitmen pada tempoh penggambaran yang panjang di lokasi," katanya kepada Harian Metro.

Foto: IG
Rebecca juga mengakui yang dia tak tahan berjauhan lama dengan anak kerana cepat berasa rindu.

"Kalau saya keluar berlakon, sudah pasti masa bersama anak dan keluarga tak banyak. Saya tidak mahu keluar bekerja anak masih tidur dan balik dari kerja pula anak sudah tidur.

"Lagipun, masa yang berlalu takkan dapat diulang kembali. Saya tidak bersedia untuk terlepas setiap memori dan kenangan indah melihat anak membesar depan mata.

"Sebagai ibu yang melahirkan, walaupun ada pembantu rumah yang menolong uruskan anak-anak, saya tidak boleh lepas tangan. Anak-anak tetap mencari dan perlukan saya untuk ada masa bersama-sama mereka," tambahnya.



Dalam masa yang sama, suaminya, Datuk Nur Azam Sulaiman tak pernah menghalang jika dia mahu kembali aktif dalam kerjaya seni. -CARI

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih
1

Lawak

Bosan

Friends Rank (1 people)

  • Lawak

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote MisXoXo 16-4-2020 05:50 PM
Apa eh drama or film dia dulu..xingt..ingt kes saman erma dn erma byr duit syiling n kes tisu dgn eina azman..but dia ni sweet ja..i ok ja dgn dia..xsombong pun kalau jmpa dgn rombongan2 dia
Quote Kurex 16-4-2020 06:06 PM
Dia ni porumer cari kan....
Quote Kurex 16-4-2020 06:06 PM
Dia ni porumer cari kan....
Quote LadyCarefree 16-4-2020 06:07 PM
Produk timbang kilo?
Quote zeitabaei 16-4-2020 06:16 PM
MisXoXo replied at 16-4-2020 05:50 PM
Apa eh drama or film dia dulu..xingt..ingt kes saman erma dn erma byr duit syiling n kes tisu dgn ei ...

Dia saman erma tu citer dejavu di kinabalunkan. Citer tu je i ingat dia berlakon...sbb i suka cite tu tiz dgn aqasha dan nazim
Quote kiah_mai_pulak 16-4-2020 06:47 PM
hahaa dah tu kita nk kena mnggelabah tetkssss ke tak ni???
Quote belilies 16-4-2020 07:14 PM
Fefeeling laki roper charlie hunnam set2 org nak rampas.
Quote GigaMom 16-4-2020 07:53 PM
zeitabaei: Dia saman erma tu citer dejavu di kinabalunkan. Citer tu je i ingat dia berlakon...sbb i suka cite tu tiz dgn aqasha dan nazim


Apa kes tu
Quote slyfynx 16-4-2020 08:26 PM
So, ade sape tanye ke
Quote rayray28 16-4-2020 08:29 PM
Taklaaa byk pn total likes dia... Bkn ke ramai followers?  Slalu if post gmbr anak2 mesti likes akan byk
Quote fliphair8 16-4-2020 09:03 PM
Udah kaya...takyah ler berlakon....bagi hok yg susah2 nak naik....

Benonyaaa hakak tak penah tengok dia berlakon....soklan hakak dia pelakon ke? Hehhehehhe
Quote viva_gerl 16-4-2020 09:40 PM
ok noted. next!
Quote anilanil 16-4-2020 09:55 PM
Anak pompuan yg pakai baju kuning tu pakai leggings ke pantyhose?
Quote melatibiru 16-4-2020 10:06 PM
belilies replied at 16-4-2020 07:14 PM
Fefeeling laki roper charlie hunnam set2 org nak rampas.

Jauh langgang dari api..bertiang2 hot charlie tu..takpe la laki sheols hensem poket
Quote belilies 16-4-2020 10:11 PM
melatibiru replied at 16-4-2020 10:06 PM
Jauh langgang dari api..bertiang2 hot charlie tu..takpe la laki sheols hensem poket

Tiapkali sheols buat kambek kat forum ni haruslah pasal laki muka bontot kucing berkerak. Mcm je bebuat laki sheols jejans terhangat.
Quote MarissaOberlin 16-4-2020 10:20 PM
HAkak kalau dah title datin pun kosser nak kerja lagi dah. Dok rumah masak kat laki jer chuols. tak pun bibik masak. aku nak melawa sajorrrrr
Quote bintangct 16-4-2020 10:25 PM
Laa baru 34 tp dah mcm 45
Quote red_velvet 16-4-2020 10:27 PM
Apa je produk seni ko yang boleh diingati selain menyeksi tayang lurah dengan peha, heng sana heng sini .... Tadak satu pun sissss..so lebih baik tak payah ada dlm infustri dulu kini n srlamanya..syuh syuh
Quote uda 16-4-2020 10:27 PM
Anak dia semua muka ikut muka husband dia, sepesen aje

Lihat semua komen(46)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-12-2024 01:38 PM GMT+8 , Processed in 0.062069 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top