CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

"Tak Boleh Servis Penapis Air Sebab PKP, Tapi Kenapa Bulan-Bulan Kena Bayar Juga?" - Netizen

20-4-2020 09:33 AM| Diterbitkan: green_lantern| Dilihat: 21476| Komen: 76



Bermacam cerita yang kita boleh dengar sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini. Antara yang menjadi isu ialah apabila pemilik mesin penapis air sewa beli terpaksa membayar sewa bulanan tetapi tidak mendapat servis yang sepatutnya.


Itu yang disuarakan pengguna Facebook, Layla Mae yang menegaskan masalah yang dihadapi oleh pengguna ialah mesin penapis air atau udara menghadapi masalah apabila tidak diservis pada masanya. 

Dalam masa sama, tiada juruteknik yang boleh membantu mengatasi masalah itu menyebabkan pengguna berasa dipermainkan. Sementelah lagi bil bulanan terpaksa dibayar hanya kerana pihak pengurusan tidak mahu bertolak ansur.

Kredit foto:

Bagi pengguna ianya tidak seperti yang dijanjikan. Ketika mahu membeli produk tersebut, segala kata manis ditaburkan hingga ada yang sampai memaksa-maksa membeli produk. 

"macam mana kak? dah boleh proceed?"
"akak bagi ic je saya terus boleh proceed"
"beli bulan ni free registration rm200"
"pakai 2 bulan free" 


Ayat-ayat itu yang sentiasa bermain di bibir jurujual mesin penapis ini. Namun, apabila perkara seperti Covid-19 terjadi, pihak pengurusan hanya berpeluk tubuh. Lebih teruk, ada staff yang berasa teraniayai.


Maka timbullah pelbagai isu lain yang selama ini dipendamkan. 


Baik pengguna atau pun syarikat itu sendiri, satu solusi harus dicari agar memberikan kebaikan kepada kedua-dua pihak. Jika kerajaan boleh meminta bank memberikan montarium, mengapa tidak syarikat penapis air turut bertimbang rasa kan? - CARI



Bagus
2

Marah
1

Terkejut
3

Sedih
1

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (8 people)

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote sarah82 20-4-2020 09:49 AM
Aku pulak.. Elok2 technician mai servis filter ayaq.. Seminggu lepas tu MCO..
Quote salmon-suki 20-4-2020 09:53 AM
Nasib baik ai x guna coway..air dia bt ai x sihat..better off with mineral water..ada rasa..berbanding air coway y tasteless n xde benefits..
Quote umbut 20-4-2020 09:58 AM
Aku pki panasonic je.. malas nak bayar bulan2...
Quote Kurex 20-4-2020 09:59 AM
Kesian staff dgn pelamggan
Quote bawangkecik 20-4-2020 10:02 AM
jurujual cuckoo ke ni HAHAHAH
Quote AbukRokok 20-4-2020 10:38 AM
sila buat rumah dalam botol kaca
Quote pokaibanktokyo 20-4-2020 10:52 AM
Edited by pokaibanktokyo at 20-4-2020 07:04 AM

Penapis air semua mengarut. Siapa yang dah terbeli dan sekarang ditipu pula macam ini sila seret coway ke mahkamah secara berjemaah. "Class action lawsuit". Pakatlah ramai ramai dalam social media dulu. Kemudian cari satu lawyer yang hebat. Pastikan anda saman kaw kaw. Seorang perlu diberi pampasan berpuluh ribu ringgit sebagai pengajaran kepada defendan
Quote Supersirap 20-4-2020 10:54 AM
Semoga dipermudahkan segala urusan.
Quote Themilo 20-4-2020 11:23 AM
Kurex replied at 20-4-2020 01:59 AM
Kesian staff dgn pelamggan

meols pun dah terbiasa melanggan coway.
memula malas gak, tapi satu hari tangan mother meols tercurah air panas masa beliau angkat cerek, terus meols call coway & pasang terus.



Quote Kuasaberganda 20-4-2020 11:37 AM
iolss smpai putus kwn la. coway cuckoo nye pasal. adui. kita xnak beli derang marah lak.last last last sendiri belu sendiri jd agent.hahaha
Quote Tinot7 20-4-2020 11:38 AM
Semoga dipermudahkan urusan. Iols minum air masak je.
Quote shernazz 20-4-2020 12:01 PM
sarah82 replied at 20-4-2020 09:49 AM
Aku pulak.. Elok2 technician mai servis filter ayaq.. Seminggu lepas tu MCO..

Sama la
Iols 4 hari sebelum
Ni bulan 5 baru servis
Quote hyie 20-4-2020 12:01 PM
nape orang suka tulis "Please take NOTED" ye?

lagi satu, STALKER. Kau stalkER FB aku ke?
Quote Izumieza 20-4-2020 12:02 PM
rumah aku oldskul...takdak coway cuckoo bagai. nk mnum panas masak msk je pakai cerek letrik. nak minum sejuk air dlm peti ais ada.. ais batu pun ada.. bukan susah pun.
Quote Izumieza 20-4-2020 12:03 PM
Kuasaberganda replied at 20-4-2020 11:37 AM
iolss smpai putus kwn la. coway cuckoo nye pasal. adui. kita xnak beli derang marah lak.last last la ...

Aku pun.. sampai hati dia cakap aku sombong & lupa kawan.. benda aku tak perlu takkan aku nak ambik jugak.
Quote sarah82 20-4-2020 12:09 PM
shernazz replied at 20-4-2020 12:01 PM
Sama la
Iols 4 hari sebelum
Ni bulan 5 baru servis

Ha.. Betul.. Tak tau la boleh service ka tak bulan 5 ni.. Hari tu ada minta depa pasang yg mineral.. Kena tambah rm100 sekali bayar saja.. Dah MCO tak boleh la nampaknya
Quote shernazz 20-4-2020 12:32 PM
sarah82 replied at 20-4-2020 12:09 PM
Ha.. Betul.. Tak tau la boleh service ka tak bulan 5 ni.. Hari tu ada minta depa pasang yg mineral ...

Itu lah
Dah la orang servis kat umah ni dari banting..astaga...
Dia punya jauh tu..sampai kita plak kena arrange masa ikut masa.dia...huhuuu
Quote sarah82 20-4-2020 12:33 PM
shernazz replied at 20-4-2020 12:32 PM
Itu lah
Dah la orang servis kat umah ni dari banting..astaga...
Dia punya jauh tu..sampai kita p ...

Huhu.. Yg servis ni dia kata dok kmpg sebelah.. X tau la mcm mana.. Jenuh juga la..
Quote nadna 20-4-2020 12:54 PM
Rumah aku tak dan servis sebelum MCO.Mintak diskaun haram dilayan coway.Ni dah sebulan lebih.

Lihat semua komen(76)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-12-2024 07:13 PM GMT+8 , Processed in 0.315072 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top