Bukan marah atau tidak suka, sebaliknya kebanyakan kita akan berasa pelik dan kurang senang apabila orang luar memanggil nama timangan diberi keluarga. Begitulah yang dirasakan puteri Yang di-Pertuan Agong, Tengku Puteri Afzan Aminah Hafidzatullah Al-Sultan Abdullah.
Seperti ayahanda dan bondanya, keramahan Tengku Afzan di laman sosial disenangi rakyat jelata. Keramahannya membuat segelintir pihak tidak sensitif hingga dilihat ada yang cuba berlebihan ketika berkomunikasi dengan kerabat diraja. Berikutan itu, Tengku Afzan sendiri menyuarakan rasa kurang senangnya apabila ada pihak menggunakan nama timangannya.
Terasa seperti isu ini diperbesarkan di laman sosial, Tengku Afzan sekali lagi tampil meredakan keadaan. "Mesti ramai tak suka bila orang yang tak krapat dengan kita panggil nama manja kita, kan?" ujarnya. - CARI
|
vender replied at 17-4-2020 04:27 PM
Budak tu aku suspek nak gurau sbb dia tahu nama timangan sang puteri. Tp tak kena gaya
Btw ade s ...
ADVERTISEMENT