Berkat sumbangan yang tidak putus daripada orang ramai ketika PKP, pihak Zoo Negara memaklumkam mampu berjimat sehingga RM300,000 untuk kos makanan haiwan bulan ini.
Memetik laporan Sinar Harian, maklumat positif tersebut disampaikan Pengarah Veterina Zoo Negara, Dr Mat Naik Ramli yang berkata, pihak pengurusan memperuntukkan RM350,00 sebulan untuk kos berkenaan. Namun, bagi bulan ini hanya peruntukan RM50,000 sahaja dikeluarkan bagi menampung keperluan 3,500 haiwan daripada 300 spesies. Malah, orang ramai turut memberi sumbangan berupa bekalan makanan termasuk sayuran, daging, ayam dan ikan selain bantuan kewangan. "Untuk April, stok makanan dah cukup termasuk 4.5 tan ayam dan daging atau kos RM80,000, namun kami tetap terima bekalan selagi ada yang mahu menyumbang untuk teruskan momentum.
"Kuantiti makanan perlu banyak kerana stok yang diterima biasanya hanya bertahan satu hingga dua hari. Ada juga haiwan seperti burung yang perlukan 200 kilogram ikan segar setiap hari sebagai makanan yang kosnya mencecah RM3,000 sehari," katanya. "Melalui kempen Adopt An Animal yang dilaksanakan juga turut membantu dari segi dana. Kesedaran orang awam meningkat, mereka turut berkongsi keperitan. "Ada yang menyumbang antara RM5, RM10 atau RM100 namun jumlah penderma mencecah 30,000 orang berjaya mengumpul dana sehingga RM2 juta," ujarnya lagi. Terdahulu, sejak PKP dikuatkuasakan pada Mac lalu, Zoo Negara dikatakan terpaksa menggunakan tabung kecemasannya untuk meneruskan operasi. Orang ramai yang berminat menyalurkan sumbangan berbentuk bahan mentah boleh hubungi emel: [email protected] atau sumbangan wang tunai melalui https://www.zoonegaramalaysia.my/adopt.html. - CARI
|
VespaSilbe: Aku tertanya... Binatang kat zoo ni makan sayur yg fresh ke?Atau cam ayam tok aku boleh makan sayuq kuning2 hat kedai tamau?Ka sayuq organic ja?
kelapaparut replied at 17-4-2020 07:31 PM
manakala di German,pihak zoo cannibalize hewan dlm zoo utk jimat kos di musim covid ni, mcm rusa dlm ...
prettyuglybabe replied at 18-4-2020 03:00 AM
dah jimat banyak duit tu jangan masuk poket orang atas anok beranok krona kroni..
kelapaparut replied at 18-4-2020 09:52 AM
alamg2 kalu dah ade duit lebih ape kate cantikkan zoo tu mcm zoo spore, buat night safari ke,tmn b ...
Akumagoukioni replied at 18-4-2020 09:59 AM
Killer whale wat pe tengah2 bandar nie
supernaturalee replied at 18-4-2020 11:07 AM
Sm lh jgk ltk Singa dlm zoo tgh2 bndr
ADVERTISEMENT