Semakin Ramadan menghampiri, semakin 'kuat iblis syaitan buat kerja. Terbaru, penyanyi Kucaimars dituduh sering mempermainkan perasaan wanita. Tidak cukup dengan itu, pemilik nama sebenar Amirul Husyairi itu dituduh pernah menginap di hotel bersama wanita. Perkara itu didedahkan pengguna Twitter bernama P.U Jamal. Katanya, kenalannya juga menjadi salah seorang mangsa Kucaimars. Pun begitu, ramai tidak percaya dengan dakwaan berkenaan memandangkan bukti pun tidak disertakan sekali. Malah, kenalan Kucaimars turut tampil mempertahannkannya daripada fitnah berkenaan. Pun begitu, Kucaimars dipercayai ada memuat naik ciapan balas mengenai tuduhan berkenaan, namun tinjauan mendapati ia telah dipadam. Tinggal beberapa hari saja lagi Ramadan akan membuka tirai, semoga tiada dakwaan liar mengenai seleberiti lain pula bertebaran. Apapun, kita tunggu sama ada Kucaimars akan buat kenyataan rasmi mengenai isu ini atau tidak. - CARI
|
KIM.K replied at 20-4-2020 02:52 PM
PU Jamal ni nama samaran troll ke nama betul. Mana ada setad buat kerja expozay camni
Aku rasa si ...
margo20 replied at 20-4-2020 02:20 PM
Dh fikir habis ke nk pakai nama tu? {:dot {:dot
ADVERTISEMENT