CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Kes Covid-19 Menurun, Pantai Di Sydney Mula Dibuka Semula

20-4-2020 04:30 PM| Diterbitkan: CARI-MAMS| Dilihat: 3967| Komen: 27

Susulan kes Covid-19 yang semakin menurun di Australia, dilaporkan pantai-pantai di Sydney telah mula dibuka semula.

Memetik laporan BBC, tiga pantai dibuka semula dengan peluncur ombak kelihatan sudah berpusu-pusu ke pantai berkenaan. 


Namun demikian, pandai Bondi yang menjadi tarikan di situ masih belum dibuka kepada orang awam.

Daily Mail melaporkan orang ramai mula dilihat berkunjung ke pantai di Sydney pada Isnin untuk aktiviti riadah dan bersenam.


Pantai Coogee, Clovelly, Mroubra dan Malabar dibuka semula selepas tiga minggu ditutup dari orang awam bagi mengelakkan menyebaran Covid-19.


Difahamkan, pembukaan semula pantai-pantai ini menimbulkan kebimbangan kepada masyarakat setempat kerana ia boleh menyebabkan virus itu merebak dengan cepat meskipun kes makin menurun. 

Setakat hari Ahad, tiga negeri terbesar iaitu New South Wales, Victoria dan Queensland hanya mencatatkan 7 kes baharu.

Pun begitu, sekatan dan penutupan premis masih dijalankan sekurang-kurangnya empat minggu lagi, menurut Perdana Menteri Australia, Scott Morrison. - CARI 
2

Bagus
2

Marah
2

Terkejut
2

Sedih
2

Lawak
2

Bosan

Friends Rank (12 people)

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote nuno 20-4-2020 04:49 PM
Good luck mate
Quote orgsepang 20-4-2020 04:57 PM
Biarlah mereka, kita bukan boleh buat apa2. Semoga baik2 sahajalah.
Quote nazzse 20-4-2020 05:03 PM
Biarlah negara dia, asal bukan Malaysiaku..
Quote qicki 20-4-2020 05:11 PM
mak aih degilnye.....nnt kalau australia dah teruk....rakyat malaysia yg dah bermastautin kat sana boleh balik sini ke x ea?
Quote wanzulina 20-4-2020 05:15 PM
Good luck mate aussie
Quote CiliPadiSedap 20-4-2020 05:39 PM
qicki replied at 20-4-2020 05:11 PM
mak aih degilnye.....nnt kalau australia dah teruk....rakyat malaysia yg dah bermastautin kat sana b ...

xboleh sebab mereka dah tekad larikan diri ke sana.kalau mereka lari balik malaysia mereka akan di blacklist ke australia berapa tahun sebab jadi pendatang asing tanpa izin.
Quote qicki 20-4-2020 05:41 PM
CiliPadiSedap replied at 20-4-2020 05:39 PM
xboleh sebab mereka dah tekad larikan diri ke sana.kalau mereka lari balik malaysia mereka a ...


Quote hatikudus 20-4-2020 05:55 PM
Gelojohnya...kira nak seronok aje puak2 ni
Quote adm7 20-4-2020 06:04 PM
hatikudus replied at 20-4-2020 05:55 PM
Gelojohnya...kira nak seronok aje puak2 ni

Sm la mcm puak2 di Malaysia yg tak sabar nak balik kampung untuk beraya/buka puasa.
Quote AbukRokok 20-4-2020 06:36 PM
australia dah meneeeee
Quote Tinot7 20-4-2020 06:54 PM
tahniah aussie kalau dah takde kes...
tapi China kesan org yg pernah covid, jadi covid balik... camne ye?
Quote shernazz 20-4-2020 06:55 PM
adm7 replied at 20-4-2020 06:04 PM
Sm la mcm puak2 di Malaysia yg tak sabar nak balik kampung untuk beraya/buka puasa.

Yangnkat kampung dh menggelupur nak balik rumah sendiri..hahhaa
Quote MadameOnion 20-4-2020 07:12 PM
Kluster surfer
Quote MadameOnion 20-4-2020 07:15 PM
shernazz replied at 20-4-2020 06:55 PM
Yangnkat kampung dh menggelupur nak balik rumah sendiri..hahhaa

Ada kawan i dah merungut nak balik penang sbb line internet kat kampung slow..boleh tgk whatsapp tu pun loading punya lama..hari tu pm announce pkp terus dia bawak satu family balik perlis..sekarang padan muka..menggelupor anak2 dia pun susah nak main pubg
Quote Artemesiaa 20-4-2020 07:22 PM
Negara mereka suka hatilah mereka nak macam mana asalkan bukan di negara kita
Quote GigaMom 20-4-2020 07:39 PM
Baguslaa..
Kita boleh tengok apa akibatnya
Mana yg baik kita ikut
Quote shernazz 20-4-2020 08:35 PM
MadameOnion replied at 20-4-2020 07:15 PM
Ada kawan i dah merungut nak balik penang sbb line internet kat kampung slow..boleh tgk whatsapp t ...

Haha.
Rasakannn
Nak balik sangat kan....
Dok la sana lama lama..haha
Kita katnsini bersabar aje menunggu pkp habis..sambil baring baring kat ruang tamu..hHaha
Quote harizs 20-4-2020 08:45 PM
MadameOnion replied at 20-4-2020 07:15 PM
Ada kawan i dah merungut nak balik penang sbb line internet kat kampung slow..boleh tgk whatsapp t ...

mesti anak beranak terseksa jiwa raga terutama budak2 remaja
Quote harizs 20-4-2020 08:46 PM
GigaMom replied at 20-4-2020 07:39 PM
Baguslaa..
Kita boleh tengok apa akibatnya
Mana yg baik kita ikut

ya... biar mrk bereksperimen dulu.  klu berjaya kita blh follow

Lihat semua komen(27)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-12-2024 05:39 PM GMT+8 , Processed in 0.181497 second(s), 36 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top