Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob hari ini berkata, pihaknya tiada perancangan menggerakkan Rukun Tetangga (RT) untuk membantu memantau pematuhan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
Sebaliknya, tanggungjawab itu diserahkan kepada pasukan pakaian seragam yang diberi latihan khususnya untuk berdepan situasi kecemasan dan kawalan keselamatan. Katanya, barisan hadapan selain kakitangan Kementerian Kesihatan seperti polis, tentera, Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) dan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) sudah terlatih. “Mereka adalah pihak yang diakui kemahirannya dan mendapat latihan dalam kes kecemasan. Mereka sudah terlatih. Sebab itu kita beri tanggungjawab kepada anggota pakaian seragam. “RT bukan kumpulan pakaian seragam. Setakat ini kita tidak ada perancangan untuk babitkan RT membantu polis di mana-mana, kawasan bandar atau luar bandar. Buat masa ini, tiada keperluan,” katanya hari ini seperti dipetik Berita Harian. - CARI
|
qicki replied at 20-4-2020 05:37 PM
so xyah la JKKKKKKKKK ke sume2 ke nk kawal2 kg/taman.....duk dendiam dalam rumah
rogayahtop replied at 20-4-2020 05:38 PM
RT taman akak gigih join kelab prihatin janda je.
sampai janda pegi keja balik keja dgn siapa semu ...
ADVERTISEMENT