CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Genap 2 Bulan Ashraf Sinclair Meninggal - Aishah, Adam Dan Yuna Luah Rindu

23-4-2020 10:19 AM| Diterbitkan: Straya| Dilihat: 13419| Komen: 68|Original author: Oleh: Straya


Kredit foto: Instagram ashrafsinclair

Diam tak diam, sudah dua bulan pelakon, Ashraf Sinclair meninggal dunia akibat serangan jantung pada 18 Februari lepas. 

Adik kepada Ashraf iaitu Aishah dan Adam Sinclair serta adik iparnya, Yuna Zarai telah memuat naik gambar-gambar di laman Instagram sempena memperingati abang mereka itu.


Dalam foto yang dimuat naik Aishah, dua anak perempuannya kelihatan berada dalam pelukan abangnya dan mereka bertiga tersenyum ke arah kamera. Aishah juga menulis pesanan yang menyentuh hati buat Ashraf.


"Hari ini genap dua bulan. Tidak ada satu hari kami pun kami tidak mengingatimu. Mereka mengatakan, waktu akan memulihkan tapi ia masih menyakitkan," tulis Aishah.

Aishah masih merindui abangnya dan sering mendengar rakaman suara Ashraf yang tersimpan di dalam Google Drive-nya. Menurut Aishah, ia dapat membantunya mengubat kerinduan.

"Saya terjumpa rakaman suaramu di Google Drive. Mendengar suaramu membantu saya mengubati rasa sakit ini sedikit, tetapi kemudian saya menyedari, ada ruang kosong di hati yang tak mungkin terisi lagi sejak pemergianmu," luah Aishah.

Adam Sinclair turut merasa kerinduan terhadap abangnya dan memuat naik foto lama yang menunjukkan momen dia dipeluk Ashraf ketika kecil.


"Genap dua bulan sejak kau pergi. Aku hanya ingin mengucapkan terima kasih kerana selalu mendukungku. Hari ini, aku mencuba sesuatu yang baru. Aku rasa kau akan bangga denganku. Sayang kamu selalu Abang Ash, Al-fatihah," luahnya.

Yuna Zarai, isteri kepada Adam pula memuat naik gambar-gambar kenangan ketika arwah berkunjung ke Los Angeles buat kali terakhir. Yuna menulis panjang lebar mengenai perasaannya yang masih tidak percaya Ashraf telah meninggalkan mereka.


Yuna masih teringat kenangan ketika Ashraf dan keluarga berkunjung ke New York beberapa minggu sebelum Ashraf meninggal dunia. Yuna seterusnya memuji Ashraf sebagai seorang yang hebat dan boleh dijadikan contoh sebagai seorang anak, suami, abang dan ayah kepada Noah.

Sayu membaca status di IG mereka bertiga ini. Orang yang baik akan sentiasa diingati walaupun sudah meninggal dunia. Moga Allahyarham ditempatkan di kalangan orang beriman dan dirahmati Allah. - CARI


Bagus
1

Marah
2

Terkejut
1

Sedih
1

Lawak
2

Bosan

Friends Rank (7 people)

  • Terkejut

    Anonymity

  • DayangKirana

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Sham143 23-4-2020 10:27 AM
Edited by Sham143 at 23-4-2020 10:28 AM

Semoga Ashraf Sinclair digolongankan dikalangan orang2 yg soleh dan di tempatkan di Jannah.. Aamiin
Quote Lailerthee 23-4-2020 10:28 AM
I pon sampai sekarang bila tengok video judika nyanyi depan bcl tu mengalir air mata huhuhu
Quote epuepy 23-4-2020 10:40 AM
Still sayu sampai skrg. Sbb nye ash sorg yg hensem, husband, dad and abg yg baik. Sampaikn bile dia pergi, sume org terasa kehilangan.

Kagum dgn cinta arwah dekat bcl. Nmpk sgt syg Walaupon kawin dh lebih 10 thn. Xpernah ada gosip curang and sentiasa temankan wife bile ada concert.
Quote Covid19 23-4-2020 10:55 AM
Yuna follower masih tak sampai satu juta lagi eh...
Quote bambimo 23-4-2020 10:58 AM
Aku dkt ada feed kt twitter. Bcl tgh kena interview. Ya Allah arwah pandang dia xkedip..deeply in love sgt
Quote rospinki 23-4-2020 11:39 AM
sesuatu sgt tengok mata arwah..seperti kosong.

menunjukkan..org yg baik hensem bahagia..caring..kaya dan sempurna segala jika ajalnya sudah sampai begitu saja pergi tanpa pesan.
Quote belilies 23-4-2020 11:59 AM
So sad. 1 darah daging dah bgaul dr kecik, 1 lagi cinta... Sedeyy. Sbb u cannot turn back time and get back the lost one.
Quote newyork 23-4-2020 12:00 PM
Rindu yg tak boleh nak dilepaskan...
Quote hazada 23-4-2020 01:56 PM
dream husband.rasanya 1 dalam 1000 lelaki melayu macam ni.jangan kecam heh
Quote Levespa 23-4-2020 02:38 PM
hazada: dream husband.rasanya 1 dalam 1000 lelaki melayu macam ni.jangan kecam heh


1 dalam 100 000 kot
Quote kiah_mai_pulak 23-4-2020 03:07 PM
ok yuna dh boleh start cter pasal ashraf demi kelangsungan career penyanyi intenesenel tu ya
Quote imanjannah 23-4-2020 03:26 PM
al fatihah ..begenang airmata tengok gambar masa kecik tu
Quote honeyvanilla 23-4-2020 03:49 PM
Edited by honeyvanilla at 23-4-2020 03:50 PM

suka tengok ash, crush gila when i was teenager back then. a good husband, son, father and brother. suka tgk how they deeply each other. life is so fragile, we will never know.

pegi bercuti pun kutip sampah. amazed gila..
Quote cek_munah 23-4-2020 04:03 PM
Sampai skrg BCL tak ada post apa2 kat her ig kan.
Quote SummerAutumn 23-4-2020 05:51 PM
Masa arwah hidup, arwah selalu bersedekah & menyantuni anak2 yatim. No wonder bila arwah meninggal, ramai yg care & sayang kat Noah walaupun xkenal
Quote Joysparta 23-4-2020 05:54 PM
Levespa replied at 23-4-2020 02:38 PM
1 dalam 100 000 kot

1 in a million kot...yg pasti my hubby not in that list.
Quote jijioaynna 23-4-2020 06:25 PM
cek_munah replied at 23-4-2020 04:03 PM
Sampai skrg BCL tak ada post apa2 kat her ig kan.

Mayb bcuz the last time she spoke to ash was asking him to pick her photos to upload on IG.. lpas bcl keluar dr bathroom, ash had gone. Mayb dats y blom ada kkuatan nk update anythg on IG.
Quote ashilalat 23-4-2020 06:47 PM
Sibuk la kau yuna. Dah sendu la tu karier x ke mana, skrg tumpang populariti arwah abag ipaq. Nak jugek interprem...

Yuna yg konon retis antarabangsa ni nape sendu je followersnya kat ig? Wany barista bintang paling popular tahap malaysia pon lg meriah.
Quote Lailerthee 23-4-2020 08:06 PM
Semoga di tempatkan bersama orang beriman

Lihat semua komen(68)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-12-2024 07:05 PM GMT+8 , Processed in 0.098314 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top