|
Allahyarham Farid Ismeth Emir telah menghembuskan nafas pada jam 11.10 pagi Isnin. Pembaca berita terkenal Radio Telvisyen Malaysia (RTM) itu menghembuskan nafas terakhir di Hospital Assunta, Petaling Jaya, Selangor pada usia 65 tahun akibat barah paru-paru, lapor mStar Online. Merujuk portal rasmi Berita RTM iaitu berita.rtm.gov.my pula, Allahyarham yang juga dikenali sebagai Pak Ngah telah menyumbangkan suara sebagai penyampai berita di Jabatan Penyiaran Malaysia, RTM lebih dari 30 tahun lalu. Jangan tak percaya, Allahyarham yang berasal dari Teluk Intan, Perak pernah bekerja dalam bidang perhotelan sebelum bertugas dalam dunia penyiaran pada 1980-an. Allahyarham juga merupakan penyumbang suara untuk iklan rokok Dunhill. Suara maskulinnya telah menawan ramai pendengar ketika eranya.
Semoga Allahyarham ditempatkan dikalangan para solihin. - CARI
|
ADVERTISEMENT
© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy
14-2-2026 07:39 AM GMT+8 , Processed in 0.189987 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.
Powered by Discuz! X3.4
Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.