CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Amaran! Kes Covid-19 Mungkin Meningkat 2 Minggu Lagi

23-4-2020 11:29 AM| Diterbitkan: ctcheery| Dilihat: 6750| Komen: 48|Original author: Oleh: Ct Cheery

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah memaklumkan walaupun kes baru Covid-19 di negara ini menunjukkan penurunan, namun ia tidak boleh dipandang mudah susulan aktiviti pengesanan kes yang masih giat dijalankan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ketika ini.


"Sekarang kita berjaya kurangkan kes, tapi kita tidak dapat tamatkan kes. Mungkin akan jadi dalam kluster atau kes terpencil seperti kes sporadik.


"Kalau bertambah maksudnya virus itu masih ada dalam komuniti, tapi sekarang ia makin berkurangan. Itu satu indikasi baik untuk kita laksanakan atau rancang untuk tindakan masa depan," katanya seperti dipetik Malaysia Gazette.




Foto: Facebook KKM


Sementara itu, KKM meramalkan jumlah dan bilangan kes baharu mungkin boleh meningkat kembali dalam tempoh dua minggu akan datang memandangkan aktiviti pengesanan kes masih giat dijalankan terutamanya ke atas rakyat Malaysia yang baru pulang dari luar negara dan di lokaliti yang terlibat di bawah 'Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan' (PKPD)



Loading FB Post...


Mengulas mengenai jumlah kes, Dr Noor Hisham berkata, ia hasil daripada tindakan proaktif dan agresif dalam mengesan kes yang dijalankan sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) fasa pertama bermula lagi.


Justeru itu, beliau menyeru rakyat Malaysia untuk terus menyokong dan memberi kerjasama dalam menjayakan usaha membendung pandemik Covid-19 di negara ini dengan terus mematuhi PKP. - CARI


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih
2

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (3 people)


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Simunggu 23-4-2020 11:31 AM
rasanya itu apply utk US ja sbb masuk musim luruh..cuaca sejuk bertambah teruk di sana...

kita sini masuk May...bulan May bulan paling panas...tu sbb ada Tadau Keamatan di Sabah...maksudnya panas matahari..covid mati time panas
Quote uda 23-4-2020 11:35 AM
Simunggu replied at 23-4-2020 11:31 AM
rasanya itu apply utk US ja sbb masuk musim luruh..cuaca sejuk bertambah teruk di sana...

kita si ...

Di US mei dah nak mula panas , dah masuk spring.
Summer starts lebih kurang jun - akhir ogos
Yg nak masuk sejuk adalah di hemisphere selatan eg Australia dan New Zealand
Quote Kurex 23-4-2020 11:36 AM
Jadi ni klu pkp akan dipanjangkan
Quote dua_chzy 23-4-2020 11:37 AM
Simunggu replied at 23-4-2020 11:31 AM
rasanya itu apply utk US ja sbb masuk musim luruh..cuaca sejuk bertambah teruk di sana...

kita si ...

Apa ko ni pilak ka eja Kaamatan pun fail?
Quote mrsamz 23-4-2020 11:40 AM
Aku rasa mmg akan naik masa bulan puasa ni
Sebab DG cakap skang nak saring warga asing yg dlm PKPD ...
Lepas tu kita dah ada test kit yg baru sampai dari korea..keputusan lebih cepat..dan kkm boleh buat lebih byk saringan...
Bersedia lah semua org
Quote sarah82 23-4-2020 11:41 AM
Simunggu replied at 23-4-2020 11:31 AM
rasanya itu apply utk US ja sbb masuk musim luruh..cuaca sejuk bertambah teruk di sana...

kita si ...

Kat utara tengah hujan..
Quote Simunggu 23-4-2020 11:41 AM
dua_chzy replied at 23-4-2020 11:37 AM
Apa ko ni pilak ka eja Kaamatan pun fail?

hahaha...pasal panas bah kk...
Quote anony-mous 23-4-2020 11:41 AM
Simunggu replied at 23-4-2020 11:31 AM
rasanya itu apply utk US ja sbb masuk musim luruh..cuaca sejuk bertambah teruk di sana...

kita si ...

Uols dulu kelas geografi ponteng kah? musim luruh lepas musim panas, sblm summer. Kat US tu pon nak masuk summer dah around june.
Quote Covid19 23-4-2020 11:42 AM
Ye tahu... baiklah..i will continue stay at home!
Quote dua_chzy 23-4-2020 11:46 AM
Simunggu replied at 23-4-2020 11:41 AM
hahaha...pasal panas bah kk...


Sekarang memang musim panas. Buah-buahan cantik, menjadi betul. Nenas madu masih hijau kulit pun manis macam gula. Sayur-sayuran pun cantik ja. Malangnya sebab ni Covid, petani/peladang tidak boleh jual hasil tanaman diorang.
Quote cmf_premierleag 23-4-2020 12:00 PM
ala extend je la pkp
bleh la puasa duk diam2 kt rumah
kalo gi opis pun bukan bleh minum boost juice pun bln pose nih
Quote atira 23-4-2020 12:00 PM
logik akan naik sbb pekerja asing baru nak check gila2
Quote polluxsstar 23-4-2020 12:13 PM
Panas ka hujan ka, stay at home je la. Smbg pkp sampai virus sifar. I siap tanned kan kulit kt sini.
Quote antoofighter 23-4-2020 12:18 PM
hmm mesti naik kot sb penyumbang utama kali ni adalah warga asing
Quote Lagubestbest 23-4-2020 02:13 PM
Sedap makan mangga besar2 kuning rasa berlemak.. perhhh.. blend buat aiskrim mangga tak taruk air pun..
Quote JunkMail 23-4-2020 02:18 PM
sarah82 replied at 23-4-2020 11:41 AM
Kat utara tengah hujan..

Kat KL pun asal petang je hujan ribut petir bagai
Quote perembes 23-4-2020 02:20 PM
Edited by perembes at 23-4-2020 02:22 PM
dua_chzy replied at 23-4-2020 11:46 AM
Sekarang memang musim panas. Buah-buahan cantik, menjadi betul. Nenas madu masih hijau kulit pun ...



bln 4&5 mmg masa tanaman mnjdi btul..  siapa kawin dlm bulan mei biasa dlm cuti skola..  sng dpat sayur cntik dan murah


blh longgarkan pkp suda ka tempat kita ni ah..  x sabar mo p kerja hahah
Quote shernazz 23-4-2020 02:24 PM
cmf_premierleag replied at 23-4-2020 12:00 PM
ala extend je la pkp
bleh la puasa duk diam2 kt rumah
kalo gi opis pun bukan bleh minum boost juic ...

Minum boost pastu post kat ig

Ifthorrrr with boost...

Haaaaaaaaa

Haahahahahaaha
Quote Simunggu 23-4-2020 02:36 PM
dua_chzy replied at 23-4-2020 11:46 AM
Sekarang memang musim panas. Buah-buahan cantik, menjadi betul. Nenas madu masih hijau kulit pun ...

sekejap lagi bila masuk bulan May musim panas betul..covid 19 akan mati...di negara barat masuk muslim luruh covid19 bertambah teruk..

Lihat semua komen(48)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-12-2024 11:09 PM GMT+8 , Processed in 0.108371 second(s), 36 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top