CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

Bangsa Sendiri Memang Suka Jatuhkan Kita - Najib Asaddok Bengang Disindir 'Dia Ni Buat Bisnes Apa?'

22-4-2020 01:30 PM| Diterbitkan: green_lantern| Dilihat: 23205| Komen: 97



"SHUT UP jika diri sendiri pun tak bantu bangsa sendiri! Takut nanti diri jadi bangsat."


Itu luahan kekecewaan Usahawan Internet, Najib Asaddok mengenai seorang pemuda yang seolah-olah memperlekehkan pembabitannya dalam perniagaan selama ini. 

Dengan pertanyaan seperti menyindir, Najib berasa marah kerana nampak sangat yang pemuda tersebut sengaja melontarkan persoalan seolah-olah tidak tahu apa-apa tetapi yang sebenarnya terang-terangan komen ditulis di halaman Facebook usahawan itu sendiri.

Kredit foto: IG


Bagi Najib, halaman Facebooknya itu sudah cukup menerangkan siapa dirinya sendiri. Jadi, apabila ada warganet yang datang masih bertanya soalan yang sama, ia sebenarnya mahu menyindir.

Sudahlah begitu, kemahirannya berkongsi bagaimana untuk berbisnes turut dipertikaikan dan seolah-olah apa yang dilakukannya langsung tidak memberi impak kepada ekonomi negara. 

"Dia komen dalam facebook saya, semua info apa saya buat jelas & terang kat situ. Saya tau bezakan antara tanya dan perli. Alhamdulillah setiap hari mmg tak berhenti perlian dalam tu. Takperlah saya doakan mereka diberi petunjuk & rahmat Allah."

Foto: IG


Warganet turut bersetuju dengan pandangan yang diutarakan. Ini kerana perasaan hasad dengki memang menebal di dalam bangsa sendiri


Bagaimanapun, ada juga yang menyatakan soalan tersebut tiada unsur provokasi pun. Namun, dijawab kembali oleh Najib bahawa dia tahu untuk membezakan pertanyaan ikhlas dan sindiran.
Foto: iG
Jadi, 'keyboard warrior' harus berhati-hati ya selepas ini. Jaga diri dan jaga jari, bimbang pula ada yang disaman nanti. -CARI



1

Bagus
1

Marah
1

Terkejut
2

Sedih
1

Lawak
2

Bosan

Friends Rank (8 people)

  • DayangKirana

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote sarah82 22-4-2020 01:35 PM
Bisnes ayaq liur.. Kan senang ang mengaku mcm tu Najib asadok woiii..

Dari aku perabih duit kat scammer ayaq liur ni.. Baik aku habis beli smartphone.. Boleh gak aku layan buku secara talian
Quote LadyCarefree 22-4-2020 01:46 PM
sarah82 replied at 22-4-2020 12:35 PM
Bisnes ayaq liur.. Kan senang ang mengaku mcm tu Najib asadok woiii..

Dari aku perabih duit kat  ...

Khenzsssss heran ramai melayu sokong business ayaq lioq. Si sadoq ni anak buah jijan semang kan?
Quote GigaMom 22-4-2020 01:47 PM
Betul sgt dh tu soalan
Bisnes coaching bisnes apa
Bisnes air liuuuur laaa
Hakk tuiih

Ai pun pandai ajar org buat kuih ikut step dalam buku tp blm tntu ai pandai buat
Tak payah nak gebang sgt ikhlas nk tgok org bjaya bla bla bal
Dgr kau mmbebel pun kena bayar
Argg org2 bodoh punca org bodoh wujud
Klon jijang semang gendut
Quote sarah82 22-4-2020 01:49 PM
LadyCarefree replied at 22-4-2020 01:46 PM
Khenzsssss heran ramai melayu sokong business ayaq lioq. Si sadoq ni anak buah jijan semang kan?

Betul.. Anak didik azizan semang.. Benda ni semua boleh belajar dari membaca.. Baik layan youtube yg bg ilmu free..
Quote LadyCarefree 22-4-2020 01:51 PM
sarah82 replied at 22-4-2020 12:49 PM
Betul.. Anak didik azizan semang.. Benda ni semua boleh belajar dari membaca.. Baik layan youtube  ...

Hehehee apa pulak pendapat hang setad ebit yg yuran ceramah dia tinggi?
Quote sarah82 22-4-2020 01:54 PM
LadyCarefree replied at 22-4-2020 01:51 PM
Hehehee apa pulak pendapat hang setad ebit yg yuran ceramah dia tinggi?

Aku nak ckp lebih aku x berapa tau tentang ustaz ebit sgt.. Tapi aku nampak dia byk guna duit utk membantu org susah.. Tu bagus. Jadi aku masih lagi ada sangka baik caj yg mahai dia guna utk tujuan dakwah dan membantu org susah.
Quote LadyCarefree 22-4-2020 01:56 PM
Edited by LadyCarefree at 22-4-2020 12:57 PM
sarah82 replied at 22-4-2020 12:54 PM
Aku nak ckp lebih aku x berapa tau tentang ustaz ebit sgt.. Tapi aku nampak dia byk guna duit utk  ...


Kira halal la kn jual ayaq lioq asal nmpak bnyak bantu orng ala ala anju charge mahal tp dia bnyak bantu orng. Hehehehee iols pd dasarnya mmang xsokong orng jual ayaq lioq
Quote sarah82 22-4-2020 01:58 PM
LadyCarefree replied at 22-4-2020 01:56 PM
Kira halal la kn jual ayaq lioq asal nmpak bnyak bantu orng ala ala anju charge mahal tp dia bny ...

Kita nampak dia membantu.. Yg asadok dan sewaktunya dgnnya langsung tak membantu..
Quote Tinot7 22-4-2020 02:19 PM
LadyCarefree replied at 22-4-2020 01:51 PM
Hehehee apa pulak pendapat hang setad ebit yg yuran ceramah dia tinggi?

bape dia caj?
Quote otai_g 22-4-2020 02:20 PM
anak didik zizan osman ka ni?
buat seminar caj riban2.
Quote Themilo 22-4-2020 02:29 PM
Menda kau ni sadokk.

seminar meroket la, fb ads la.. padahal kau hari2 duk iklan kat Best104.. kalau kau handal sangat bab marketing, takdenya kau nak beli slot iklan kat Best104..

dia ni pemuda AMANAH Johor. Dulu zaman PH, pernah dicadangkan sebagai salah seorang Ahli Majlis Pertanian Negara.. time tu FB Pseudoscience Watch kantoikan, kena hencap dengan netizen sampai Menteri Pertanian Salahudin Ayob terpaksa batalkan pelantikan si Sadokk ni..
Quote kivio 22-4-2020 02:43 PM
Takde salah orang tanya, dah memang konsep bisnes scam.
Coaching tu pembalut kulit je.

Kalau dah kaya, takde lagi b40 kat Malaysia ni.
Quote aint 22-4-2020 02:44 PM
Pendapatan utama Ust Ebit adalah melalui perniagaan restaurant2 yg dimiliki dan diusahakan oleh dia. sebahagian untung dr restoran2 tu mmg diperuntukan utk kerja2 dakwah dan kebajikan... keuntungan setiap bulan ye...

ceramah tu cuma side income ust ebit
Quote Kurex 22-4-2020 02:46 PM
Elehhhh tunje modal scammer, Bangsa melayu jatuhkan bangsa sendiri... Puihhhh
Quote Kurex 22-4-2020 02:48 PM
Themilo replied at 22-4-2020 02:29 PM
Menda kau ni sadokk.

seminar meroket la, fb ads la.. padahal kau hari2 duk iklan kat Best104.. ka ...

Yeke uols?jgn join ok...
Quote bakingsoda 22-4-2020 03:03 PM
malu nak sebut la tu jual air liur je, by liter ke by kilo bang?
Quote Mulotkoyak 22-4-2020 03:09 PM
Kalo ak pun mmg ak nk tny. Die bisness ape? Org pgil coaching and advisor tu xmembantu dlm memperkukuhkn perniagaan. Better u survive and bljr guna IT je utk promoting product. Ckp pakai air liur semua org bole. Pastu byr.
Quote umbut 22-4-2020 03:11 PM
Geli aku dengar iklan dia kat radio
Adaker kalau nak promote barang jgn guna ayat ada collagen vit c bagai sebab cust x tau. Guna ayat tengok jiran sebelah umah yg body letup. Leh panas hati laki nengok ko ingat org malaysia bodoh2 ke
Quote matchstick 22-4-2020 03:13 PM
Dulu2 aku rajin dgr radio best FM .selalu keluar iklan business air liur mamat ni..nk ajar org just business kononnya..masalahnya aku dgr cara dia cakap dlm iklan tu pun rasa ngantuk. Cara cakap intonasi X menarik utk didengar.mcm mana la org boleh byr utk masuk kelas dia. Sbb iklan dia ni la Aku X dgr dh best fm

Lihat semua komen(97)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-12-2024 11:52 PM GMT+8 , Processed in 0.235984 second(s), 48 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top