Dua doktor yang kritikal akibat Covid-19 mendapati kulit mereka telah berubah warna sebaik sedar dari koma akibat jangkitan wabak maut itu. Memetik Metro, Dr Yi Fan dan Dr Hu Weifeng, masing-masing berusia 42 tahun dikatakan dijangkiti virus berkenaan ketika merawat pesakit di Wuhan Central Hospital pada Januari lalu.
Doktor yang merawat mereka berkata, kedua-dua doktor itu terpaksa menggunakan alat sokongan hayat dan hasil rawatan yang berjaya memulihkan mereka bagaimanapun menukar warna kulit mereka menjadi gelap.
Menurut laporan media China, keadaan itu berlaku akibat ketidakseimbangan hormon selepas hati mereka rosak akibat virus berkenaan. Difahamkan, kedua-dua doktor itu bekerjasama dengan doktor yang mengesan Koronavirus, Li Wen Liang yang meninggal dunia akibat jangkitan wabak maut berkenaan pada 7 Februari. Pakar kardiologi Yi pulih daripada Covid-19 selepas 39 hari menggunakan alat sokongan hayat. Manakala, pakar urologi Hu terlantar bertarung dengan jangkitan itu selama 99 hari sebelum disahkan pulih. Dr Li Shushen yang merawat mereka memaklumkan perubahan warna kulit itu berlaku akibat tindak balas sejenis ubat yang diberi pada peringkat awal rawatan. Walaupun tidak menyebut nama ubat itu, beliau menjelaskan kulit Dr Yi dan Dr Hu akan kembali normal sebaik hati mereka berfungsi dengan normal. Difahamkan, mereka masih dipantau di hospital walaupun tidak lagi berada di unit rawatan rapi (ICU). - CARI
|
meteorspeed replied at 22-4-2020 11:58 AM
Aii kedekut nyer cina nama ubat pun tak bagitau. Dah la virus nie dtg dr negara korank
hiswife replied at 22-4-2020 12:02 PM
Kan.. Virus share dengan satu dunia, ubat apa guna xnak share plak
lilacomot replied at 22-4-2020 12:20 PM
Dh mcm hakim pao lak kulit hitam
zehra2 replied at 22-4-2020 01:55 PM
Arwah adik dulu pun gitu..rawatan kanser. Kimoterapi menyebabkn kulit yg putih melepak.. jadi hitam. ...
hiswife replied at 22-4-2020 12:02 PM
Adoi siannya
ADVERTISEMENT