Individu yang didapati ingkar arahan tersebut akan dikompaun maksimum RM1,000 mengikut Seksyen 22, Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988. Namun, di Indonesia, Ketua daerah Sragen, Kusdinar Untung Yuni Sukowati mengambil pendekatan berbeza untuk menghukum dan memberi pengajaran kepada mereka kerana degil.
Memetik laporan AFP, gara-gara melanggar arahan kuarantin, dua lelaki yang baru pulang dari bandar ke kampung di Plupuh, Indonesia dikurung di dalam rumah berhantu. Difahamkna, sebelum ini, kedua-dua mereka telah menandatangani surat tanda bersetuju untuk melakukan kuarantin selama 14 hari. Tapi, tak sampai dua minggu mereka melanggar perjanjian itu. Kedua-dua mereka dikurung di dalam rumah berhantu yang jauh dari kampung dan terletak di tengah sawah padi dan dikunci dari luar. Bagaimanapun, mereka tetap diberi makan dan dipantau dari semasa ke semasa. Mungkin pihak berkuasa kita boleh cuba kaedah sama jika ada individu yang masih degil. Negara kita pun banyak rumah berhantu, kan? - CARI
|
sarah82 replied at 22-4-2020 01:22 AM
Aku rasa kan.. Sejak MCO ni.. Kurang je makhluk2 tak berfaedah.. Mungkin depa pun takut kat covid-19 ...
sarah82 replied at 22-4-2020 01:22 AM
Aku rasa kan.. Sejak MCO ni.. Kurang je makhluk2 tak berfaedah.. Mungkin depa pun takut kat covid-19 ...
ikanmasin replied at 22-4-2020 06:31 AM
mau tak takut..
sarah82 replied at 22-4-2020 08:11 AM
Hahahaha.. Takut kena covid- 19
Eric.n9 replied at 22-4-2020 02:36 AM
Klu kat malaysia, hantr kat umh pak aq derga boleh ni
ADVERTISEMENT