CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Cinta Berdarah, Pensyarah Bunuh Pelajar Sebab Putuskan Hubungan

22-4-2020 01:37 PM| Diterbitkan: Lilrose| Dilihat: 8399| Komen: 43|Original author: Oleh: LilRose

Seorang pensyarah di sebuah universiti di wilayah Anhui didakwa atas pertuduhan membunuh bekas kekasih yang juga pelajarnya.

Lapor Shanghaiist, Guo, 33, dan Han Han, 19, bertemu buat pertama kali pada tahun lalu sebelum menjalin hubungan cinta yang tidak stabil.



Kredit foto: Shanghaiist

Menurut laporan Red Star News, Guo beberapa kali mengugut akan menggagalkan keputusan peperiksaan mangsa jika gadis itu berkeras mahu memutuskan hubungan mereka. Dia juga mengugut tidak akan membiarkan Han lulus dari Universiti Politeknik Anhui.

Selepas percintaan mereka terkandas, Guo tetap mengganggu Han dan masih menghantui mangsa dengan ugutan.

Pada 19 September tahun lalu, lelaki itu dikatakan mengekori mangsa hampir sejam sebelum menikam Han lebih 10 kali.

Kes itu akan didengar di hadapan mahkamah di bandar Wuhu. - CARI

Bagus

Marah
4

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (4 people)

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote sarah82 22-4-2020 01:51 PM
Perghhhhh.. Teringat kes lect perempuan kena bunuh dgn student.. Dan lect uitm kena bunuh dan bakar x salah aku dgn bf student yg dia mengorat
Quote kakyungpilah85 22-4-2020 02:17 PM
sarah82 replied at 22-4-2020 01:51 PM
Perghhhhh.. Teringat kes lect perempuan kena bunuh dgn student.. Dan lect uitm kena bunuh dan bakar  ...

Yg pensyarah perempuan tu pasal tolak cinta student dia kan pasal rasanya pensyarah tu dah bertunang.. Budak tu xpuas ati pecah masuk umah dia tikam dia.. Osah gilo ehhhh

Yg pensyarah lelaki tu pulak dengar miang keladi.. Mintak upah ngesek bagi lulus subjek student tu.. Kena pukul sampai mati dek bf budak perempuan tu.. Pakej bakar sekali..
Quote sarah82 22-4-2020 02:18 PM
kakyungpilah85 replied at 22-4-2020 02:17 PM
Yg pensyarah perempuan tu pasal tolak cinta student dia kan pasal rasanya pensyarah tu dah bertuna ...

Haaa.. Betul2..kesian yg perempuan tu kan.
Quote Akumagoukioni 22-4-2020 02:21 PM
Bunuh jgn x bunuh
Quote sukacactus 22-4-2020 02:22 PM
sarah82 replied at 22-4-2020 01:51 PM
Perghhhhh.. Teringat kes lect perempuan kena bunuh dgn student.. Dan lect uitm kena bunuh dan bakar  ...

Ironicnya nama lect yg kena bakar tu Bakarudin
Quote sarah82 22-4-2020 02:23 PM
sukacactus replied at 22-4-2020 02:22 PM
Ironicnya nama lect yg kena bakar tu Bakarudin

Sangat2 ironik.. Kesian kat keluarga arwah.. Sebab salah sendiri
Quote ashilalat 22-4-2020 02:23 PM
Aku baru nak cakap, legaaaa...kejadian kat china rupanya lepas abes baca artikel. Sekali baca komen kat bawah, ada kejadian lebih kurang sama rupanya kat Malaysia. X jadi kelegaan tadi..
Quote jahcomel 22-4-2020 02:30 PM
sarah82 replied at 22-4-2020 01:51 PM
Perghhhhh.. Teringat kes lect perempuan kena bunuh dgn student.. Dan lect uitm kena bunuh dan bakar  ...

Bf student y bunuh lecturer tu rasenye adik loyer y glemer
Quote Tinot7 22-4-2020 02:30 PM
takziah kpd keluarga...
yg mamat tu, nape nak ngendeng kat bebudak baru habes skolah? tak gross ke?

cikgu dgn student patut hubungan professional la
Quote sarah82 22-4-2020 02:32 PM
jahcomel replied at 22-4-2020 02:30 PM
Bf student y bunuh lecturer tu rasenye adik loyer y glemer

Adik loyer mana? Iols bab loyer tak tau.. Yg rambut blonde tu? Kwn siti kasim?
Quote jahcomel 22-4-2020 02:35 PM
sarah82 replied at 22-4-2020 02:32 PM
Adik loyer mana? Iols bab loyer tak tau.. Yg rambut blonde tu? Kwn siti kasim?

Loyer pompuan x ingt lak nama pe
Quote kakyungpilah85 22-4-2020 02:37 PM
ashilalat replied at 22-4-2020 02:23 PM
Aku baru nak cakap, legaaaa...kejadian kat china rupanya lepas abes baca artikel. Sekali baca komen  ...

Ade lagi 1 kes.. 3 student bunuh lecturer perempuan dengan ayah dia pasal kes kantoi curi barang kemas je.. Salah sorg student tu bf lecturer tu.. Paling kesian lecturer tu OKU lak tu.. Manusia makin kejam
Quote sarah82 22-4-2020 02:37 PM
jahcomel replied at 22-4-2020 02:35 PM
Loyer pompuan x ingt lak nama pe

Oh.. Nanti iols google.
Quote merrissa 22-4-2020 02:38 PM
alahai, kalau dia gagalkan, WS je la pengetua....apa nak takut...kat uni awam if students nak ngadu, WS je rektor...selamaba je la


hurm tp dah mati budak tu....kesian...muda lagi..

Quote Knowlee 22-4-2020 02:40 PM
Psiko nya...
Quote kenarihitam 22-4-2020 02:44 PM
sarah82 replied at 22-4-2020 02:32 PM
Adik loyer mana? Iols bab loyer tak tau.. Yg rambut blonde tu? Kwn siti kasim?

Nama lawyer berkenaan adalah suzana norlihan.
Quote sarah82 22-4-2020 02:45 PM
kenarihitam replied at 22-4-2020 02:44 PM
Nama lawyer berkenaan adalah suzana norlihan.

Ohhhh.. Sepantas kilat jadi makcik bawang
Quote RyanaMohainiza 22-4-2020 03:40 PM
kakyungpilah85 replied at 22-4-2020 02:17 PM
Yg pensyarah perempuan tu pasal tolak cinta student dia kan pasal rasanya pensyarah tu dah bertuna ...

Yg ayah kepada pensyarah tu pun matu juga kan kena bunuh?  Ke iols silap orang..
Quote Artemesiaa 22-4-2020 03:47 PM
Mental ler ni sampai sanggup membunuh

Lihat semua komen(43)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-12-2024 10:48 PM GMT+8 , Processed in 0.091318 second(s), 36 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top