Suci Hawa Zulaikha yang baru berusia tiga bulan dah jatuh buat kali ketiga. Perasaan sedih itu diluahkan oleh Yatt Hamzah di Instagram.
Menurutnya dia dah 'mengepung' anaknya itu dengan bantal supaya tak jatuh ke bawah. Namun malangnya, ia tetap berlaku. Yatt kata bayinya terjatuh di atas jubin semasa dia sedang berehat selepas menunaikan solat Dhuha.
"Sedar-sedar dengar bunyi berdentum jatuh serentak Hawa menangis kuat," tulisnya. Dia turut memohon peminat di luar sana untuk sama-sama mendoakan anaknya agar tak terjatuh lagi. "Dia ada lebam di bahagian kepala dan muka. Sebak Bonda tengok, tak sampai hati," tambahnya. Sebelum ini bayi tersebut dirawat di hospital selepas terlepas jatuh ke lantai semasa didukung oleh anak sulungnya. -CARI
Dapatkan lebih banyak info terkini di Channel Rasmi Cari Dot My
|