CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Didenda RM1,000 Sebab Makan Ayam Belakang Rumah

22-4-2020 05:43 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 3243| Komen: 17

Lapan lelaki termasuk seorang warga emas masing-masing didenda RM1,000 kerana ingkar Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dengan makan ayam di belakang sebuah rumah.

Kesemua mereka mengaku bersalah di hadapan Majistret Nur Hafizah Rajuni di Mahkamah Majistret Selayang, hari ini selepas pertuduhan dibacakan jurubahasa dan boleh dipenjara tiga bulan jika gagal membayar denda berkenaan.




Mengikut pertuduhan, Md Zain Ahmad,63, Mohd Nurfitri Abdul Aziz, 37, Shajaruddin Misbahul Munir, 36, Shawalludin Misbahul Munir Mohd Nor, 40, Roslan Dahalan, 49, Mohamad Nur Othman, 33, Muhamad Zairi Abu Bakar, 48 dan Muhamad Hanif Abdul Manap, 35, didakwa berada di bahagian belakang sebuah rumah di Kampung Sungai Kertas, Batu Caves, Selangor jam 6 petang pada 19 April lalu.

Menurut Sinar Harian, kesemua Orang Kena Saman (OKS) itu didakwa sengaja berhimpun di mana-mana kawasan jangkitan bagi maksud bersosial tanpa alasan munasabah yang menghendaki anda berada dalam rumah melalui Warta P UA [A] 117 di bawah peraturan-peraturan Pencegahan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah) Di Dalam Kawasan Tempatan (jangkitan) (No 3) 2020 yang berkuatkuasa mulai 15 April hingga 28 April ini.


Mereka didakwa di bawah Peraturan 6(1) Peraturan-peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 2020 dan boleh dihukum bawah Peraturan 11(1) Peraturan sama dan dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan.

Bagi kesalahan itu, mereka boleh didenda RM1,000 atau penjara tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

Peguam yang mewakili semua OKS, M Mariappan memohon hukuman ringan memandangkan mereka telah menyesal.

“Kelapan-lapan OKS ini ditangkap semasa mereka sedang makan di tempat tersebut dan mereka memohon maaf dan insaf dengan kesalahan itu,” katanya. - CARI

1

Bagus
1

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (3 people)


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote dudabergaya 22-4-2020 06:38 PM
wait a minute..kenapa perlu ada jurubahasa?..
Quote lattehazelnut 22-4-2020 06:40 PM
dudabergaya replied at 22-4-2020 06:38 PM
wait a minute..kenapa perlu ada jurubahasa?..

Sbb dlm court diorg ckap english kot
Quote Artemesiaa 22-4-2020 06:51 PM
Denda lebih tinggi dari harga ayam yang dimakan moga jadi pengajaran
Quote bloodyamuk 22-4-2020 07:26 PM
bbq partyyyy kah???
Quote crazybeach 22-4-2020 07:47 PM
dah tua bangka dah semua tapi bodoh gak. motip gigih nak melahap ayam ramai2?
Quote baghal_bortuqal 22-4-2020 08:31 PM
Mahainya ayam kau makan acik.

Ayam Ukraine Pon lagi morah
Quote caca_eric 22-4-2020 08:57 PM
Pakcik exco Perak bila nak kena denda makan ramai2..
Senyap je
Quote bungarose 22-4-2020 09:02 PM
Duduk ler rumah diam2
Quote Manjahati 22-4-2020 09:32 PM
Dah kena baru nak minta maaf n menyesal...Sblm kena tangkap x kan x tau x boleh duduk berlonggok gitu..? Seolah olah saja mencabar polis jer ni
Quote zuriey 22-4-2020 09:49 PM
Kat mana boleh bt aduan yg suka melepak nu
Aku geram ank jiran ni dok melepak dgn kwn2 pagi ptg mlm..
Quote gigahertz 23-4-2020 12:34 AM
dudabergaya: wait a minute..kenapa perlu ada jurubahasa?..

dia kan duduk kat batu caves.
Quote cmf_almondpecan 23-4-2020 12:37 AM
Edited by cmf_almondpecan at 23-4-2020 12:39 AM
dudabergaya replied at 22-4-2020 06:38 PM
wait a minute..kenapa perlu ada jurubahasa?..


Jurubahasa tu tugas dia bukan semata2 terjemah bahasa. Dia juga baca pertuduhan dlm mahkamah jenayah dlm bahasa melayu. Kebetulan OKT dlm ni org melayu jadi kita nampak mcm pelik ada jurubahasa. Tp biasanya dlm kes di mana OKT tu bukan melayu, ramai yg salah anggap bahawa diaorg tak reti bahasa melayu sbb kena ada jurubahasa yg bacakan pertuduhan. Padahal jurubahasa tu mmg baca pertuduhan dlm BM mcm biasa juga.
Quote supernaturalee 23-4-2020 02:06 AM
cmf_almondpecan replied at 23-4-2020 12:37 AM
Jurubahasa tu tugas dia bukan semata2 terjemah bahasa. Dia juga baca pertuduhan dlm mahkamah jen ...

In joke sense
Dorg ni sejenis xreti bahasa pi berlonggok2 time mco tanpa reasonable cause
Quote sub5zero 23-4-2020 07:36 AM
Set2 mcm ni senang kerja polis & court.... yg pening tu set2 yg longgok ramai2 langgar pkp then selfie post kt instagram, bila kena kecam terus cabar netizen bt report polis
Quote cmf_almondpecan 23-4-2020 09:35 AM
supernaturalee replied at 23-4-2020 02:06 AM
In joke sense
Dorg ni sejenis xreti bahasa pi berlonggok2 time mco tanpa reasonable cause

Hehe. Betul jugak.
Quote Groovykid 25-4-2020 01:30 AM
Aneh aneh je pngai hahaha
Quote Decon 25-4-2020 02:56 AM
berkemungkinan berlinangan air mata setiap kali melihat hidangan daging ayam.

Lihat semua komen(17)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-12-2024 11:04 PM GMT+8 , Processed in 0.053773 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top