CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Tiada Solat Sunat Tarawih Di Masjid - JAIM

23-4-2020 06:05 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 2434| Komen: 11

Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) hari ini tidak membenarkan solat sunat Tarawih berjemaah di masjid dan surau bagi membendung penularan Covid-19.

Sehubungan itu, JAIM mengeluarkan garis panduan kepada pengerusi dan ahli jawatankuasa (AJK) masjid dan surau di negeri itu.



Foto: Twitter

"Pegawai bertugas melaungkan azan Maghrib dan Isyak di masjid hendaklah menunaikan solat Tarawih di rumah masing-masing dan masjid hendaklah ditutup selepas solat Isyak.

"Program berbuka puasa di masjid dan surau, tadarus al-Quran, qiamullail, khatam al-Quran, kenduri arwah dan memasak serta mengagihkan bubur lambuk hendaklah ditangguhkan," kata Pengarah JAIM, Datuk Md Azhan Samat dalam satu kenyataan.

Selain itu, hanya perhimpunan di masjid dan surau yang mendapat kebenaran atau arahan JAIM yang dibenarkan.

"Sehubungan itu, tiada solat Jumaat pada 17 April lalu dan esok, manakala solat Tarawih tidak ditunaikan secara berjemaah di masjid dan surau, sebaliknya ditunaikan bersama-sama anggota keluarga di rumah masing-masing," katanya. - CARI
1

Bagus
1

Marah
1

Terkejut
1

Sedih
2

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (7 people)

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote RatuDunia94 23-4-2020 06:56 PM
Ramadan kali ini adalah ramadan yang tersakiti..
Quote Supersirap 23-4-2020 07:14 PM
Semoga dipermudahkan segala urusan
Quote nefnefnef 23-4-2020 07:17 PM
Tak mengapalah. Jom jemaah di rumah masing-masing
Quote Eric.n9 23-4-2020 07:20 PM
Dugaan ramadhan kali ni...
Quote Lailerthee 23-4-2020 07:58 PM
Semoga semua kembali ke asal tanpa covid
Quote bakingsoda 23-4-2020 08:20 PM
tah2 ade je masjid yg ingkar jgk, lagi kan solat fardhu pon ada lagi yg ingkar sampai hari ni
Quote domestobot 23-4-2020 08:38 PM
so tahun ni takde lah imam jemputan dari Palestin dan Mekah eh
Quote alesandra 23-4-2020 09:28 PM
aku benci 2020
Quote Covid19 23-4-2020 09:31 PM
Mana yg ada ayah/suami boleh imamkan solat.best la.. keluarga bahagia gittew
Quote Tinot7 24-4-2020 08:22 AM
solat jemaah kat surau/masjid dgn kat umah, sama aje. bezanya takde moreh free.
Quote Decon 24-4-2020 08:56 AM
sebelum ini selalu tertanya2 apa perlunya kita mengimport imam2 padang pasir bila tibanya Ramadhan untuk solat tarawih serta khatam Quran.  Tahun ini hilang pertanyaan sebegitu.

Lihat semua komen(11)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-12-2024 06:53 PM GMT+8 , Processed in 0.095517 second(s), 28 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top