Kecoh pula baru-baru ini bila ada yang mendakwa Nora Danish edit gambar, dari perut buncit berubah menjadi langsing. Seorang pengguna di Twitter memuat naik dua gambar aktres ini yang nampak sama tapi sebenarnya berbeza.
Gambar yang dimuat naik di IG seorang jurusolek jelas kelihatan perut Nora yang kelihatan buncit. Namun gambar yang sama dimuat naik di IG Nora sendiri nampak langsing pula. Di ruangan komen, perkara ini menjadi bahan jenaka. Kata mereka habis semua senget dalam gambar tersebut semata-mata nak edit perut nampak langsing. "Jari, glass frame belakang tu habis senget dia edit," tulis salah seorang netizen. Namun, sesetengah yang lain pula berkata ianya adalah normal untuk edit gambar sebelum memuat naiknya di media sosial. Yang gelap, boleh putihkan. Yang nampak gemuk boleh edit jadi kurus. Kalau orang biasa pun nak nampak cantik, apatah lagi artis kan? Yang penting Nora Danish tetap cantik dan 'meletup' walaupun dah beranak dua! -CARI
|
slyfynx replied at 24-4-2020 12:27 PM
Tgk bayang2 yang tibe2 warp pun dah tau edit.
BTW, gosip kah?
evlinne replied at 24-4-2020 12:30 PM
Nape tangan MUA tu hitam dri muka
esteryen replied at 24-4-2020 12:36 PM
itulah penting kalau nak ambil pic, kita minta ambil ngan phone kita je, lepas dh edit mana2 yg patu ...
Knowlee replied at 24-4-2020 12:36 PM
Itu namanya fondesen tebal kat muka...
irvene replied at 24-4-2020 12:41 PM
aku ada kawan yang macam ni. amik gambar dr tepon dia, dia tgk muka dia hodoh. terus dia delit. ha ...
ADVERTISEMENT