CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Filem & Drama Lihat artikel

'The Gadis' Ungkap Cinta Budak SPM & Dato', Penonton Selar Pihak TV Tayang Cerita Pedofilia?

26-4-2020 10:31 AM| Diterbitkan: Sarirsa| Dilihat: 23609| Komen: 158|Original author: Myeonir

Rakyat Malaysia memang tak terlepas daripada menonton drama Melayu yang disajikan di kaca televisyen. Tak kisah saluran berbayar atau pun percuma, semua pasti akan ada peminat setianya.

Baru-baru ini ramai yang memuji drama "Budak Tebing" di TV3 yang menonjolkan pengajaran mengenai masyarakat dan hubungan persahabatan sekumpulan rakan lelaki di sebuah kampung. Memang mendapat pujian habis!


Selepas tamat drama tersebut, TV3 sekali lagi membuat percaturan untuk menayangkan drama kisah persahabatan juga namun antara gadis menerusi drama "The Gadis".

Kredit foto: TV3
"Kisah sekumpulan gadis dari kampung yang ingin mengubah hidup masing-masing. Lina dan Lisa tinggal bersama ayah mereka, Nad bersama Nek Timah. Kepulangan Nad ke kampung, menarik perhatian ramai terutama Lisa kerana semakin cantik dan hidupnya kelihatan mewah. Lina bertauht kasih kembali dengan bekas kekasihnya Shazman, tetapi ibu Shazman lebih menyukai Nad kerana merasakan dia sesuai dengan anaknya yang berlulusan tinggi. Nad mengajak Lisa ke KL, jika dia ingin menjadi sepertinya. Namun halangan yang ditempuhi oleh mereka selepas keputusan drastik Lisa itu."


Setelah beberapa minggu ditayangkan, "The Gadis" akhirnya melabuhkan tirainya kelmarin dengan kesudahan yang bahagia. Mereka semua berjaya memperangkap Mika yang sudah lama bekerja bapa ayam. 

Walau bagaimanapun, rata-rata penonton telah meluahkan perasaan berbelah bahagi mereka mengenai drama ini yang sepertinya mempromosikan hubungan sugar daddy dan sugar baby.

Tak cukup dengan itu, Lisa (Yuna Rahim) yang baru sahaja habis SPM nampaknya mempunyai perasaan suka kepada sugar daddynya dahulu iaitu Dato' Jeffri (lakonan Zain Ruffedge) malahan mereka telah digambarkan bersama pada akhir drama itu.

Kredit foto: TV3
Siapa tak marah? TV3 sepertinya memandang enteng isu ini dan menganggap bahawa pelajar belasan tahun bercinta dengan Dato' yang sudah berusia 30 tahun adalah sesuatu yang sangat normal. Macam angkat tema pedofilia pun ada!

Kredit foto: Twitter
Tak kurang juga, ramai yang mengkritik Liyana Jasmay yang tidak serius semasa pembikinan drama ini sehingga menampakkan compang-camping pada plotnya.

Kredit foto: Twitter
Tak ada tema lain ke boleh ambil inspirasi buat cerita? -CARI

2

Bagus
3

Marah
6

Terkejut
2

Sedih
2

Lawak
3

Bosan

Friends Rank (18 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote merahrose 26-4-2020 10:35 AM
Product liyana jasmay what do you expect...aku prcya ja ni brlaku in real life..
Quote Kurex 26-4-2020 10:36 AM
Tak minat aku drama2 syok sendiri ni
Quote nazzse 26-4-2020 10:40 AM
Dah agak dah, cerita up diri sendiri, jalam cerita takda motif
Quote kakyungpilah85 26-4-2020 10:41 AM
Liyana jasmay punya citer.. Mana pernah bijak pon jalan citernye
Quote sarah82 26-4-2020 10:42 AM
Maaf.. Aku layan netflix... Korang nak harap drama Melayu Bagus ka? Kalau asyik cinta saja temanya
Quote Aunty_Acid 26-4-2020 11:00 AM
Byk citer melyu x habis2 cinta, rogol, adengan atas katil, makan2, peluk2, gedik2 itu je modal.
Ni ada drama baru aj dgn ri, si ri pegang watak remaja ke? Ehh nyampah nya aku. Remaja kertu
Quote akuchenta 26-4-2020 11:17 AM
Asal ada drama/jalan cerita je..
Kualiti xda!
Mn nk fikir content tu sesuai ke tak utk ditayangkan di tv..

Mn tak budak2 skg semuanya materialistik..disogokkan cerita mcm ni.
Blm abis sekolah dh ada sugar dady!
Buat la drama logik sikit. Sebab ni aku xda tv..pas jalan cerita yg merapu.

Baik kita2 tgk netflix je.. Bosan tgk drama series, kita tgk movie/documentari/animasi.
Byk lagi pilihan dr tv3 yg situ je level dramanya
Quote chekacheku 26-4-2020 11:18 AM
Geli lah tgk drama2 melayu sekarang..nama productions pun kayangan nya lahai..mermaid2 bagai..idup dlm dongeng
Quote Aai2 26-4-2020 11:19 AM
Apa yg nak diharapkan drama melayu...skrip sama je..
Quote missinpiece 26-4-2020 11:23 AM
Dah habis keee? Sempat tengok iklan je kat tv then x berminat nak tengok. Baikla layan cte Korea Jepun panjang2 banyak nilai2 boleh diambil walau berambu air mata bila tonton.
Quote genUmi 26-4-2020 11:29 AM
tak sesuai ditayang  diwaktu utama


macam ngajar budak2 sugar daddy bagai


geli
Quote epuepy 26-4-2020 11:42 AM
Bosan gile citer ni okeh. Kalo tertengok, cpt2 tukar Chanel. Sampah sgt.
Quote Kenabertaubat 26-4-2020 11:44 AM
Cerita liyana jasmay mesti ada lagu 'aku tak percayaaa.. Cintaaaaaa'
Quote shernazz 26-4-2020 11:59 AM
Ha ha ha..
Iols ada la tengok cite ni  
Jalan cite.memula nampak cam ok..
Tapi klimaks dia.cam x sampai..
Eh tetibe jekfer nak jual..
Pastu jekfer sangat la.tak natural.lakonan dia..
Baik amek budak yang ada parut tu..iswazir ke apa..nampak.la.jahat orang tu jual orang..

Pastu.semua.nak cepat habis je..iols tengok sebab anak iols nak tengok..
Tapi satu episod pon.iols tak rasa klimaks.dia..
Nampak.sangat cite ala.kadar....
Quote LuvAurora 26-4-2020 12:03 PM
Sebab tu lah sejak pkp ni ramai gila orang join group layan cita tamil ja senang.. Jalan cita pun syok xsakit hati xsyok sendiri.. Pelakon pun helok2 Sekali depa plot twist xtaw langsung sapa yg baik sapa yg jahat
Quote Fur 26-4-2020 12:08 PM
LuvAurora replied at 26-4-2020 12:03 PM
Sebab tu lah sejak pkp ni ramai gila orang join group layan cita tamil ja senang.. Jalan cita pun sy ...

Hahaakkss. I setuju. Cerita tamil lg best.
Quote KIM.K 26-4-2020 12:18 PM
Iols drama melayu cuma layan cerita cinta zaman period e.g zaman jopun, zaman british
Itu yang aku boleh ingat lakonan izara aishah, scha alyahya
Satu lagi, iols tak promot jurang jauh2 ni. Amik as gurauan from experience sahaja dengan modal muka desa aku ni


Quote anony-mous 26-4-2020 12:24 PM
Teringin nak tgk muka2 yg layan drama The Gadis ni. Dari iklan promo lg dah tau drama sampah. Pelakon 5 org je agaknya. Sekadar jual Hun Haqeem. Lepas tu i tertgk production liyana jasmay punya mmg x kan aku tgk lah. Sbb dah boleh agak mesti sampah. Well below dari sampah. Ingatkan LJ as penerbit jah. Rupanya pengarah sekali. Loser betul life yg layan The Gadis ni. Sama loser mcm pengarah dia jgk
Quote salmon-suki 26-4-2020 12:25 PM
Ada lg ke y hadap drama melayu y low standard ni?ai tgk rekemen kt utube pn xkoser nk klik..sampah! Lps isu hari tu,sorry laa..sampah!

Lihat semua komen(158)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-12-2024 01:38 PM GMT+8 , Processed in 0.045211 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top