"Pelakon semua bapak orang. Kat Aswara tu ramai lagi pelakon muka jambu pilih jer kat situ." Inilah masalah yang melingkari industri lakonan di Malaysia apabila pelakon dewasa melakonkan watak sebagai remaja atau budak sekolah. Hal ini biasanya berlaku untuk drama bersiri yang memerlukan penceritaan karektor sejak dari kecil lagi hingga dewasa. Dan biasanya produksi akan mengekalkan pelakon sama untuk setiap perkembangan watak.
Timbul persoalan, sudah tiadakah pelakon remaja di Malaysia hinggakan watak remaja dan dewasa pun mereka juga yang kaut? Atau pihak produksi yang tiada bajet? Drama Korban Kasih lakonan Saharul Ridzwan, Azrel, Zara Zya, Umi Nazeera dan Dynas yang sedang ditayangkan di TV1 bukan sahaja dikritik kerana faktor umur yang tidak bersesuaian malahan kaitan antara ibu (lakonan Dynas) kepada mereka juga agak janggal di situ. Bukan itu sahaja, mana mungkin pelajar sekolah memiliki badan sado seperti Saharul Ridzwan? Di sini sudah jelas ketidakpekaan produksi mengendalikan drama ini. Ianya seperti tangkap muat sahaja atau saja nak menjimatkan bajet. Maka ramailah yang mengkritik drama tersebut lalu menjadikannya sebagai bahan jenaka. Hal ini perlu dipandang serius kerana ia semakin menjadi-jadi. Bukan sahaja pelakon 30an yang membawakan watak pelajar sekolah, tetapi pelakon berusia 40an seperti Amyza Aznan pun pernah membawakan watak remaja ini. Menurut warganet lagi, pemilihan pelakon di luar negara lebih terperinci kerana mereka memilih pelakon yang boleh membawakan kedua-dua fasa umur yang berbeza. Jadi, apa salah kita? Walaupun karya Korban Kasih yang diadaptasi dari novel Fatimah Saidin ini diberi pujian kerana menceritakan kemelut kekeluargaan, namun disebabkan beberapa babak ini, ianya mencacatkan sedikit emosi penonton. Jadi, diharapkan agar pihak produksi lebih peka di masa akan datang dengan memilih pelakon yang sesuai dengan tahap umur supaya kualiti drama tersebut bukan sahaja berkualiti tetapi juga seronok ditonton sekeluarga. - CARI |
nazzse replied at 27-4-2020 01:30 PM
Nak muntah tengok, dgn jalan cerita tak jelasnya. yg tv3 tu pun sama,bini toksidang over acting.
ashilalat replied at 27-4-2020 02:02 PM
Lah...drama malaysia mana pernah teliti pon. Umor 40 jd budak skolah, umor 30 jd mak kepada anak umo ...
ADVERTISEMENT