CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Palsu! Lelaki India Dengan Nama Cina Bukan Orang Rohingya

27-4-2020 01:06 PM| Diterbitkan: hussaini4675| Dilihat: 6789| Komen: 18|Original author: Tukang Tulis

Kredit foto: mStar


Kebelakangan ini tular dalam media sosial termasuk Facebook tentang gambar MyKad yang kononnya dimiliki oleh seorang lelaki Rohingya bernama Pang Chee Pin.

Perbuatan individu tidak bertanggungwab menyebarkan berita palsu itu telah menimbulkan keresahan dalam kalangan netizen.

Mereka mempersoalkan bagaimana seorang lelaki Rohingya boleh menjadi warganegara Malaysia.

Sebenarnya, tiada apa yang perlu dibimbangkan kerana Pang Chee Pin memang seorang rakyat Malaysia berketurunan India.

Isu ini telah diperjelaskan melalui laporan mStar pada 28 Februari 2017 berikutan timbul dakwaan oleh pihak tertentu kononnya warga Bangladesh diberi MyKad untuk melayakkan mereka mengundi pada Pilihan Raya Umum Ke-14.


Chee Pin yang dilahirkan pada 1983 sebenarnya dijadikan anak angkat oleh keluarga Cina di Segamat Baru, Johor.

Dia yang berasal dari keluarga India di Simpang Renggam telah dibesarkan oleh keluarga dan fasih dalam bahasa Mandarin, Hakka dan Kantonis.

Bapa angkat Chee Pin telah meminta kebenaran daripada pihak berkuasa untuk menukar nama India anak angkatnya kepada nama Cina.

Berita palsu yang tular dalam media sosial. Kredit foto: Facebook
Chee Pin dijadikan anak angkat oleh keluarga tersebut bagi mengurangkan beban keluarga kandungnya.

Semua kisah benar itu dijelaskan oleh sepupu angkat Chee Pin yang hanya mahu dikenali sebagai Susan kepada mStar.

Walaupun Akta Antiberita Tidak Benar 2018 telah dimansuhkan, itu tidak bermakna netizen boleh sewenang-wenangnya menyebarkan berita palsu yang boleh mencetuskan kebimbangan rakyat serta berkemungkinan mengganggu privasi orang lain. - CARI
3

Bagus
3

Marah
1

Terkejut
2

Sedih
1

Lawak
3

Bosan

Friends Rank (13 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote matamata 27-4-2020 01:11 PM
Ada lagi satu nama kalau gatal nak viral sangat.... Nama dia Noor Hisham Abdullah..
Quote dubuk 27-4-2020 01:13 PM
dulu ada drama Aku Bin Abdullah
Quote dubuk 27-4-2020 01:14 PM
matamata replied at 27-4-2020 01:11 PM
Ada lagi satu nama kalau gatal nak viral sangat.... Nama dia Noor Hisham Abdullah..

apa nama asal tuan noor hisham

Quote sarah82 27-4-2020 01:17 PM
Kan kes dia ni ada dulu masa PRU13..
Quote Ina8895 27-4-2020 01:23 PM
sarah82: Kan kes dia ni ada dulu masa PRU13..


RBA main balik nak kenakan rohingya
Quote bakingsoda 27-4-2020 01:43 PM
kesian kena fitnah, sape la yg mula2 sebarkan ni
Quote Tinot7 27-4-2020 01:57 PM
bkn dia sorang je..
Malaysia election: Chindian says he's afraid to vote in Kuala LumpurMAY 04, 2018ByWANI MUTHIAHTHE STAR/ASIA NEWS NETWORK




https://www.asiaone.com/malaysia/malaysia-election-chindian-says-hes-afraid-vote-kuala-lumpur

PETALING JAYA  - He had moved to Kuala Lumpur more than 15 years ago, but Low Tong Seng (pic) still maintains his old Negri Sembilan address in his MyKad.
The reason for not changing his address, said the 34-year-old, was because he wanted to continue voting in his hometown, Gemas, as everyone there knew he is of Chinese-Indian parentage.
“I am afraid to vote in Kuala Lumpur because I may be mistaken for a foreigner and given a sound trouncing, just like the bad experience encountered by a few Malaysians in the last general election,” said Low.
He said those volunteering at the polling centres in Gemas knew his late mother, who was an MIC branch leader and a Tampin district councillor, and so it was safe for him to vote there.
“I think it’s my dusky complexion and features which are neither Chinese nor Indian.
“Even my friends tell me I look like a Bangladeshi,” said Low.
According to him, besides being a painful experience, it would also be humiliating if he was singled out by vigilantes and accused of being a foreigner trying to vote.
“If such a thing did happen, I am sure the incident will be widely reported in the media.
“My photo, with allegations of being a foreigner with a fake MyKad, will be circulated via social media and WhatsApp until the next general election five years later.
“Even the thought of that happening makes me very scared,” said Low.
He said several news articles, during the 2013 election about dusky looking men with Chinese names being beaten up because they were mistaken for foreigners, was enough to spook him.
During the last election, voters such Pang Chee Pin from Segamat, Johor, and Chua Lai Fatt from Klang, Selangor, were roughed up by Opposition supporters because they did not look Chinese.
Pang is an Indian who was adopted and raised as a Chinese since birth whilst Chua is of Chinese-Indian parentage.
Opposition political supporters apprehended both men at polling centres, where they had gone to vote, on suspicion of being Bangladeshis with fake MyKads.
One of the Opposition politicians who accused Chua of being a foreigner was Serdang MP Ong Kian Ming.
When Ong, a DAP election strategist, -realised his mistake, he met Chua and his family to apologise for the misunderstanding.
A screenshot of Pang’s MyKad, with the allegation that he is a Bangladeshi, is still making its rounds on WhatsApp



Quote dizekni 27-4-2020 02:00 PM
Kerja rba dapig celaka

cukup2 la kena kencing hancing basah kuyup sebelum PRU14
Quote sekngucing 27-4-2020 02:02 PM
kenapa bangs tu cukup anti dgn org yg berkulit gelap ya

depa pikir depa superior kah
Quote dizekni 27-4-2020 02:07 PM
Selagi ada puak rba rasis celaka ni memang susah nak aman negara ni
Quote Eric.n9 27-4-2020 02:24 PM
Kawan aku dulu budak main bola, pun ada isu ni...
Nama cina tp muka india.
Quote ais_kosong 27-4-2020 02:36 PM
Kawasan rumah aku. Ada ja anak india nama cina.
Sebab orang cina bela dia dari kecil.
Cepat sangat nak viral netizen pun.
Quote harizs 27-4-2020 02:42 PM
di samping isu Rohingya yg kaduk naik junjung (ada beberapa etnik lain juga kaduk naik junjung dgn meminta hak sama rata &  lupa prinsip jus soli)  jgn kita lupa isu penjualan secara borong kad2 pengenalan sah kpd warga china.

Kita digemparkan dgn kes orang kuat Jabatan Pendaftran Negara ditahan pihak keselamatan kerana sindiket menjual kad pengenalan.

ribuan warga Tanah besar China tidak keluar daripada Malaysia,  kita perlu terus bercakap isu lambakan pelancong asing yang tidak muncul setelah tamat tempoh visa. Puluhan ribu pelancong daripada Tanah Besar China 'menghilang' dengan visa sementara mereka. Rakyat sepatutnya wajar untuk bertanya dan perlu tahu apa yang terjadi kepada warga asing ini, apatah lagi permohonan menjadi warga negara Malaysia meningkat dengan mendadak.  
Quote Ina8895 27-4-2020 02:48 PM
Ada puak RBA rasis ambik kesempatan
Quote oranjes 27-4-2020 05:24 PM
si pang chee pin ni terkenal jadi penipu scammer kat lowyat forum
Quote oranjes 27-4-2020 05:26 PM
harizs replied at 27-4-2020 02:42 PM
di samping isu Rohingya yg kaduk naik junjung (ada beberapa etnik lain juga kaduk naik junjung dgn m ...

yg tokey tukang lobi ni cina, yg pengkhianat kat dlm jpn tu melayu... mmg 1malaysia punya keje...kalau duit dah selambak depan mata, hilang segala pertimbangan tak kira la pn ke ph ke bn ke sama je
Quote Eric.n9 27-4-2020 05:32 PM
harizs replied at 27-4-2020 02:42 PM
di samping isu Rohingya yg kaduk naik junjung (ada beberapa etnik lain juga kaduk naik junjung dgn m ...

Kelemahan org kita(well kat mana mana pun ada org mcm ni)... senang disogok dengan duit, harta, kemewahan dan perempuan.Tu belum lagi tekanan dari sesetengah pihak, pun boleh jadi benda benda mcm ni.

Quote Haliho 27-4-2020 05:32 PM
Lain kali yg kawin campur ni letak nama omputih.  Jonathan Pang ke. David Pang ke. So tak le obvious sangat.

Lihat semua komen(18)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-9-2024 03:39 AM GMT+8 , Processed in 0.034726 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top