Masih ingat dengan video lelaki yang dikatakan mirip pelakon Fikry Ibrahim yang diarahkan membuat pusingan U dalam satu sekatan jalan raya, baru-baru ini? Akhirnya selepas lama berdiam diri, Fikry tampil memberi penjelasan kepada mStar Online. Mengaku lelaki itu dirinya, Fikry bagaimanapun meegaskan dia tidak melakukan sebarang kesalahan, jauh sekali melanggar peraturan ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). "Takkan saya saja-saja nak keluar dan membahayakan kesihatan mak saya yang sudah berusia 70 tahun. Saya rasa tak buat salah pun sebab saya masih dalam radius 10 kilometer. "Saya seorang diri, keluar membeli barang sahaja. Kalau betul salah, kenapa masa perjalanan saya nak beli barang lalu roadblock yang sama tidak ditahan. "Tapi, masa saya nak pulang ke rumah saja ada masalah. Saya faham tugas polis dan sebagai rakyat Malaysia, saya ikut arahan dengan buat u-turn. "Kalau tengok video itu, ada batu api. Orang yang rakamkan, etika itu dekat mana? Siap kata tak lepas kena u-turn, manipulate benda macam itu," katanya. Fikry kemudian memaklumkan dia tidak makan hati terhadap warganet yang mengecam tindakannya ketika itu. "Saya tak marah pun sebab faham pada ketika itu, orang tengah stres dekat rumah. Cuma saya terkejut ada budak kecil mesej di Instagram maki saya," ujarnya. Jelasnya, dia sengaja tidak mengeluarkan sebarang kenyataan berhubung insiden itu kerana enggan mengeruhkan keadaan. Tegasnya, semua yang berlaku hanya salah faham. - CARI
|
slyfynx replied at 27-4-2020 01:25 PM
Tak makan hati tp komen agak panjang jg.
Themilo replied at 27-4-2020 01:31 PM
tak baik la netizen maki hamun heols.. dia gi NSK je kot.. petang ni nak gi NSK la, untung-untung bo ...
ADVERTISEMENT