"Awal pagi semua bertenaga, beralih petang seorang demi seorang rebah." Jika hari biasa pun penat, inikan pula cabaran petugas barisan hadapan memerangi Covid-19 di bulan Ramadan.
Sayu hati membaca perkongsian petugas barisan hadapan Nurul Nadirah di Facebook yang kepenatan selepas membuat saringan ke atas 400 individu dalam tempoh enam jam tanpa henti. "Menerima kemasukan sekitar 20 bas membawa kira-kira 400 pelajar dari Cairo. "Kemasukan enam jam tanpa henti. Badan makin lemah, ada yang dah muntah, ada yang hampir pitam dan ada yang badan dah menggigil," tulisnya.
Bersama hantarannya itu, Nurul turut berkongsi gambarnya yang tersandar kepenatan di sebalik mesin fotostat bersama beberapa rakan setugas lain. Ramai warganet sebak dengan perkongsian Nurul itu dan memberi semangat supaya dia dan rakan terus kuat selain mengucapkan terima kasih kepada frontliners yang sudah banyak berkorban. "Semoga bertabah Nad, Terima kasih bantu Malaysia. "Bertabahlah demi tugas yang belum selesai. "Terbaik perjuangan di bulan Ramadan," antara komen warga maya. - CARI
|
hyie replied at 27-4-2020 04:09 PM
kan boleh je tak puasa...aiyooo...rasanya meols ada terbaca sumwhere...diorang macam ada kelonggaran ...
sarah82 replied at 27-4-2020 03:15 PM
Dah la puasa.. Panas pulak.. Semoga dipermudahkan segala urusan depa..jasa depa kat kita semua.. Mmg ...
LadyCarefree replied at 27-4-2020 07:46 PM
Menangis iols tngok gegambarz ni semua. Allah sayang mereka. Allah beri ujian sbab Allah sayang.
sarah82 replied at 27-4-2020 06:52 PM
Kepenatan sangat tu.. Bukan 1-2 org depa ambik sample.. Dah la skrg panas walaupun hujan waktu pet ...
ADVERTISEMENT