CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

PH Yang Terima Dana Bantu Rohingya Dari Qatar, Bukan BN - Zahid Hamidi

29-4-2020 10:07 AM| Diterbitkan: hussaini4675| Dilihat: 8894| Komen: 56|Original author: Oleh: Tukang Tulis

Pertemuan Wan Azizah dan Amir Qatar pada November 2018. 

Kredit foto: Facebook

Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menafikan dakwaan yang tular dalam Facebook kononnya beliau pernah menerima dana untuk membantu pelarian Rohingya daripada Tabung Pembangunan Qatar dan memasukkannya ke akaun persendirian.

Memetik kenyataan dalam Facebook, beliau menjelaskan bahawa ketika menjadi kerajaan, Barisan Nasional (BN) telah mengusahakan dana bagi tujuan tersebut.

Kata Zahid, walaupun Qatar bersetuju untuk memberi penajaan, kerajaan pada masa itu tidak menerima sebarang dana atau bantuan.

"Sehinggalah tampuk di Putrajaya berubah. Dana sebanyak USD 50 juta diterima ketika Pakatan Harapan (PH) menguasai Putrajaya," jelasnya.



Kredit foto: Facebook

Beliau turut berkongsi pautan laman Facebook bekas Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berhubung penerimaan dana tersebut dalam pertemuan dengan Amir Qatar, Sheikh Tamin bin Hamad al-Thani.

Dalam hantaran bertarikh 25 November 2018, Wan Azizah menulis: "Saya mengambil kesempatan untuk menzahirkan ucapan terima kasih kepada beliau atas sumbangan USD50 Juta kerajaan Qatar untuk program bantuan pelarian Rohingya."

Sehubungan itu, Zahid meminta PH memberi penjelasan terperinci tentang dana tersebut dan bukan sekadar menyalahkan BN.

Pelik juga apabila Zahid yang dituduh sedangkan orang lain yang menerima dana berkenaan. - CARI

Bagus
2

Marah
4

Terkejut

Sedih
2

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (9 people)

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Akumagoukioni

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote lipans 29-4-2020 10:34 AM
senyap-senyap masuk tabung harapan ni.
Quote naina 29-4-2020 10:42 AM
woi dah dapat bantuan juta2 ni p lah buat sesuatu hantar dorang balik! bangunkan kt negara asal korang. amboi PH senyap2 je ya. buta peghot ke apa. ngo jangan jadi bodoh p minta bantuan ni cepat. usd 50juta oi
Quote sarah82 29-4-2020 10:48 AM
Menariknya...
Quote awenda507 29-4-2020 11:06 AM
Mula la saling tuding menuding. Kita tgk sapa yg kenaaa{:hooray
Quote biozipstar 29-4-2020 11:08 AM
pulangkan usd50juta kpd pembangunan rohingya tapi halau dulu dorg then baeru bagi duit.
Quote bangcak 29-4-2020 11:15 AM
fitnah berlegar 2017 lg.
awalnyerr wan jijah gi amik duit qatar.
Quote KIM.K 29-4-2020 11:23 AM
Aku syak ngo2 yang bekap rohing ni ada kepentingan politik
Quote Bedah.Cun 29-4-2020 11:25 AM
Yea NGO yang memekak neh sume ade kepentingan politik! Halau deme semua keluorrr!!!
Quote FYKeNA 29-4-2020 11:33 AM
Korg jgk yg undi PH!
Quote Kurex 29-4-2020 11:39 AM
Ramai kena tipu dgn pee esh
Quote amyza 29-4-2020 11:50 AM
Next pru kita tengok pulak apa manifesto diorg
Quote Tinot7 29-4-2020 12:00 PM
Skang tolong bantu depa balik ke negara asal, ok. Ngo dan sesapa nak join deme, boleh pi skali.

Mana depa bubuh duit tu? Buat apa dgn duit tu?
Quote bulalof 29-4-2020 12:02 PM
jabatan audit mana???
Quote fliphair8 29-4-2020 12:14 PM
So mana duit tu? Guna untuk hantar diorang balik kat pulau bangladesh buat tu....they can thrive there but not in our land...
Quote umbut 29-4-2020 12:14 PM
Edited by umbut at 29-4-2020 12:15 PM

Patutlah lid carlsberg sayangggg rohingya
Ngo semua sayang... sayang ada makna

Bila najib dapat duit arab pertikai.. ph boleh pulak..
Quote umbut 29-4-2020 12:16 PM
KIM.K replied at 29-4-2020 11:23 AM
Aku syak ngo2 yang bekap rohing ni ada kepentingan politik

Tidak syak lagi
Quote axl_bach 29-4-2020 12:27 PM
Siasat ke mana melencongnya dana terbabit
Quote bangcak 29-4-2020 12:28 PM
hari nih citer buat keje dulu, dpt dana bertahun2 kendian selepas tukar gomen.
besok citer, sebenarnya gomen dulu da kutip dana covid sebelum covid muncul 2018 dulu.

macai tross percaya buta2.
Quote dizekni 29-4-2020 12:54 PM
bangcak replied at 29-4-2020 11:15 AM
fitnah berlegar 2017 lg.
awalnyerr wan jijah gi amik duit qatar.

Mengaku pun fitnah rba dapig

Lihat semua komen(56)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-12-2024 04:10 AM GMT+8 , Processed in 0.053372 second(s), 37 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top