|
Sekumpulan peguam di Nigeria bercadang untuk menuntut ganti rugi terhadap China atas kerosakan yang berlaku di negara mereka akibat wabak maut Covid-19. Memetik Shanghaiist, mereka menuntut ganti rugi 200 bilion dolar (RM868.62 bilion) atas kematian rakyatnya, pertumbuhan ekonomi yang terjejas, trauma dan hidup merana, penderaan mental serta mengganggu norma kehidupan di Nigeria.
Dalam kenyataannya, kumpulan itu berkata pihaknya akan mengusulkan cadangan berkenaan ke Mahkamah Persekutuan Nigeria sebelum meyakinkan kerajaan supaya mengambil tindakan ke atas China di Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) di The Hague. Sehingga laporan ditulis, Nigeria melaporkan 1,337 kes positif dan 40 kematian. Awal bulan lalu, peguam Mesir, Mohamed Talaat memfailkan tuntutan saman 10 trilion dolar terhadap Presiden China, Xi Jinping.
Missouri, Amerika Syarikat (AS) juga mengemukakan tuntutan yang mendesak China supaya bertanggungjawab atas kerosakan global disebabkan pandemik Covid-19. - CARI
|
.qicki: gila la....tekad betul nk lawan cina.....

ADVERTISEMENT
© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy
12-2-2026 09:24 AM GMT+8 , Processed in 0.310143 second(s), 36 queries , Gzip On, Redis On.
Powered by Discuz! X3.4
Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.