CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Dipanggil Polis Isu Cincin Lambang Peribadi Sultan Johor, Wak Doyok 'Terciduk'?

1-5-2020 10:22 AM| Diterbitkan: bawangkecik| Dilihat: 7950| Komen: 22|Original author: oleh: intan

Kecoh beberapa hari lalu apabila dikatakan Wak Doyok telah membeli dan menggunakan cincin yang memaparkan lambang peribadi Sultan Johor sehinggakan Tunku Idris tampil di Instagramnnya meminta Wak Doyok memberikan penjelasan sewajarnya.


Kemudian, Wak Doyok tampil memohon maaf kerana perbuatan salah menggunakan lambang peribadi Sultan Johor tersebut dengan alasan, 'tidak arif' mengenai soal protokol diraja.



Namun, semalam, Wak Doyok telah dipanggil untuk memberikan keterangan kepada polis mengenai isu terbabit. 

Wak atau nama sebenarnya Mohd Azwan Md Nor, 41, seperti dilaporkan mStar Online hadir ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Iskandar Puteri di Johor kira pukul 11 pagi Khamis lalu.


Kredit foto: Ohbulan


Wak didakwa dan disiasat atas tuduhan Seksyen 3(1) (c) Enakmen Lambang, Gelaran dan Anugerah (Mencegah Penggunaan Tidak Wajar) Johor 2017.

Menurut Wak, isu pembuatan cincin tersebut sebenarnya sudah lama iaitu kira-kira pada tahun 2012 dan dia menempahnya secara dalam talian melalui sebuah syarikat di Indonesia. 

Ketika ditemui sidang media di IPD Kontinjen Johor, sebuah kertas siasatan akan disiapkan sebelum diberikan kepada Timbalan Pendakwa Raya untuk tindakan sewajarnya.

Manakala, bagi syarikat pengeluar cincin berkenaan, Caroz Wooden yang beroperasi di Bali, Indonesia, mereka juga mengakui telah menerima tempahan cincin tersebut beberapa tahun yang lalu.


Kredit foto: Sinar Harian


Menurut syarikat terbabit, mereka banyak menerima tempahan daripada selebriti dan orang kenamaan dengan bayaran sebanyak RM4,000 hingga RM9,000 mengikut jenis bahan yang digunakan.

Jika sabit kesalahan, pesalah boleh didenda tidak kurang daripada RM250,000 dan tidak melebihi RM500,000 atau penjara. Kerajaan negeri Johor telah memperuntukkan Enakmen Undang-Undang ketat terhadap individu yang menyalahgunakan lambang, gelaran, anugerah atau replika untuk tujuan perniagaan, pekerjaan atau peribadi. - CARI

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih
1

Lawak

Bosan

Friends Rank (1 people)

  • Lawak

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote ehehnurza018 1-5-2020 10:56 AM
Mod deleted this thread. Dah ada dah thread ini.
Quote Tinot7 1-5-2020 11:53 AM
Bergaya ke bila buat camni?
Quote munchkin 1-5-2020 01:12 PM
Takkanlah bali ada design lambang diraja johor????kalau tempah. Kita yg kasi design
Quote Megikari 1-5-2020 02:45 PM
Benda ni common sense kot, takkan takleh pikir. Ko sekolah ke tak? SRP lepas ke tak?
Quote crazybeach 1-5-2020 05:11 PM
berkat pakai nama gitu kan? takleh pekat lagi ke doyok tu?
Quote elzy 2-5-2020 12:48 AM
Acah2 ada darah raja ke Wak.
Bergaya pun biarlah berpada.
Quote CurangLagi 2-5-2020 10:28 AM
Wak wakk{:run{:run{:run{:run
Quote LadyCarefree 2-5-2020 12:39 PM
Saman je. Kata kaya. Duit tu bg kt fakir bagus zaman2 pkp ni
Quote cikmi 2-5-2020 01:43 PM
dia ni keje apa sbnrnya? dress up bukan main
Quote dudaberhias 2-5-2020 02:35 PM
ajet2 nak dapat datuk paduka ke wak
Quote coco 4-5-2020 11:08 AM
apa nak heran.  tu lambang johor yg kantoi.  di rumah ntah lambang apa lagi yg ada.  dia kan con man.    penempel org2 kaya pun dia gak.  once upon a time dia tengku ke tunku... .hahahaha
Quote lasagna 4-5-2020 11:14 AM
Edited by lasagna at 12-5-2020 09:48 AM
cikmi replied at 2-5-2020 01:43 PM
dia ni keje apa sbnrnya? dress up bukan main

fashion designer. ada company buat curut (cigar) dan ada lagi business dia yg lain tapi koser lah nk amek port. oh jgn lupa part time pelakon kannnn.. hahaha
Quote amal12bh 4-5-2020 11:39 AM
tgk mcm2 biz dia ada.td nampak kt igs ctdk wak doyok bg sushiwak.
Quote cikmi 5-5-2020 04:15 PM
lasagna replied at 4-5-2020 11:14 AM
fashion designer. ada company buat curut (cigar) dan ada lagi business dia yg lain tapi koser lah  ...

oooo sbb mmg tak th langsung dia ni keje apa..tgk dok menempel dgn artis dan org2 kaya je
Quote matjerk 5-5-2020 04:21 PM
So klu x kantoi... Klu org tgk dia pkai cincin tu apa dia nak cakap??  Dia kerabat johor ke mcm mana?
Quote LadyCarefree 5-5-2020 04:35 PM
lasagna replied at 4-5-2020 10:14 AM
fashion designer. ada company buat curut (cigar) dan ada lagi business dia yg lain tapi koser lah  ...

Dia hanya muse bg fairuz ramdan ke apa nama tu. Biznes timbang kilo tu barang2 dari syukriak. Sushi tu paling baru xtau siapa punya sushi dia jual. Semua atas nama/brand dia la
Quote beatgirlX 5-5-2020 11:58 PM
Haishh....nasib ko le
Quote Lailerthee 7-5-2020 09:43 AM
Awal kemunculan pon dok guna nama tengku dia ni
Quote MarryPottet 7-5-2020 01:59 PM
Hantar dia balik indon sana. Menyemak je kat sini

Lihat semua komen(22)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-12-2024 05:41 AM GMT+8 , Processed in 0.041606 second(s), 37 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top