CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Gaya Hidup Lihat artikel

Mak Datuk, Mahal Gila Air Kosong Ni!

3-5-2020 11:37 AM| Diterbitkan: aarsyad93| Dilihat: 10583| Komen: 46|Original author: Oleh: Amir Arsyad

Foto Kredit: Yahoo Finance, bavelywater.com, money control


Masih ingat waktu kecil, ketawa sampai nak pecah perut. Itulah pertama kali penulis melihat air mineral di pasaran. Pelik!

Sempat lagi kena pelangkung kepala dengan bapa. Kata bapa, membazir sahaja membeli air kosong.

Ramai yang berpendapat semua jenama air kosong dalam botol memiliki rasa yang sama. Namun, terdapat juga yang mengetahui setiap air memiliki kualiti dan rasa berbeza. Mungkin anda salah seorang daripadanya.


Foto Kredit: Canva

Air bukan sekadar air. Rasa air dari kawasan pergunungan Switzerland yang dingin tidak akan sama dengan air paip di rumah.


Tidak hairanlah kalau kini air kosong mampu mencapai tahap barangan mewah!

Air mewah ini juga mempunyai pakar mereka tersendiri yang digelar water sommelier. Mereka adalah pakar dalam pelbagai proses penapisan air dan mengetahui pasangan makanan atau hidangan terbaik bagi jenis air tertentu.

Menurut FinancesOnline, sempena tahun 2020,  Beverly Hills 9OH2O Luxury Collection, Diamond Edition telah memegang rekod sebagai jenama air mineral paling mahal. 

Mungkin ada yang terbeliak biji mata setelah mengetahui harga sebotol saja mencecah ASD100,000 (RM429,750).

Kajian dari firma perunding Zenith Global menunjukkan bahawa pasaran untuk jenama air mewah tumbuh sembilan peratus setiap tahun dan ketika ini, ia bernilai ASD147 bilion.

Foto Kredit: Beverly Hills9OH2O

Jenama ini pernah dipilih oleh wanita pertama Negara Amerika Syarikat ketika itu, Michelle Obama untuk bekerjasama dalam inisiatif Minum Nasional bagi mempromosikan gaya hidup sihat melalui minum lebih banyak air.

Foto Kredit: Beverly Hills 9OH2O

Selain dianugerahkan sebagai Air Terbaik di Dunia oleh FoodBev MediaBeverly Hills 9OH2O Luxury Collection, Diamond Edition merupakan pemenang anugerah Beverly Hills Chamber of Commerce untuk inovasi.

Harganya mahal kerana sumbernya berasal dari pergunungan Sierra Nevada, pergunungan California. Ditambah pula mineral potasium dan kalsium untuk mendapatkan rasa yang lebih sedap.

Botolnya pula telah direka oleh tukang permata Mario Padilla, dilengkapi dengan penutup emas putih bertatahkan emas 14 karat yang terdiri daripada lebih 250 berlian hitam dan berlian putih 600 G/VS.

Fuh! Boleh menggigil seluruh tubuh nak keluarkan duit untuk membeli sebotol air mewah ini. Tapi, tepuk dada tanya selera. Jika mampu, apa salahnya mencuba. Ada berani? - CARI
1

Bagus
3

Marah
8

Terkejut
3

Sedih
4

Lawak
3

Bosan

Friends Rank (22 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • DayangKirana

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote dua_chzy 3-5-2020 11:43 AM
Ni namanya apa? Penonggang kapitalis?
Quote Supersirap 3-5-2020 11:48 AM
Jika berduit, tiada salah membelinya
Quote matchstick 3-5-2020 11:54 AM
Harga botol yg Mahal..harga air nye saje x dinyatakan pulak bpa dollar per litre. Beli air mahal2 kalau minum seteguk boleh hilang dahaga sehari xpe la jgk.
Quote MissVixen 3-5-2020 11:56 AM
Ini macam hai o, mlm versi kokesen
Quote Catpaw 3-5-2020 12:07 PM
Minum air ni boleh young foreber ke, tanya jeeee
Quote ctcheery 3-5-2020 12:14 PM
Boleh cegah Covid-19 tak hahaha
Quote otai_g 3-5-2020 12:38 PM
matchstick replied at 3-5-2020 11:54 AM
Harga botol yg Mahal..harga air nye saje x dinyatakan pulak bpa dollar per litre. Beli air mahal2 ka ...

btl gak. Org bodo pun tau. Yg mahal harga botol. Da penutup botol pun ada emas, berlian bagai. Walhal fungsinya sama je nk isi air.

janganlah kita diperbodohkan.
Quote belilies 3-5-2020 12:38 PM
Boleh kencing emas kalo minum ni. Takpun boleh berubah jadik giselle bundchen.
Quote salmon-suki 3-5-2020 12:42 PM
Oooo..400k hanya utk sebotol air?ai rela beli air mineral beshe2 jah drpd telan air 400k tp bila pee tetap laa keluar air kencing biasa..
Quote KIM.K 3-5-2020 12:48 PM
Pernah tengok kat youtube pasal air ni. Air mutlak termahal didunia
Dia boleh create flavor oren, strawberi ke apa2 flavor dengan campur2 spring water
Quote any42 3-5-2020 01:07 PM
mahalnyaaaa. botol tu je la yg bt lg mhal yeh.  xmngkin dpt merasa so dpt mnum air zamzam pun dah bsyukur.
Quote djzara81 3-5-2020 01:19 PM
Mengarut je beli mhl2
Quote hafez139mgmt 3-5-2020 01:23 PM
fuhh gile la mahal, tapi bagi yang mampu, why not? kompom air camni ade target market die, especially yg kayo2 punye
Quote haruslah 3-5-2020 01:29 PM
Utk kesihatan kot
Ala2 minum jd sehat...awet muda
Quote Megikari 3-5-2020 01:59 PM
MissVixen: Ini macam hai o, mlm versi kokesen


Hahaha... So true
Quote Mulotkoyak 3-5-2020 02:18 PM
Edited by Mulotkoyak at 3-5-2020 02:23 PM

Min, ada kalsium ke air tu? Ke min nk sebut kalium atau nama saintific die potttasium? Or Natrium saintific name sodium?
Quote Tinot7 3-5-2020 03:02 PM
Review air

[youtube]rg3Mr6e1KMo[/youtube]
Quote nafham 3-5-2020 03:34 PM
Dulu iols pun rasa semua air jernih ni sama je rasa. Tp skrg iols lbh gemarkan air bawah tanah uma iols. Uma iols xde sistem town water. Weols pakai borepump yg disedut terus dr bawah tanah sedalam 18m dr aras permukaan. Air jernih and rasa dia sedap sgt. Maybe kandungan potasium n kalsium dia tinggi sbb uma iols depan pantai jah. Buka2 pintu trus pantai.
Quote polluxsstar 3-5-2020 03:42 PM
nafham replied at 3-5-2020 03:34 PM
Dulu iols pun rasa semua air jernih ni sama je rasa. Tp skrg iols lbh gemarkan air bawah tanah uma i ...

Wowww.... Impian i nk ada rumah cmni. Tp nak atas bukit view laut. Mesti rumah u mcm resort kann. Kelassss

Lihat semua komen(46)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-12-2024 01:27 PM GMT+8 , Processed in 0.047616 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top