CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Neymar Rela Dipotong Gaji Kepada RM1.6 Juta Seminggu

5-5-2020 11:40 AM| Diterbitkan: top5complete| Dilihat: 4305| Komen: 25|Original author: Oleh: top5complete

Bintang Paris Saint-Germain (PSG) dan Brazil, Neymar 28, menjana pendapatan lebih banyak berbanding pemain lain di Ligue 1.


Foto: thesun, bleacher report

Memetik laporan Harian Metro, Neymar yang nekad pulang ke Barcelona bersedia mengurangkan gajinya sebanyak £600,000 (RM3.2 juta) seminggu kepada £300,000 (RM1.6 juta).

Neymar sebelum ini dilaporkan sebagai antara pemain yang enggan mengorbankan gajinya di PSG bagi meringankan beban kelab berikutan pandemik Covid-19.

Perbincangan antara Kesatuan Nasional Pemain Bola Sepak Profesional Perancis (UNFP) dan Kementerian Ekonomi dan Kewangan berharap dapat mengurangkan kesannya.


Menurut ESPN, kedua-dua organisasi akan mengesyorkan pengurangan gaji sementara kepada pemain profesional dan kelab, juga dikenali sebagai pengangguran separa.

Akibatnya, pemain yang memperoleh £8,700 (RM46,725) hingga £17,500 (RM93,988) sebulan selepas pengangguran separa akan mengalami pemotongan gaji sehingga 20 peratus, manakala mereka yang memperoleh gaji bulanan antara £17,500 hingga £43,900 (RM235,774) akan mengalami pengurangan gaji 30 peratus.


Foto: ESPN

Walau bagaimanapun, mereka yang mendapat gaji antara £43,900 dan £87,700 (RM471,000) akan dipotong 40 peratus dan sesiapa yang memperoleh lebih daripada itu termasuk Neymar akan dipotong 50 peratus.

Kontrak sedia ada adalah sehingga 2022 dan tawaran kontrak baharu itu menyaksikan Neymar akan bersama PSG sehingga 2025, namun dia dilihat mahu kembali ke Barcelona.

Mundo Deportivo juga melaporkan PSG boleh menurunkan harga yang diminta kepada £132 juta (RM708 juta) selepas Neymar jelas tidak mahu kekal di PSG pada pintu perpindahan pemain. - CARI
1

Bagus
2

Marah
2

Terkejut
2

Sedih
2

Lawak
2

Bosan

Friends Rank (11 people)

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Tinot7 5-5-2020 11:53 AM
Banyaknya duit depa...
Quote Orix 5-5-2020 11:54 AM
Muda lg rupanya neymar ni.
Quote top5complete 5-5-2020 11:57 AM

betul tu.. kena potong gaji pun.. tetap kaya ... kita kerja sampai tua pun belum tentu boleh dapat 1 juta hahaha..mereka seminggu je
Quote slyfynx 5-5-2020 12:01 PM
Xleh la tgk Neymar ni.
Byk sgt dive mase main.
So persepsi aku dah negative
Quote Levespa 5-5-2020 12:24 PM
banyak tu sanggup dipotong... bagus la ada prinsip..tapi  ye la lepas potong pun masih lumayan yg amat gaji dia
Quote RatuDunia94 5-5-2020 01:06 PM
Yela 10% gaji dia dgn 10% gaji kita beza mcm mana pulak kan???
Quote Eric.n9 5-5-2020 01:36 PM
Paling tggi, 5 tahun je dia boleh beraksi utk highest level.
Kalau barca rasa berbaloilah spend sebanyak tu.
Quote gbam 5-5-2020 02:30 PM
tengok baju qatar airways, syarikat ini dipunyai sepenuhnya oleh negara qatar.  pakai duit minyak pak arab utk beri rezeki kat orang putih.
hasil jualan minyak qatar disimpan dlm bank setiap tahun ada interest (keuntungan), tetapi sebab qatar tidak mau makan duit riba tu, jadi duit tu dilaburkan, ada yang masuk fund kelab bolasepak, ada masuk fund biasiswa utk pelajar, macam tu la.

aku terbaca ni dari link youtube.
Quote nefnefnef 5-5-2020 04:32 PM
Fuh.... Dah potong pun tetap membukit duitnya
Quote minah_selekeh 5-5-2020 04:47 PM
Kalau aku pun sanggup potong gaji.. Balance tu pun boleh bagi makan satu negara miskin..
Quote gigahertz 5-5-2020 08:26 PM
gbam replied at 5-5-2020 06:30 AM
tengok baju qatar airways, syarikat ini dipunyai sepenuhnya oleh negara qatar.  pakai duit minyak pa ...

Qatar ni punya lah kaya raya ( mentang mentang KDNKK terbesar kat dunia ni ) dia beli Jet Fighter
tapi takde orang nak bagi terbangkan. lagi kena hire orang luar untuk terbangkan.


Quote gigahertz 5-5-2020 08:29 PM
nefnefnef replied at 5-5-2020 08:32 AM
Fuh.... Dah potong pun tetap membukit duitnya

kena paham istilah gaji dan pendapatan. rasanya si nyenmar ni mungkin seorang yang pandai kewangan
could be posiible dia ada rumah atau tanah kemudian di beri sewa. kemudian kutip hasil etc etc.
atau mungkin dia ada brand kasut atau baju dia sendiri. just guna nama. makan percent etc etc.

apa apa hal pun i rasa dia seorang yang bijak bila berbicara mengenai kewangan.
Quote gigahertz 5-5-2020 08:31 PM
RatuDunia94 replied at 5-5-2020 05:06 AM
Yela 10% gaji dia dgn 10% gaji kita beza mcm mana pulak kan???

Pendapatan diorang banyak. Gaji lain kira. kita sini harap gaji je. tu pun takde simpanan. takde asset. memang betul betul kerja start 8am to 5pm untuk langsai hutang.
Quote nefnefnef 5-5-2020 08:45 PM
gigahertz replied at 5-5-2020 08:29 PM
kena paham istilah gaji dan pendapatan. rasanya si nyenmar ni mungkin seorang yang pandai kewangan ...

Yeah true. 30% of his income is from endorsements sume. The other 70% of his income is from his salary. Potong gaji half pun still banyak la gaji dia compared to other soccer players
Quote gigahertz 5-5-2020 08:50 PM
nefnefnef replied at 5-5-2020 12:45 PM
Yeah true. 30% of his income is from endorsements sume. The other 70% of his income is from his sa ...

dia mesti ada jadi duta produk sementara dia masih muda dan masih top lagi.
melainkan kalau dia kaki clubbing kaki botol kaki prempuan..mmg habis la.
Quote dudaberhias 5-5-2020 08:58 PM
buat perabih boraih jah.. tak payah bayar gaji terus pun takpe.. bukan boleh tengok bola sepak ramai2 pun untuk berbulan akan datang...

overrated sports conquered by men
Quote nefnefnef 5-5-2020 09:01 PM
gigahertz replied at 5-5-2020 08:50 PM
dia mesti ada jadi duta produk sementara dia masih muda dan masih top lagi.
melainkan kalau dia  ...

Yeah, Nike, McD, Red Bull are among the few brands which roped him in. Manalah tak tido atas duit kan huhu... Bagusla dia beringat masa di puncak. Iols yg baca benang dia ni boleh rasa kagum dan terus menabung je la hihi
Quote slavehunter 5-5-2020 09:03 PM
Gaji seminggu sejuta tapi tax pun banyak kena bayar.
Quote namr 5-5-2020 09:42 PM
Byk nya duit ko dekkk,mintak sikit tak byk 1juta rm je bley tak?

Lihat semua komen(25)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-12-2024 03:17 AM GMT+8 , Processed in 0.037792 second(s), 36 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top