|
"8 years and still counting." Pasangan merpati dua sejoli, Scha Al-Yahya dan Awal Ashaari menyambut ulang tahun perkahwinan kelapan pada 4 Mei 2020, baru-baru ini. Dalam ucapannya, Awal mengucapkan terima kasih kepada isterinya dan akan berjanji untuk menempuh hidup bersama-sama nanti. Sementara itu, Scha pula dalam hantaran di Instagram mengepilkan 10 keping gambar bersama Awal sejak mereka bercinta, berkahwin dan sehinggalah sekarang. Ucapannya juga lebih panjang berbanding Awal selain memanjatkan kesyukuran kerana dikurniakan Lara Alana serta suami yang begitu memahami. Rakan selebriti turut mengucapkan tahniah di atas ulang tahun perkahwinan mereka berdua. |
Themilo replied at 5-5-2020 09:07 PM
teringat dulu masa nikah, awal je yang beria menangih melalak-lalak.. Scha cool jek.. {:smil ...

Kangkung1M replied at 6-5-2020 09:21 AM
Lelaki yg bersifat penyayang memang hatinya lembut bak sutera...

fleurdelis replied at 6-5-2020 11:02 AM
Happy anniversary, Schawal! Suka je diorang ni. They complement each other. Scha cool je. Awal selal ...
ADVERTISEMENT
© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy
10-2-2026 08:05 PM GMT+8 , Processed in 3.476280 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.
Powered by Discuz! X3.4
Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.