CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

Gilakan Duit Insuran Punya Pasal, Keluarga Mentua Fitnah Menantu Khalwat

7-5-2020 10:13 AM| Diterbitkan: natrahn| Dilihat: 11439| Komen: 28|Original author: Oleh: natrahn

Kredit foto: Facebook Siti Rahayu

Beberapa tahun lepas, kisah pengorbanan Siti Rahayu yang setia menjaga suaminya Muhamad Ridhwan Mohd Zaki, 30, yang terlantar akibat kemalangan pada Mei 2017 menjadi tular apabila beliau kerap memuat naik status dan video di Facebooknya setiap hari sehingga meraih ramai pengikut.

Suaminya kini telah hilang ingatan walaupun keadaan fizikalnya semakin pulih. Selama tiga tahun ini, Siti Rahayu menjalankan perniagaan atas talian dengan menjual tudung, pakaian, kasut dan barangan kecantikan untuk menampung perbelanjaan bulanan selain menerima pelbagai bantuan daripada pihak berwajib.

Terbaru, berita yang dikongsi Siti Rahayu agak mengejutkan. Khabarnya, Siti Rahayu difitnah sehingga ditangkap khalwat dirumahnya. Pada waktu kejadian, difahamkan beliau dan anak-anak berada bersama suaminya yang OKU di dalam bilik, manakala adik angkat dan kakak kandung beliau dan anak saudaranya berada di ruang tamu.  



Kredit foto: Facebook Siti Rahayu

Menurut Siti Rahayu yang selesa disapa sebagai Umy, perkara itu menjadi lebih aneh apabila keluarga mentua yang sebelum ini mengabaikan anak mereka yang terlantar sakit sejak tiga tahun lepas, tiba-tiba berada di rumahnya pada malam tersebut apabila dia dibawa ke pejabat agama kerana dituduh berkhalwat.

Tambah Umy, keluarga mentuanya dikatakan telah merancang pelbagai helah untuk memisahkan mereka berdua.

Kredit foto: Facebook Siti Rahayu

Kemuncaknya apabila mereka turut serta berada di tempat kejadian semasa dia ditangkap dan ingin membawa suaminya balik ke pangkuan keluarga.

Lebih menyedihkan, keluarga mentua tidak henti-henti bertanyakan perihal duit insurans kemalangan suaminya yang bakal diperolehi sedikit masa lagi.

Umy kini mengambil keputusan untuk memfailkan penceraian selepas perbicaraan kes khalwat kerana merasakan itu adalah jalan terbaik bagi semua pihak dan tidak menghalang keluarga mentuanya untuk menjaga suaminya kelak.


Kredit foto: Facebook Siti Rahayu

Susulan perkongsian tersebut, rata-rata warga maya memberikan kata-kata semangat buat Ayu.


Kredit foto: Facebook Siti Rahayu

Dugaan di bulan Ramadan. Buatlah keputusan yang terbaik untuk Umy dan anak-anak. Semoga kebenaran berada di pihak yang benar. - CARI
1

Bagus
3

Marah
2

Terkejut
2

Sedih
3

Lawak
3

Bosan

Friends Rank (14 people)

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote jantung_pisang 7-5-2020 11:22 AM
Umur berapa anak angkat keluarga tu?
Quote febreze 7-5-2020 12:00 PM
yup setuju..anak2 ko jaga...laki ko bg mentua jaga dgn duit2 insurans tu...

ko g cari laki laen besarkan anak2 jd org berguna..carik laki laen yg leh bg nafkah zahir batin..
Quote tipuware 7-5-2020 12:44 PM
jgn ikut emosional kak. biar dapat kan dulu duit insurans, lepas tu ko cerai dan kasi diorang jaga anak diorang balik. ko perlukan duit tu utk sara anak. tuntut selagi boleh dituntut,ni bukan zmn nk emosi. ni zmn perlukan duit
Quote barfi 7-5-2020 01:40 PM
jantung_pisang: Umur berapa anak angkat keluarga tu?

28 tahun
Quote tagas 7-5-2020 01:57 PM
kena dgr pihak belah laki pulak pe cer

tp mmg pompuan ade hak utk di lepaskan

if suami sakit just dr sudut persepsi jer tak brape elok

ni lg mcm tgh ngantuk di sorongkan bantal

bkn mudah nak jage org sakit nih..hazab

baik la mati trus dr menyusahkan famili
Quote Lailerthee 7-5-2020 02:10 PM
Knp dye yg kene sedangkan ada kakak dia sekali dekat ruang tamu dgn anak angkat mak die tu
Quote epuepy 7-5-2020 02:34 PM
hm, ni kes sabar dh hilang la ni.. kesian kat laki yang sakit tu..  mesti dia rasa mcm x berdaya serba serbi.

selama ni bini jaga, tetap setia walaupon sakit, alih2 family sendiri buat hal .

Quote syakuntala 7-5-2020 03:16 PM
sya sll ikuti diorg dl, tiap kali bc mesti mengalir air mata...
hrp umy buat keputusan yg tbaik
Quote crazybeach 7-5-2020 09:37 PM
kat thread satu lagi tu ada iols baca komen rumah orang kaya2 yang penuh maid bagai tu tak ditangkap khlawat jua kah? ke maid semua tu family dia anak beranak jugak jadi takde isu bukan mahram gitu?
Quote nazzse 7-5-2020 09:39 PM
Ni wartawan cari ke? Thread dah ada kan, apasal tak combine je
Quote anakmak 7-5-2020 09:48 PM
aikkkk
boleh kena tangkap khalwat juga ke dah ramai2 kat dlm rumah tu?
biar betikkkk

Quote Iema5008 7-5-2020 10:35 PM
febreze replied at 7-5-2020 12:00 PM
yup setuju..anak2 ko jaga...laki ko bg mentua jaga dgn duit2 insurans tu...

ko g cari laki laen b ...

Kan.. sure ramai laki d luar tu yg sanggup je ambek dia jd bini....
Quote vee_zara 8-5-2020 07:16 AM
Ada cerite lain gaisss.. org kg je tahu perangai pompuan ni cmne
Quote diss69 8-5-2020 08:05 AM
vee_zara replied at 8-5-2020 07:16 AM
Ada cerite lain gaisss.. org kg je tahu perangai pompuan ni cmne

Ce citer...
Quote jahcomel 8-5-2020 09:49 AM
diss69 replied at 8-5-2020 08:05 AM
Ce citer...

Akak g kt CI dh pecah tburai dh...
Quote diss69 8-5-2020 09:56 AM
jahcomel replied at 8-5-2020 09:49 AM
Akak g kt CI dh pecah tburai dh...

Ooo ye ke, akk baru balik dari sinun, xjumpa agi.. Ok g semula.. Tq jahcomel..
Quote unguaurora 8-5-2020 09:57 AM
diss69 replied at 8-5-2020 09:56 AM
Ooo ye ke, akk baru balik dari sinun, xjumpa agi.. Ok g semula.. Tq jahcomel..

Mcm mana nak ke bod ci?
Quote cadarblogsot 8-5-2020 10:08 AM
Bertabah lah Cik kak... sedihnya, tapi tak mustahil, klu dah busuk hati.. memang manusia tamak
Quote LiloMojo 8-5-2020 12:12 PM
@estrelle

Lihat semua komen(28)


ADVERTISEMENT


Artikel Terpanas Minggu ini

ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-12-2024 03:39 AM GMT+8 , Processed in 0.171901 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top