|
Pemergian Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Chini, Datuk Seri Abu Bakar Harun disifatkan sebagai kehilangan besar kepada penduduk di kawasan yang diwakilinya selama tiga penggal itu. Memetik status Facebook seorang penduduk bernama Zazrina Zainuddin, Allahyarham sentiasa menjaga kebajikan masyarakat di Chini. "Perginya wakil rakyat yang dekat di hati dan sentiasa menjaga kebajikan penduduk Chini.. kehilangan yang pasti dirasai. "Pergi dalam bulan mulia, bulan Ramadan, semoga roh arwah dicucuri rahmat," katanya. Sementara itu, memetik laporan Edisi9, Abu Bakar meninggal dunia pada awal pagi 7 Mei di Hospital Kuala Lumpur dipercayai akibat serangan jantung. Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail turut mengucapkan takziah kepada keluarga Allahyarham melalui laman Facebook beliau. "Mendapat perkhabaran berita sedih pemergian seorang sahabat dan rakan seperjuangan, Datuk Seri Abu Bakar Harun yang telah kembali ke rahmatullah awal pagi ini. "Semoga rohnya ditempatkan bersama orang-orang yang beriman," katanya. Takziah kepada keluarga Allahyarham dan semoga Allah SWT mengampunkan segala dosanya. - CARI
|
zamzam replied at 7-5-2020 06:44 AM
Wah prk di waktu covid?
Artemesiaa replied at 7-5-2020 09:00 AM
Takziah buat keluarga beliau. Lepas ni nanti nak berkempen pun kenalah ikut norma baru dah tak bole ...
erginya wakil rakyat yang dekat di hati dan sentiasa menjaga kebajikan penduduk Chini.. kehilangan yang pasti dirasai.
ergi dalam bulan mulia, bulan Ramadan, semoga roh arwah dicucuri rahmat," katanya.
ADVERTISEMENT
© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy
10-2-2026 08:05 PM GMT+8 , Processed in 1.802203 second(s), 36 queries , Gzip On, Redis On.
Powered by Discuz! X3.4
Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.