CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Niat Saja Nak Kongsi Cara Buat Biskut, Tiba-Tiba Saya Jadi Penjual Biskut Raya - Uqasha Senrose

7-5-2020 03:29 PM| Diterbitkan: Cari-Saiful| Dilihat: 27225| Komen: 135



Niat Saja Nak Kongsi Cara Buat Biskut, Tiba-Tiba Saya Jadi Penjual Biskut Raya - Uqasha Senrose



Rezeki tidak pernah salah alamat dan waktu. Dari sekadar berkongsi cara membuat biskut Arab di Instagram, pelakon jelita Uqasha Senrose kini tidak menang tangan menerima tempahan biskut tersebut.

Pada mulanya dia juga tidak terfikir untuk menjual biskut raya namun setelah ramai yang menghantar mesej di Instagram mahu membuat tempahan, dia kini perlu menyiapkan hampir 200 balang biskut sehari. Wow! masyuklah.

" Mereka belum pernah merasa biskut itu tetapi yakin mahu membeli. Tidak terfikir langsung atau berniat hendak menjual. Tiba-tiba saya jadi penjual biskut raya, " katanya ketika ditemubual BH Online.

Menurutnya lagi, dia menggunakan resipi turun-temurun nenek moyang bagi menghasilkan biskut Arab diberi nama Something Sweet by The Four Sisters, Uqasha berkata pada awalnya dia berfikir panjang sebelum menjualnya kerana kos pembuatan biskut itu bukan murah.


" Pada mulanya, saya berkira-kira hendak menjual kerana kos menghasilkan biskut ini bukan murah. Fikir dua tiga kali hendak menjualnya. Tetapi saya terima banyak permintaan. Pada permulaan, tiga hari berturut-turut mesej diterima untuk menempah biskut.

" Jadi, saya putuskan menjualnya dengan stok terhad. Tak sangka ramai mahu terus membeli, bukan sebalang, malah enam hingga tujuh balang seorang, " katanya.

Dalam pada itu, Uqasha berkata dia terpaksa menolak tempahan dari Sabah, Sarawak dan Brunei memandangkan kos penghantaran tidak berbaloi dan bimbang biskut sampai dalam keadaan tidak sempurna.

Jadi bertabahlah bagi sesiapa yang tak dapat merasa biskut air tangan Uqasha untuk tahun ini, mungkin saja dimasa hadapan ya. - CARI

2

Bagus
2

Marah
2

Terkejut
1

Sedih
3

Lawak
2

Bosan

Friends Rank (12 people)

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote shahreen 7-5-2020 03:44 PM
Dauk jelahhh deknonn
Quote shahreen 7-5-2020 03:45 PM
Aduh typo. Sauk jelah deknonnn
Quote limaubali007 7-5-2020 03:49 PM
Janji masyukkkk.. Tengah kemelesetan ekonomi ni jual ja apa2 pun, asalkan dapat rezeki..
Quote slyfynx 7-5-2020 03:49 PM
Artis2 ni mmg bayar Sepul untuk upkan cerita diorang ke?
Semua cerita yang nk up kan karier sbb dah beku, or ade mende nk jual.
Quote AvaAdore 7-5-2020 03:55 PM
Uqasha kot. Iols pon rasa nak beli sbb penjual dia lawa
Quote rastaf 7-5-2020 03:56 PM

akok dah tak buat ke.tahun lepas dia buat akok kan ngn adik dia

Quote Lailerthee 7-5-2020 04:04 PM
Retis jual apo pon laku
Quote cmf_premierleag 7-5-2020 04:12 PM
eloklah tu meniaga
Quote KIM.K 7-5-2020 04:27 PM
Terbaiklah sis. Rezeki durian runtuh
Quote bedahmenjuyah 7-5-2020 04:34 PM
Biskut harga premium ke ni
Quote nefnefnef 7-5-2020 04:36 PM
Alhamdulillah. Murah rezeki Uqasha. Ni namanya rezeki tak disangka-sangka
Quote royaldanish 7-5-2020 04:40 PM
Jual lah apa2 pun... asal tak meroyan dgn statement ntah apa2
Quote seulgi 7-5-2020 04:48 PM
Bagus la dik usaha tangga kejayaan.semoga kuih ko betul2 sedap dan tak claim guna bahan premium berkualiti tinggi untuk menekan harga yahudi persis seorang mak retis ittew
Quote epal21 7-5-2020 04:52 PM
bedahmenjuyah replied at 7-5-2020 08:34 AM
Biskut harga premium ke ni

Teringat pulak biskut 'premium' mak nani. Biskut dia kan yg katanya premium tapi guna buttercup. Biskut uqasha ni berapa ringgit sebalang?
Quote epal21 7-5-2020 04:53 PM
seulgi replied at 7-5-2020 08:48 AM
Bagus la dik usaha tangga kejayaan.semoga kuih ko betul2 sedap dan tak claim guna bahan premium berk ...


Iols pun teringat mak retis tu 'Premium sangat'. Begedil pun toskan atas newspaper.
Quote LadyCarefree 7-5-2020 05:09 PM
200 balang sehari. Logic ke ungka buat banyak tu sehari?
Quote LadyCarefree 7-5-2020 05:11 PM
Lailerthee replied at 7-5-2020 03:04 PM
Retis jual apo pon laku

Khenzssss. iols tngok nabila huda punya buatan kek pisang guna TM6 tu pon mcam yikes tp ramai pakat beli. Lg pon dia dok bg kt retis2 promote
Quote Andyscenes 7-5-2020 05:30 PM
sbb kn ketek dia, aku sanggup beli depan hahah
Quote youell 7-5-2020 05:58 PM
LadyCarefree replied at 7-5-2020 05:11 PM
Khenzssss. iols tngok nabila huda punya buatan kek pisang guna TM6 tu pon mcam yikes tp ramai paka ...

Kan..iolls rasa kek pisang iolls berganda lg lawa & kompem sedap..tp kalau jual..ntah ntah krik krik krik je..bg je la anak2 & jiran makan..udah le..

Lihat semua komen(135)


ADVERTISEMENT


Artikel Terpanas Minggu ini

ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-12-2024 03:41 AM GMT+8 , Processed in 0.160736 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top