CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Gaya Hidup Lihat artikel

Solat Bukan Bahan Jenaka, Ustaz Gesa Henti Tular Video Lucu Ketika Tarawih

10-5-2020 11:27 AM| Diterbitkan: natrahn| Dilihat: 10255| Komen: 42|Original author: Oleh: natrahn

Gambar hiasan
Kredit Foto - Baituljannah

Baru-baru ini, tular video mengenai keletah anak kecil 'mengganggu' datuknya yang sedang menunaikan solat sunat tarawih bersama keluarga.

Ramai warga maya terhibur dengan keletah anak kecil comel itu. 


Kredit foto: Twitter

Namun, tidak kurang juga yang merasakan perkongsian video seperti itu seperti mempersendakan solat yang sedang dilaksanakan termasuklah seorang pendakwah bebas, Nik Nizam Nasi.

Menurutnya, perkara tersebut mencetuskan perasaan kurang senang kepada umat Islam yang lain.

Adakah solat boleh dibuat bahan gurauan?




Bila kongsi dan menjadikan ianya suatu bahan jenaka, ia memang menjadi suatu kesalahan yang sangat besar.




Apakah hukum membatalkan solat dengan sengaja?



Menurut Nik Nizam Nasir lagi, hukum membatalkan solat dengan sengaja juga disebut dalam kitab al-Mausu’ah al-Fiqhiyyah al-Kuwaitiyyah:





Maksudnya: “Membatalkan ibadah yang wajib setelah datang waktu syariat memulakannya tanpa uzur syar’i adalah dilarang berdasar kesepakatan ulama.” (Al-Mausu’ah al-Fiqhiyyah al-Kuwaitiyah, 34/51, versi al-Maktabah asy-Syamilah)

Apakah uzur syarie yang boleh membatalkan solat?




Kesimpulannya, solat adalah salah satu ibadah paling utama dalam agama kita dan tidak boleh dipersendakan walau apa jua alasannya.

Maka, warganet dinasihatkan untuk tidak berkongsi video sedemikian supaya kita dapat menjaga kehormatan solat dan tidak mempermain-mainkan ibadah.

Mungkin ramai yang baru tahu mengenai perkara ini dan diharapkan perkara sama tidak berulang lagi di masa akan datang. Allah sayang kita semua. - CARI
2

Bagus
2

Marah
2

Terkejut
2

Sedih
3

Lawak
2

Bosan

Friends Rank (13 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote sarah82 10-5-2020 11:34 AM
Aku sokong.. Ibadat dan amal kebaikan kita buat. Biar la jadi rahsia antara kita dgn Pencipta
Quote dubuk 10-5-2020 11:41 AM
stop the madness
Quote bedahmenjuyah 10-5-2020 11:46 AM
Cukup cukup la yang gilakan likes ni
Quote rospinki 10-5-2020 12:12 PM
tah..aku tgk video tu pon geram. budak kecik tu patut diajar bkan dibiar je sbab nmpk comel..eee rasa nk tarik telinga dia
Quote RatuDunia94 10-5-2020 12:23 PM
Alaaa biar lah deols x boleh nk post gambar "done tarawih malam ke #$#%" sambil2 suruh member sebelah ambik kan gambar tgh berdoa dlm masjid.
Quote KIM.K 10-5-2020 12:25 PM
Kang dia kata orang takda anak kecik tak paham
Quote sofyayra 10-5-2020 12:28 PM
Tau takpa. Boleh la nk solat dok rakam bagai. Kalu yg tukang rakam tu uzur ka apa, knp takleh tlg ambik budak tu terus. Nak rakam untuk tontonan family ikut suka tp bukan share ke public
Quote ctcheery 10-5-2020 01:41 PM
Aku setuju. Patutnya yg merakam nih terus g amik budak Tu. Kenapa biar ganggu solat sampai tahap mcm Tu. Dah besar panjang Kan tolong pikir sikit.
Quote sonatalady 10-5-2020 01:41 PM
Punca nak rakam sbb apa.
Memang nak tunjuk kat org kan.
Dh berkurung dalam rumah setiap benda nak rakam.
Sib baik sejak ustaz tegur ni kurang nampak dh kat ig..kalau x..semak mata.
Quote komotthecat 10-5-2020 01:47 PM
tertanya2 benda yang sama gak, masa tengok video budak yang seluar koyak tu. rakam solat untuk apa?tak rasa terganggu ke?
Quote imransulaiman 10-5-2020 01:47 PM
Benda macam ni lah PU Dai segala tu patut cepat tegur..

Solat terawih tu mungkin dah banyak malam berlaku gangguan dari si kecil. Tu sebab dorang pasang kamera nak rakam dan tularkan. (tak merujuk pada video tertentu...secara umum)

Astaghfirullah... Na'uzubillah
Quote primarikey 10-5-2020 02:03 PM
Adan uke kena sound ngn ustaz..attention seeker sgt...time solat pn nk rakam..pastu tayang kt fb, ig...nk tunjuk kt public la konon korg solat kn...
Lg satu...ramai yg suka selfie pakai telekung...tunjuk sejadah...pastu tayang kat medsoc...nk tunjuk baik kt public ke...sori la....aku memg xleh nk bhusnuzon dgn org2 cmni...geli..
Quote salmon-suki 10-5-2020 02:58 PM
Tiap kali ada y bt solat jemaah atau solat n rakam,ai rasa betapa bodohnya mereka ini and ai xkan tgk smpai habis sbb tak tahan dgn kebodohan mereka..

Tak kisah laa pakcik makcik ke,bbnu sementelah,ko solat tp ko rakam..buat lawak time solat..mmg purely bodoh to the core!
Quote prettyuglybabe 10-5-2020 04:29 PM
batak like..
Quote rykall 10-5-2020 04:46 PM
Edited by rykall at 10-5-2020 04:48 PM

SETUJU 100%..skrg semua zaman batak viral dekat sosmed. Benda2 mcm ni cukup tular dkt sos med keluarga dah lah. Ataupun tak payah ambil gambar / video, buat memalukan imej Islam jer. Kalau dalam kubur boleh ambil video, agaknya mesti ramai orang buat video kena bedal dgn malaikat masa soal kubur. Makin merapu umat Islam sekarang demi LIKE.
Quote bakingsoda 10-5-2020 04:51 PM
aku pon asyik tertanya perbuatan yg candid tapi boleh record pulak? yg tukang record tu record je la bukan nak tolong ape yg berlaku depan mata? dasar lapar likes
Quote 234126 10-5-2020 05:00 PM
Setuju ni. Datuk iol punya la garang kalau time solat kat rumah cucu bergalak kat ruang tamu bising pun dijerkahnya suruh diam. Datuk iol tak garang pun just kalau waktu solat atau orang azan jgn cuba la nak tunjuk disrespect. Memang kena la.

kat makcik pakcik iol pun dia tegur tengok anak jgn ganggu orang sembahyang. Kalau anak jenis menggelitat tak pandai duduk diam toksah mengada nak bawak pi mesjid. Didik sampai akur baru bawak.
Quote Kuasaberganda 10-5-2020 05:42 PM
kat malaysia ni mmg ramai butthurt ke. bukan dgn niat nak persenda solat pon. cuma bila besar nnt boleh la dia bgtaw kat cucu/anak dia masa kecik kecik buas mcm ape lagi bila dah besar jd org berguna alhamdulillah. niat nak gelakkan budak kecik tu tp lain lak jadi eh.
Quote Xim 10-5-2020 06:03 PM
Dah jd trend trutama thn ni....smbhyg pn nk rakam....x fhm....utk ape ye??utk jd rujukan mase kat akhirat kelak ke??

Lihat semua komen(42)


ADVERTISEMENT


Artikel Terpanas Minggu ini

ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-12-2024 12:10 PM GMT+8 , Processed in 0.073902 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top