CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Hampir 20 Tahun, Pasar Borong Selayang Akhirnya 'Dikembalikan' Kepada Rakyat

11-5-2020 11:18 AM| Diterbitkan: ctcheery| Dilihat: 8069| Komen: 57|Original author: Oleh: Ct Cheery

Dewan Perniagaan Monoriti (DPM) menyambut baik keputusan Kementerian Wilayah Persekutuan membebaskan Pasar Borong Selayang dari cengkaman warga asing dan mengembalikannya kepada rakyat, lapor MalaysiaGazette.



Foto: Thetulars



Menurut Setiausaha Agung DPM, Mohd Zulkifli Abdul Fattah, Tan Sri Annuar Musa berjaya menyelesaikan isu lambakan pekerja asing di pasar berkenaan yang  berlarutan hampir 20 tahun lamanya. 


Beliau mengarahkan supaya pengambilan pekerja asing di pasar borong di seluruh negara dihentikan segera susulan laporan terdapat lebih 1,000 pekerja asing di Pasar Borong Selayang ketika ini.


"Kami merakamkan penghargaan kepada Tan Sri Annuar dan timbalannya serta Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) yang mula mengambil tindakan drastik bagi membebaskan Pasar Borong Selayang daripada dibolot warga asing dan mengembalikannya kepada rakyat," katanya dipetik dari MalaysiaGazette.


Katanya, majikan sudah mula mengiklankan peluang pekerjaan kepada rakyat tempatan dan mendapat sambutan menggalakkan termasuk yang menganggur dan gelandangan. 


Hal ini secara tidak langsung membuktikan bahawa rakyat tempatan tidak pernah memilih pekerjaan, sebaliknya peluang pekerjaan mereka selama ini dirampas warga asing.


"Warga asing yang pada mulanya bekerja sebagai pekerja am di pasar Borong itu berjaya memonopoli kawasan itu dalam jangka masa singkat, berpunca daripada pemegang lesen mencari jalan mudah dengan menyewakan lot kedai mereka kepada warga asing demi mengaut keuntungan 'atas angin'," katanya dalam kenyataan kepada media Sabtu lalu.



Foto: Thetulars


Jelas Mohd Zulkifli lagi, pihaknya juga mendapati kehadiran 'gengster' yang 'menjaga' kawasan pasar berkenaan dan mengutip wang perlindungan daripada warga asing. 


Ini menjadikan mereka 'kebal' di kawasan berkenaan dan terlindung daripada penguatkuasaan dan warga tempatan. Tinjauan yang dilakukan juga mendapati kebanyakan warga asing di kawasan tersebut adalah pemegang kad UNHCR, selain Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI)



Foto: Thetulars


Terdahulu, isu pemilikan dan monopoli perniagaan milik warga asing di ibu negara telah menjadi perbualan hangat dalam kalangan warganet. Kebanyakan mereka resah dan tidak selesa ekoran dari kebanjiran warga asing tersebut yang menimbulkan pelbagai implikasi negatif terhadap penduduk sekitarnya.


Rakyat mengharapkan inisiatif yang dilakukan Kementerian Wilayah Persekutuan dan DBKL ini akan dituruti dengan penguatkuasaan yang gigih dan amanah. - CARI

1

Bagus
1

Marah
1

Terkejut
1

Sedih
1

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (6 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote dizekni 10-5-2020 11:26 AM
Minoriti di lembah kelang ka

takpelah, yang penting dah ada tapak

tak kan nak biar orang lain je monopoli

Alhamdulillah, syabas
Quote karlnurani 10-5-2020 11:32 AM
Kesannya, seluruh kawasan pasar borong itu dan sekitarnya menjadi penempatan warga asing dan ini semua berlaku disebabkan rasuah.


dah tu settle macam tu jer.. yeah pasar clear pati n no more rasuah..(sekarang) buat report la DSAM, bagi SPRM buat kje..takkan rakyat jer..kita tengok tahun depan..mcm mn..dh terang lagi bersuluh tahun depan sure penuh pati punya laa, dasar hangat taik ayam ni dah biasa..
Quote dubuk 10-5-2020 11:43 AM
apakah pati akan kembali menghunus pedang thunder cat ??
Quote Tinot7 10-5-2020 12:07 PM
dubuk replied at 10-5-2020 11:43 AM
apakah pati akan kembali menghunus pedang thunder cat ??


Untuk itu berlaku, kena ada org dalam yg membantu depa.

[youtube]HcGNqrAtsgg[/youtube]
Quote Aerhys 10-5-2020 12:26 PM
Harap siapa yg makan rasuah itu dilucutkan kewarganegaraan mereka. Musuh dalam selimut. Bila2 masa saja pengkhianat seperti mereka boleh gadaikan negara demi wang.
Quote KIM.K 10-5-2020 12:29 PM
Alhamdulillah..tahniah PM
ini petanda awal gomen mengawal masalah pendatang asing dan memelihara hak rakyat terutama bumiputera
Sekarang pertandingan pasar borong antara melayu dan cina. Melayu pasar borong dah lama berusaha untuk pecah dominasi tak dapat. Hope pasni geng vvip pasar borong macam Al Walid boleh score betul2 kat sana




Quote sambaldurian 10-5-2020 12:37 PM
tauke2 ni sbnrnya kedekut nk byr lebih kt warga tempatan. kena byr socso la. klu ambil warga asing myb rs senang  nk tindas kot, klu warga tempatan dorg boleh komplen kt jab.buruh klu x puas hati (ataupun pekerja tu sendiri ngade2 sikit2 nk komplen). tp ak rs ada je warga kita sanggup ambil gaji murah. lg satu tauke2 ni rs klu warga tempatan sikit2 nk cuti, cuti raya fitri la, cuti adha, nk balik kg la. so klu warga asing ni jrg nk cuti.
Quote kelapaparut 10-5-2020 12:37 PM
bagus mcm ni kite nak, tgk annuar musa bwh pn pimpinan muhyiddin ni keje bagus, br rakyat xmarah, xmcm zmn umno dulu..skrg fokuskan pulak utk pkampungan pati pulak mcm bukit malut kat langkawi, penempatan kemboja di pahang, pkampungan bangla di selangor etc
Quote batusembilan 10-5-2020 01:42 PM
perlu ada penguatkuasa polis majlis pbt dan askar untuk awasi tempat ni sepanjang masa kalau nak benda ni berjaya lama.

kalau tidak, sia2 je.
Quote pokaibanktokyo 10-5-2020 01:59 PM
  Bodoh. Dah tau pasar borong selayang tempat spesies sengkek meniaga apa bangang nak berpura pura  macam orang tempatan teringin
Quote apam 10-5-2020 02:07 PM
kelapaparut replied at 10-5-2020 12:37 PM
bagus mcm ni kite nak, tgk annuar musa bwh pn pimpinan muhyiddin ni keje bagus, br rakyat xmarah, xm ...

Setuju. Hopefully jangan dibawa peel zaman umno dulu. Biarlah semua tu tinggal sejarah.
Quote Artemesiaa 10-5-2020 02:43 PM
Baguslah tak sia2 usaha yang dilakukan moga2 ia berterusan
Quote Manjahati 10-5-2020 02:52 PM
Kena buat pantauan selalu...
Quote Nham22 10-5-2020 02:54 PM
Aku nak. Tau sapa yg payong baik punyaaaa PATI ni... Harommm jadahh
Quote Andyscenes 10-5-2020 03:01 PM
gengster org pekida ke or double 7? tiap tempat ada.
Quote caca_eric 10-5-2020 03:04 PM
sambaldurian replied at 10-5-2020 12:37 PM
tauke2 ni sbnrnya kedekut nk byr lebih kt warga tempatan. kena byr socso la. klu ambil warga asing m ...

Tokey2 ni patut ada nilai kemanusiaan
Beri cuti jika sakit
Cuti utk sambutan..perayaan..
Jgnla buli pekerja2 ni..
Quote harizs 10-5-2020 03:07 PM
Manjahati replied at 10-5-2020 02:52 PM
Kena buat pantauan selalu...

ya.  jgn dibiarkan PATI ni kembali berleluasa.  
Quote harizs 10-5-2020 03:09 PM
kelapaparut replied at 10-5-2020 12:37 PM
bagus mcm ni kite nak, tgk annuar musa bwh pn pimpinan muhyiddin ni keje bagus, br rakyat xmarah, xm ...

alhamdulillah.  skrg Langkawi pulak ada masalah besar PATI berlambak.  Ahli parlimen Langkawi gila nak jadi PM9 dan masih tidur
Quote lazim 10-5-2020 03:57 PM
sambaldurian replied at 10-5-2020 12:37 PM
tauke2 ni sbnrnya kedekut nk byr lebih kt warga tempatan. kena byr socso la. klu ambil warga asing m ...

Bukan tu sbbnya. Gaji pekerja,asing ko igt murah, sama jgk gji minimum. Xde epf to kne byr levy la pasport la, sama jgk mhl. Kj2 gini majikn prefer warga asing sbb drg ni kuat bkerja xde cuti2. Angkr berat smua xde mslh. Warga tempatan mnja oi, kne kj teruk esok mmg xdtg dh. Kje sehari cuti sehari.. mak sakit, ank sakit, tok meninggal, sepupu kawen smua nk cuti.

Klu bbab pati bkrja tu mmg slh kerajaan la.. rasuah sn sini

Lihat semua komen(57)


ADVERTISEMENT


Artikel Terpanas Minggu ini

ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-12-2024 11:32 AM GMT+8 , Processed in 0.058258 second(s), 36 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top